Showing posts with label ben tanh market. Show all posts
Showing posts with label ben tanh market. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Notre Dame, Post Office, Diamond Plaza & Night Market (Again)
Ho Chi Minh Day2

Salam dari Jugra,

Okeh sambungan lagi tuk hari kedua (terus tegakkan badan)

Memandangkan lawatan ke Chu Chi Tunnel hanyalah tiga per empat hari maka kami decide tuk menyambung perjalanan ke bandar Ho Chi Minh.

Ikutkan plan, nak gi Notre Dame dan Post Office jer. So kami mohon van kami tu drop kami di Notre Dame instead of hotel kami. 

Notre Dame Cathederal constructed between year 1863 and 1880.
Apart from the religious meaning that attracts tourists, the even more special captivating point of Notre-Dame Cathedral is its special neo-Romanesque style of architecture.

Aku kalau boleh tanak tepek gambar banker aku ni, tapi kena letak gak sebab nak point kat kanan gambar tu, yang nunnnnn hujung kanan sana tu. Diamond Plaza.

Tapi citer pasal Post Office dulu. Pelik juga mula tu, apa ke hal Moi senaraikan pejabat pos tuk gi lawatan. Apa cerrrr? Aku dah terbayang pejabat pos Teluk Intan...Tapi...

 Nah...bapak besar pejabat pos dia
Notre Dame and this Post Office just side by side.

Inside...Magnificient Architecture! Look at the tourist...Seriously the architecture just mesmerizing!

My banker sibuk belek sampul surat hari pertama la, setem la. Aku kejanya capture gambar guna handy cam dia.

Souvenirs also had been sell in the post office. 
Kat pejabat pos Teluk Intan ta da pun jual souvenirs tau! (sengal)

Aku rasa souvenir ni yang agak unik ta nampak kat tempat lain. Aku rasa lah. Ta tau la plak kot ada kat tepi ja tu tapi mata aku asyik pandang kain baju specially kat night market.

Selepas habis bertapa kat Post Office hebat ni, kami patah semula ke Notre Dame sebab tadi dia tutup. Tapi yang tak syoknya pihak pengurusan tak benarkan tourist tuk masuk sampai dalam. Just di luar. Agak frust la jugak Moi aku rasa. 

Setel amik gambar dalam Notre Dame, dan bermulalah episod shopping secara besar-besaran di Diamond Plaza. 

Moi memang dari Malaysia dah wat survey (tu sebab aku suka gi travel ngan dia), kalau nak shopping barang branded kena gi shopping complex supaya dapat barang yang betul-betul genuine. Dia mention Diamond Plaza 17 kali since dari Malaysia.

Sebelum masuk ke Post Office pun aku dah notice, "Moi, Diamond Plaza" . 
Terus mata bersinar-sinar macam SailorMoon.

Dalam Diamond Plaza ta capture apa pun, alah sama jer macam shopping complex di Malaysia cumanya - pembantu kedai dia tak reti nak komunikasi dalam Bahasa Inggeris lansung. Zero.

Aku beli Levi's, Casio Beside, Clarks. Kat situ ja banyak jugalah aku, eh Moi habiskan tuk aku lebih tepat...Hehe (tima kasih kredit kad Moi ). Moi beli juga Casio dan Clarks. Tak taula nak kata murah atau tak. Tapi sesungguhnya aku memang susah nak kuar gi shopping complex di Malaysia sebab aku kan rajin. Kejanya kemas umah ja dan tido.

Setel kat Diamond Plaza...

Eh...Eh...Dah malam? Macam tak biasa lak kan?
Duk dalam shopping complex siang malam tiada bezanya.

Dari Diamond Plaza kami berjalan (yang leh tahan jugalah jauhnya) ke night market yang bersebelahan ja dengan Ben Tanh Market. Alaaaaa...kami dah pergi semalam. Hari ni gi lagi. HoHoiii...

 Dan seperkara yang best bila berjalan, kita akan dapat melihat banyak view yang menarik! Tu sebab aku suka travel dengan amoi ni. Walau pun dia tersangatlah sinis. Tapi dia adventure, yakin dan berani. Okeh, dua kali da aku puji dia.

On the way tu kami jumpa teater apa ka namanya. Cantik tempat tu, tapi ta tau pesal aku tak capture pic.

Dan sebelah teater tu ada Parkson. Aku sebenarnya nak beli sport shoes yang aku tak jumpa kat Diamond Plaza so lencongkan dulu diri ke sini. Pencarian masih tidak berhasil tapi amoi teringat yang kat dalam Parkson ni ada halal stall.

Ya, Indian Muslim stall (dia juga yang survey pasal restoran halal). Dia memang sangat prihatin dan peka (tak macam aku yang relax jer. Cool dulu gelabah kemudian). Tu sebab aku suka travel dengan dia walaupun ta tentu gi dia suka travel dengan aku. Kihkihkih. Nampak? Tiga kali da aku puji dia.

Lepas makan, perjalanan kami diteruskan ke night market. Target nak beli baju kurung sarat ngan labuci, selendang half moon mysis pesan tuk akad nikah dia dan telekung.

Sampai ja kat night market tu, teringat pasal satu kedai Champa yang memang jual baju kurung labuci. Masuk kedai nampak la pulak jubah kain lycra berlabuci hebak. Rambang mata! Jumpa jugak selendang half moon. Yeay! Setel cari barang orang. Lega.

Kedai ni terima RM. Maka habiskan RM Moi tuk beli 2 jubah dan 1 tudung half moon. Memang banker sejati Moi malam tu. Bagi pinjam tanpa teragak-agak. Tima kasih kawan yang baik. Berapa kali aku puji? Empat.

