Thursday, January 31, 2013

Metamorfosis

Salam dari Jugra,

Okay aku nak gi bekfes. Macam tah apa-apa. Baru nak taip entri terus nak gi bekfes. Ni namanya amik berkat. Haha. Lepas bekfes gi jaga exam. Pas jaga exam baru nak sambung taip entri ni. Hehe. Ok, pada hari yang berbahgia lagi bertuah ini, aku nak citer pasal metamorfosis. Bertuah dan berbahgiala sangat sebab hari ni last day exam. Wohoooo. Pensyarah memang selalu excited lebih dari students.

Apa tadi? Ya metamorfosis. Sesekali aku rasa teringin gak untuk menaip entri yang berpengetahuan. Nampaklah macam bijaksana dan bijaksini ~ kot. Mari sini dengar pensyarah Sains Komputer citer pasal metamorfosis berdasarkan pengetahuan sedia ada masa darjah 5. Ehem...

Rajah kitaran metamorfosis.

Aku orang grafik. Makanya letak grafik lebih senang. Ya lebih senang. Senang nak faham. Senang nak tengok. Dan terpaling penting senangkan aku. Ta payah taip entri panjang-panjang. Aku sibuk nak citer pasal metamorfosis sebab benda ni ada depan mata. 

Dari ulat...

Jadi kepompongggg...

Sebenarnya sebelum ni, nampak da students sibuk-sibuk tangkap gambar kat pokok sebelah kafe Orion ni. Aku ingatkan dorang ada projek Sains ke hapa. Still tak nampak gi yang pokoknya dipenuhi beluncas dan kepompong. Penuh satu pokok. Habis sumer daun dimamah beluncas. Rasa takjub. Subhanallah. Tengok depan mata sendiri untuk pertama kali. Ya, menjangkau usia yang nak ke matang pada nombor tidak pada tuannya, baru nak nampak mende-mende cenggini. Terasa diri begitu berharga.

Seperti biasa. Beluncas dan kepompong je pun, tapi rasa excited satu pakej dengan hepi tu tetap ada. Hehe. Aku sedang belajar untuk menjadi peka dan excited dengan mende-mende yang kecik-kecik. Nak tunggu dapat Porsche yang di hadiahkan baru nak excited, sampai ke tue la ta excitednya aku. Rugiiii wooooo. 

Akhirnya ~ Gini la jadinya

Ehmmm...musykil. Napa beluncas ni makan daun ja. Ta makan bunga sekali. Agak-agak kalu dia makan bunga ngan daun, mesti warna beluncas tu jadi ungu kan? Ye la. Hijau campur-campur dengan merah bukan jadi ungu ke? 

Akhir kalam, merujuk kepada citer di atas ~ bila cikgu Sains Komputer sembang pasal alam sekitar, agak-agak korang nak percaya ta?


Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Tuesday, January 22, 2013

Kemajuan di Tahun 2013

Salam dari Jugra,

Tahun 2013 ku sungguhlah awesome! Pertama tanpa semena-mena ada student minta aku jadi juri pertandingan nasyid. Dahsyat ohhh...pertandingan nasyid tew. Aku ingat mula tu dia silap orang ke hapa. Tapi beriya-iya suh aku jadi juri so OK lah. Aku kan malas nak argue banyak. Suh jadi juri ja pung. Bukannya suh aku lari 4x100 meter berganti-ganti. Eh, hari tu ada orang request aku lari berganti-ganti pun aku on kan ja. Walaupun hanya 8 x 50 meter. Haha. Sporting ke ta sporting nya haku. Alahhh lagi pun aku berminat juga nak tengok orang bernasyid. Aku mudahkan kerja orang harapnya orang akan mudahkan kerja aku. Contoh : Students sumer wat keja tutorial perfect, tayahlah keja aku asyik nak membebel ja kan? Mudah hidup...:) (Pada yang berkenaan sila hayati dan sebarkan)

Hok alohhhhhh sampai 16 kumpulan tu. Lebih dari Anugerah Juara Lagu ni. AJL pun baru 12 lagu. 

Tu satu yang awesome aku rasa. Lagi satu tadi. Felo Blok Mira yang sangatlah bagus melamar aku jadi aerobic instructor tuk aktiviti blok dorang. Bersinar-sinar mata aku. Melompat-lompat dan terkinja-kinja tu memanglah aktiviti feveret aku. Dan bila dia kata nak bayar, laju ja mulut aku cakap. "Tak payah bayar pun ta pa kak". Tapi seperti yang aku mentioned di atas, dia memang felo yang bagus. "Mana boleh tak bayar, duit pun ada. Tak da masalah nak bayar pun". Aku dengar ja duit pun ada. Maka terus ja aku kata nanti bincang ngan BesBesFrenzForever hari pa yang sesuai. Tersenyum ja felo yang bagus tu. Terus hatiku berbunga kegembiraan. Terus terbayang nak gi melancong ke Hanoi Vietnam bulan November ni. Jadi aerobic instructor leh menampung percutian 4 hari 3 malam di Hanoi tu. Percaya tak? 

Jangan percaya. Sebab aku tipu. Haha.

Sebenarnya pagi tadi aku hangat hati. Hangat owhhhh. Rasa macam nak vasektomi ja dada aku, amik mouse pad, kipas laju-laju kat hati aku. Dahlah makmal komputer hangat tada aircond. Tapi bila dapat lamaran cenggini terus sejuk hati. Terus makmal komputer tadi pun sejuk sama macam hati aku gak. Eh? Tak pasal dan tiada kaitan kan? Tau da tu.

Rasa bahagia ja permulaan 2013 aku! Wohoooo (sambil lompat bintang)
Harap korang pun bahagia juga bersama. *wink wink*

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Thursday, January 3, 2013

Sebelum Terlupa

Salam dari Jugra,

Pagi-pagi ni dengan semangat sehangat api (eceh wahh) aku baca emel dari seorang member kerja.
Dia emel last week aku baru nak baca hari ni, baguskan aku?


Disebabkan point nombor 10 aku terus decide tuk tepek mende ni di blog...;)

Eh!TuAjeLahKali.Bye!