Salam dari Jugra,
Tahun 2013 ku sungguhlah awesome! Pertama tanpa semena-mena ada student minta aku jadi juri pertandingan nasyid. Dahsyat ohhh...pertandingan nasyid tew. Aku ingat mula tu dia silap orang ke hapa. Tapi beriya-iya suh aku jadi juri so OK lah. Aku kan malas nak argue banyak. Suh jadi juri ja pung. Bukannya suh aku lari 4x100 meter berganti-ganti. Eh, hari tu ada orang request aku lari berganti-ganti pun aku on kan ja. Walaupun hanya 8 x 50 meter. Haha. Sporting ke ta sporting nya haku. Alahhh lagi pun aku berminat juga nak tengok orang bernasyid. Aku mudahkan kerja orang harapnya orang akan mudahkan kerja aku. Contoh : Students sumer wat keja tutorial perfect, tayahlah keja aku asyik nak membebel ja kan? Mudah hidup...:) (Pada yang berkenaan sila hayati dan sebarkan)
Hok alohhhhhh sampai 16 kumpulan tu. Lebih dari Anugerah Juara Lagu ni. AJL pun baru 12 lagu.
Tu satu yang awesome aku rasa. Lagi satu tadi. Felo Blok Mira yang sangatlah bagus melamar aku jadi aerobic instructor tuk aktiviti blok dorang. Bersinar-sinar mata aku. Melompat-lompat dan terkinja-kinja tu memanglah aktiviti feveret aku. Dan bila dia kata nak bayar, laju ja mulut aku cakap. "Tak payah bayar pun ta pa kak". Tapi seperti yang aku mentioned di atas, dia memang felo yang bagus. "Mana boleh tak bayar, duit pun ada. Tak da masalah nak bayar pun". Aku dengar ja duit pun ada. Maka terus ja aku kata nanti bincang ngan BesBesFrenzForever hari pa yang sesuai. Tersenyum ja felo yang bagus tu. Terus hatiku berbunga kegembiraan. Terus terbayang nak gi melancong ke Hanoi Vietnam bulan November ni. Jadi aerobic instructor leh menampung percutian 4 hari 3 malam di Hanoi tu. Percaya tak?
Jangan percaya. Sebab aku tipu. Haha.
Sebenarnya pagi tadi aku hangat hati. Hangat owhhhh. Rasa macam nak vasektomi ja dada aku, amik mouse pad, kipas laju-laju kat hati aku. Dahlah makmal komputer hangat tada aircond. Tapi bila dapat lamaran cenggini terus sejuk hati. Terus makmal komputer tadi pun sejuk sama macam hati aku gak. Eh? Tak pasal dan tiada kaitan kan? Tau da tu.
Rasa bahagia ja permulaan 2013 aku! Wohoooo (sambil lompat bintang)
Harap korang pun bahagia juga bersama. *wink wink*
Eh!TuAjeLahKali.Bye!
No comments:
Post a Comment