Gi beli telekung pulak, stil guna RM tapi aku punyalah. Tu sebab aku tak beli banyak sebab aku tak bawa banyak RM. Nasib.

Night market aku belikan kain sutera Vietnam tuk BesFrenzForever. Dompet tuk BesBesFrenzForever dan baju kurung.

Shopping berabis sebab bajet ini malam terakhir yang kami leh datang sini.

Seperti biasa, kami balik hotel naik teksi. Kena USD2 lak. Layankan aje. Penat bai. Ingat katil, tilam, selimut jer masa tu.

Setakat dua malam di Vietnam, memang kami spend most of the time outside. Serius berbaloi travel cenggitu. Dan dia ialah teman travel yang terbaik. Nah...lengkap lima kali aku puji dia sebab dia memang bagus.

For the next three days we are going to leave Ho Chi Minh City. Phew.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Saturday, November 17, 2012

Ho Chi Minh Day1

Salam dari Saigon,

Seperti biasa aku akan update secara point form sebab nak cepat punya pasal.

Kami selamat sampai Tan Son Nhat International Airport dengan cuaca yang sangat-sangat baik. Alhamdulillah.

Pandangan dari atas kapal.  
Most of geographical area of Vietnam is covered with Mekong Delta.

Jam Vietnam lambat sejam, sama macam di Indonesia

Sorang lelaki cute (berdasarkan contact lens Moi) dari Thien Thao Hotel tempat kami menginap yang sambut kami sambil pegang kertas besar tulis nama Chin Siew Moi.

Dari airport ke hotel amik masa 20 minit dengan jarak 7km. Faham apa maksudnya? Jalan jem!

Normal view along Ho Chi Minh's street. Cool giler!

Our suite instead deluxe room that we booked earlier.
Rezeki jangan di tolak.

Sesampai hotel, siap-siap dan decide nak jalan kaki ke Ben Tanh Market sambil menyinggah kat beberapa tempat lain macam War Museum, Notre Dame, Post Office dan Reunification Palace. Pakai peta beb. Memang traveller lah sangat kan, dan sepatutnya dalam masa 20 minit akan sampai ke Ben Tanh Market tu.

Tapi kami telah tersesat dan merapu-rapu menghala sampai hampir ke pantai. Hahahaaa...Muka confident giler berjalan padahal sesat. Tapi akhirnya kami pulang ke pangkal Jalan Thang Thu Dao. Dan akhirnya sampai jugalah ke Ben Tanh Market.

Reunification Palace. Merapu tul capture pic macam ni.

One of the luxurious room inside the palace. Nama pun palace kan?

Sekejap ja dalam market tu, sebab Moi  kata pasar malam dia lagi murah. So kami gi Reunification Palace. Kali ni mulut aku rajin nak bertanya jalan walaupun menggunakan isyarat tangan. Sebab aku rasa kalau kami sesat lagi makanya kepala lutut aku mungkin akan tertinggal di Vietnam.


Oh, ada ramai Si Baju Hijau di sekitar pusat bandar Ho Chi Minh kiranya macam tourist guide la. Kalau tanya jalan Insyaallah dia bagitau jalan yang lurus lagi benar.

War Museum.

Setel di Reunification Palace kami gi War Museum lak. Serius aku ta lalu nak tengok sumer mende di War Museum. Moi cadangkan aku ta yah tengok kang ta pasal aku asyik terfikir-fikir. Pendek citer perang di Vietnam masa tu sama ja macam kat Gaza Palestin skang ni.

Sculpture made from American shrapnel

Statistic shown all the figure that involved in Vietnam War. 
Memang giler!

"Yet we were wrong, terribly wrong.
We owe it to future generations to explain why"

So creative. They made all those jet with recycle can.
Perempuan itu so excited!

Pastu naik trishaw dia yang agak mahal la sebab kena dalam 150 000d, lebih kurang RM24 sebab aku stil blur nak convert dong Vietnam ke ringgit Malaysia.

The trishaw carrier is really expert in a crowded traffic.
Permainannya disini - Moi amik gambar aku, aku amik gambar Moi.

Berjalan lagi dan tanya dua pasang suami isteri dari Malaysia, restoran halal di mana. Dan dia tunjuklah kat kami restoran D'serai. Makanan sedaplah juga tapi 1 jam menunggu. Kau mampu?

Actually Moi get her meal first. While waiting for my meal, I ate all those fried onion and salad.Hungry at maximum level!

After 1 hour waiting then comes my meal. So delicious but...1 hour?

Pastu gi pasar malam dan bermulalah aktiviti shopping dan shopping. Setakat hari pertama beli t-shirt, ao dai (baju tradisional perempuan vietnam), beg, fridge magnetic, key chain dan apa ke lagi... Tak ingat...;)

Aku ta amik pun gambar nite market dia sebab dah ramai pesan suh simpan ja smartfon/digital camera/handy cam sebab kes ragut agaknya.

Balik hotel naik teksi sebab bawa barang banyak, kena USD3. Patut leh minta USD2. Tapi malas nak menawar sebab keletihan.

Sampai hotel dan tidur lena ~ letih dan aku bajet akan turun 5kg sepanjang trip di Vietnam ni nanti.(berangan)


Baru hari pertama di Vietnam dah nampak kurus. Cane tu?

Part atas taip entri dari Vietnam menyambung ke Malaysia malam ni.Hehe

Gambar masuk kemudian. Sebab malas kot.Haha

Eh!TuAjeLahKali.Bye!