Salam dari Jugra,
Tajuk entri dah macam tajuk lagu kan? ^_^
Tu tak penting, isi kandungan yang lebih penting.
[Sambil pegang mikrofon;]
"Duhai rakan-rakan yang ku sayangi, kali ni saya nak bagi tips untuk kuruskan badan. Tak perlu ke London, Slimworld, atau apa sahaja pusat kecantikan yang ada dalam Malaysia atau luar Malaysia. Tak perlu ke Thailand untuk wat plastic surgery. Tak perlu mengeluarkan duit yang banyak. Hanya perlu satu perkataan, perkataan yang wujud dalam diri kita semenjak kita mula bernafas di atas muka bumi ini"
Ya, hanya satu perkataan. Perkataan yang bermula dengan huruf R. Apa motif nak panjangkan cerita aku sendiri pun tak pasti. Tapi dari hasil penelitian dan kajianku kunun, kita hanya perlu suburkan sahaja R ini dan anda akan tampak lansing lagi menawan selain sihat dan segar.
Kalian sudah dapat meneka? Bagus... kerna kalian memang terang hati. Ta dapat meneka pun tidak mengapa, kerana walau pun kalian tidak dapat meneka kalian masih boleh pergi ke IKEA tau ke MidValley untuk bershopping. Bahagia bukan?
R yang saya maksudkan ialah RAJIN. Siap huruf besar sumer, siap bold siap besarkan font. Nah nampak tak kepentingannya di sini? Nampak?
Bagaimana pula dengan dua langkah? Ya...Untuk kurus rakan-rakan sekalian, anda hanya perlu dua langkah sahaja...
Langkah Pertama :-
RAJIN mengawal dan mengatur apa yang anda makan. Kalau nak kurus memang kena kawal makan weh. Nak guna cara apa terpulang. Ada yang avoid nasi terus. Ada yang makan main meal sahaja, no junk foods. Ada yang amalkan diet 3 hari. Apa sahaja, yang penting mesti makan, tapi terkawal. Serius, keRAJINan anda mengawal apa yang anda makan akan membawa kejayaan kepada diet anda sebanyak 110%.
Langkah Kedua :-
RAJIN bersenam. Physical workout omputih kata. Banyak senaman yang boleh dipilih. Jogging, beraerobik, berenang, main basketball, badminton, berbasikal dan macam-macam lagi. Pilih mana nak berkenan di hati. Yang penting enjoy. Fakta benar tentang bersenam ialah, kalian tidak akan kurus dengan bersenam jika kalian masih lagi makan macam hantu raya.
Tu sebab mengawal pemakanan diletakkan di carta teratas carta hati. Bukan di tempat kedua atau ketiga. Tetapi dengan bersenam akan dapat meningkatkan kadar metabolisme, dapat melancarkan peredaran darah.. Kalian akan rasa 'badan ringan', rasa cergas, rasa lebih aktif. Jadi, majulah sukan untuk negara u alls.
Tu aje. Mudahkan? Apa yang menjadi musuh dalam selimut ialah bila kita berkata "Tiada masa". Saya selalu percaya, masa cukup untuk semua orang. Tapi, bagaimana kalian menggunakan masa tersebut? Ayuh, bangkitlah. Masa sudah tiba untuk melakukan perubahan!
Aku berbunyi seperti motivator uda...
Namun kadang-kadang ada gak mulut beracun yang akan cakap, "Sibuk ngan healthy lifestyle, tup-tup dapat gak cancer, diabetic, high blood preassure" Helloooooo. Apa-apa pun kita telah berusaha okay. Kalau takdir-Nya nak kena juga penyakit-penyakit ni, tandanya Tuhan sayangkan kita. Ada hikmah di sebaliknya.
Maka, persetankan semua mulut-mulut beracun tersebut dan tanamlah azam ketat-ketat, kuat-kuat, erat-erat., "Aku mesti hidup sihat hingga akhir hayat". Insha Allah jika itu yang terbaik, pasti Tuhan akan makbulkan.
Jadi, jangan lemah semangat ya sayang...
Tontonlah iklan Thailand yang awesome ni, moga kalian beroleh kesedaran... ^_^
Eh!TuAjelahKali.Bye