Salam dari Jugra,
Rasa macam dah lama tak hapdate blog. Rasa atau memang dah lama? Jadi hapdate juga hari ni, di celah-celah aktiviti memvakum dan mengemop lantai, dan memasak. Rasa macam supermom sangat. Buat itu ini dalam satu masa, ke aku yang saja cari pasal. Masa lapang aku lagha kan, masa sempit aku sempit kan lagi. Haha. Gasak.
Ni citer 8 Disember 2012. Hari ni dah 30 Disember 2012. Nasib belum menjangkau 2013. Nasib lagi citer ni bertarikh pada bulan Disember. Kalau Mei? So baik aku bersyukur. Sekurang-kurangnya citer aku belum lagi di mamah bakteria pereputan. Alasan.
Oh, apa ada pada 8 Disember? Hadik ku kawen. Adik yang mana? Adik yang keja di TM. Adik yang bagi aku pembawa rezeki kot. Dia lahir-lahir ja, arwah Abah beli keta dan dapat memindahkan kami sekeluarga dari Hulu Perak ke Perak Tengah. Adik yang dulu masa kecik giler citer cina. Pastu keja nak makan gelas ja. Sampai skang pun kalu gi rumah orang raya ke kenduri ke, kalau tak pecahkan gelas dia akan tumpahkan air. Adik yang kalu gi shopping complex asyik penat memanjang. Adik yang cikgu kata kalau dia tengok papan hijau, cikgu rasa macam tembus dinding tu dia tengok. Adik yang ya hamat penjimat. Adik yang banyak berjasa menjaga arwah Abah masa sakitnya. Adik yang selekeh tapi cun da skang. Eh samalah macam aku. Dulu selekeh skang comel. Haha.
Dia nikah 7 Disember petang. Aku balik kampung 7 Disember pagi. Cuti habis meh. Tu ja yang termampu. Janji balik juga kan? Aku sampai rumah dah nak dekat jam 4. Pintu rumah tertutup sampai aku konpius. Betul ke hari ni nikahnya. Bagi salam, buka pintu...kosong. Apakah?
Pelamin kosong sebab rumah kosong.
Sumerpun di kontrakkan. Dari makan masa majlis nikah, hari besar, sampailah sarapan di katerkan. Jadinya kosonglah rumah. Sebab tiada orang datang membantu potong memotong masak memasak. Kami-kami ja. Pastu sewa pulak homestay belakang rumah untuk saudara mara tidur malam nanti. Homestay beraircond. Makanya apakah pilihan terbaik bagi saudara mara untuk melepak sementara nak tunggu bakal pengantin datang yang dijadualkan selepas asar. Kalau bijak cubalah teka?
Dalam jam 5 pengantin datang bersama-sama rombongan dan hujan lebat guruh kilat bagai. Rahmat betul. Sejuk ja rumah. Tapi pengantin lelaki tak se cool udara di luar. Sampai 3 kali akad. Hamek kau pecah rekod. Selama ni sekali ja, even in law aku yang tak fasih cakap Bahasa Melayu tu pun lepas sekali. Hehe.
Mulai perkahwinan ini, Kamal la yang akadkan nikah bila abah dah tiada lagi. Sayu.
Welcome to our family Afiq.
Majlis khatam AlQuran esoknya.
Kami sekeluarga. Abaikan dua pupu kami yang baju lari tajuk tu. Nak dihalau tak sampai hati. Hehe.
Sisters in blue. Ok sumer mata tengok DSLR. Ok tapa tapa. Mentang-mentang kamera aku kamera note ja. Tapa.
Di saat sumer tengok DSLR aku bantai setia dengan note juga. Setia ku disini. Ceh.
Makan beradab - aku bertugas jadi tukang buka plastik hidangan. Muka sedih sebab tengok ja orang makan udang galah besar lengan. Ok aku tipu.
Family turn tuk snap gambar
Mak Long sekeluarga
Kak Ngah sekeluarga.
Pak Lang sekeluarga
Mak Uda sekeluarga
Mak Teh dan Bonda. Mak Teh is single but not available. Sila ambil sapu tangan kesat air mata.
Family in blue.
Pengantin lelaki posing over!
Mula tu rasa majlis macam smooth ja. Ta sibuk. Ta kalut. Tapi menjelang jam 3 bila katering tu dah start nak kemas barang dengan lauk pauk melambak melimpah ruah, makanya barulah sibuk yang sebenar-benarnya bermula. Choiii. Siyes sibuk senduk menyenduk. Amik bekas sumer. Napa la sumer makanan ni tak habis ja. Tayah la susah payah mau salin bekas bagai. Haih. Stres dibuatnya. Ulang alik aku amik periuk dari dapur ke depan. Dah macam wat haji yang berjalan dari Safa ke Marwah tu. Sabar ja tau.
Petang tu majlis potong kek. Kek aku sponsor. Dah 3 kali majlis kawen aku rasa aku sponsor kek. Da kira macam kontrak penyumbang kek la gitu. Duit pun banyak kan? Haha
Aku bawa laju giler. Sebab dah lambat lah. Belah famili Afiq duk call tanya bila nak datang. So aku apa lagi. Kuar sumer skil pemandu litar F1 hari tu. Sampai umah penantin sana tak sampai 7.5 minit. Haha. Syukur tau sumer in law duk sekitar Teluk Intan jer. Cuma kalau jauh memang jauh sungguh. Nun kat New Delhi letaknya family in law.
Tapi kalau berjodohan mysis dengan yang future in law ni. Erkkkk kat Jitra nun. Lap peluh dan terbayang tiket kapal terbang. Aku memang malas nak drive atau pun menjadi penumpang keta. Aku nak jadi penumpang airplane ja. Walaupun kos sendirian berhad. Daku rela.
Kek kesihatan. Trans free fat ka apa ka? Ta hingat.
-
-
-
-
-
Esoknya, rumah pengantin lelaki lak. Aku bertugas sebagai...
Bukan flower girl tapi pemandu kehormat yang tumpang bergambar dengan hand flower penantin. Maklumlah masa kawen dulu tada hand flower. Eh aku dah kawen ke? Hahahaaaa. Gurauan berkasih bha tu.
Green colour. Tapi mysis lari tajuk.
Aku bawa laju giler. Sebab dah lambat lah. Belah famili Afiq duk call tanya bila nak datang. So aku apa lagi. Kuar sumer skil pemandu litar F1 hari tu. Sampai umah penantin sana tak sampai 7.5 minit. Haha. Syukur tau sumer in law duk sekitar Teluk Intan jer. Cuma kalau jauh memang jauh sungguh. Nun kat New Delhi letaknya family in law.
Tapi kalau berjodohan mysis dengan yang future in law ni. Erkkkk kat Jitra nun. Lap peluh dan terbayang tiket kapal terbang. Aku memang malas nak drive atau pun menjadi penumpang keta. Aku nak jadi penumpang airplane ja. Walaupun kos sendirian berhad. Daku rela.
Tu yang panjang-panjang di atas cerita kenduri. Citer kendara?
Penat [titik]
Penat [titik]
Eh!TuAjelahKali.Bye!