Salam dari Jugra,
Aduh, jatuh rindu bangat sama ini blog. Tak berkesempatan @ sibuk (alasan tipikal bagi setiap blogger kalau tak sempat nak update blog kan?). Tapi memang sibuk je memanjang. Sibukkan apa tayah la kot nak bagitau. Ekekekek...(Gelak gatal). Tapi memang sibuk pun. Bila dah siap keja yang ada due date ni. Whoaaaa. Dia punya feeling, punya nikmat, punya sedap macam... macam... macam mende tu kita nak nak nak nak nak sangat tapi tersangatlah jauh dan susah nak dapat...tetiba - eh dapat la pulak. Ha macam tu lah kot rasanya. Tak faham? Ehmmmm...Abaikan je lah...;)
Macam-macam nak citer, tapi aku citer yang terkini je lah kot. Yang terkini ialah - tan ta daaa...
Hidupla kau...Hidupla kau...Fuh fuh fuhhhh
Aku bertabah dan masih bergigih untuk menanam tumbuhan-tumbuhan dan sayur-sayuran. Kali ini dengan panduan manusia-manusia yang prihatin dan sayangkan aku. Yang mahu aku juga berjaya seperti mereka yang species cucuk sana tumbuh, cucuk sini tumbuh. Tima kasih sifu.
Kali ni aku tanam pokok pakai tanah hitam sepenuhnya, siram sehari sekali dan baja letak sekali sebulan jer. Tengok apa jadi dalam masa sebulan ni. Aku yakin sumpahan tangan panas aku tu akan berakhir. Positif akan berakhir!
Dan paling-paling terkini, semalam apa yang aku tunggu sampai jua selepas mendengar pelbagai kritikan dari insan yang anti online shopping. Hikhik. Aku beli rak kasut. Hikhik. Secara online. Hikhik. Ya, rak kasut. Napa? Tak percaya? Sesungguhnya kalu ikan ketam sotong ikan masin carrot epal hijau ketumbar kayu manis arnab beras pulut leh dibeli secara online. Nescaya akan ku beli jua. Yeahhhh...A Confession of Online Shopaholic.
Hamek kau, 10 tingkat rak kasut.
2013 mencatat pembelian secara online yang maha berjaya. Menjelang bulan Mac 2013, selain rak kasut, aku juga telah beli blouse ~ mende besa perempuan beli, greeting card, sebotol payung, voucher ke Morib Gold Coast, bantal 5 biji, pisau strawberry satu set dan kuali. Oh...terkini segar dari bungkusan ada depan mata ~ buku juga ~ Tuesdays With Morrie. Sumer mende dah sampai kecuali kuali. Oh!Indahnya dunia online shopping ku. Hehe.
Eh!TuAjeLahKali.Bye!
2 comments:
tesco dah buat servis hantar barang ke rumah...tp sayang..kat banting tak hantaq :-( ~iz~
oh..betul? waduhhhhh...best bangat tu...
Post a Comment