Salam dari Senaling,
Ya, kini dan mungkin untuk masa 3 hingga 6 tahun lagi aku akan berada di Senaling, Kuala Pilah bukan lagi Jugra, Banting. Nantilah aku kisahkan kisah indah itu. Aku nak habiskan trip ke Mulu ni. Janji harus ditepati...Usaha!
Hari terakhir ialah HeadHunter Trail. Perjalanan sejauh 12km. Aku fikir aku akan angkut beban 8kg sepanjang perjalanan ini sekali lagi, tetapi nasib baik Akak Moi telah mengambil tindakan yang super pantas dengan mengorder seorang porter lagi. Paling bijak, dia ajak aku berkongsi bersama sebab bukan kira kg pun macam nak upah porter naik Gunung Kinabalu. Fuhhhh...nasib baik (lap peluh kat dahi).
Perjalanan dimulakan dengan menyeberang sungai...guna jambatan dan bukannya berenang macam dulu-dulu. Segalanya kini menjadi mudah. Tak daya rasanya nak berenang menyeberang sungai sebab arusnya deras sangat. Aku dah try, tu sebab aku kata aku tak daya.
Guide kali ni bukan lagi Mr Bagley, tapi seorang kaum peribumi Iban. Maaf aku tak ingat nama dia sebab lama sangat amik masa nak update kan. Untung je aku ingat kaum dia. Satu lagi yang aku ingat ialah kalau bandingkan dua guide kami, Mr Bagley lagi ramah, lagi banyak info, lagi sabar, lagi berhemah dan lagi handsome! We want Mr Bagley! Tapi sedihnya dia orang Mulu, dan kami pulak mengambil keputusan untuk berjalan dari Camp 5 ke Limbang. So, Limbang person in charge! Selangor person diam-diam uda.
Inilah guide Iban kami. Betulkan Mr Bagley lagi hensem...kan?
Berjalan melalui Headhunter Trail laju kemain, aku sendiri tak faham kenapa harus kami jalan selaju begitu. Nak kata ada head hunter, rasanya citer tu dah jadi lagenda. Confuse lah sangat, sebab akulah yang mengawal kelajuan itu... Satu part dalam hutan tu, ada flower bedding in yellow color. Cantik. Bau dia harum habis. Rugi tak ada siapa yang capture picture. Sungguh rugi. Ingat esok, lusa, minggu depan, bulan depan, atau tahun depan ko nak tempuh sekali lagi perjalanan ni? Akak Moi pulak wat drama tak tau letak mana kamera dia. Yang kami-kami ni pulak nak save bateri smartfon masing-masing, sebab dah 2 hari tada power supply nak charge fon di Camp 5. Ya, simpan sajala gambar itu dalam serebrum masing-masing k...T_T
Ini ja view yang sempat aku snap di HeadHunter Trail
Di manakah Aiko? Berdebar jugalah kami, tapi guide kami lebih berdebar. Cuak juga aku tengok muka dia masa tu. "Aikooooooooo..." guide kami yang gigih melaung, kami lak gigih bergambar. Tahla, dalam hati, aku lansung ta risaukan Aiko sebab dia sangat berpengalaman. Yang aku lebih risaukan ialah, takan kami semua akan tersangkut kat sini 3 - 4 jam lagi? Mau aku patah balik cari flower bedding tadi tuk capture image dengan bateri life yang masih bersisa.
Nasib baik tak lama pastu Aiko muncul dengan senyuman manis. Senyumanlah sangat sebab dia gi melepaskan hajat rupanya. Dan keadaan kasutnya yang maha daif memperlahankan pergerakannya. Tapak kasut sokmo tercabut walaupun dah dibalut ngan plaster. Apa-apapun yang penting sumer selamat. Dah...jomlah kita sambung perjalanan dalam bot panjang lak.
Aiko dan kasut berplaster merahnya yang lejen
Hari ni lunch semakin sadis. Ada ka makan epal hijau ngan biskut inti kacang jew. Tu pun kami berenti lunch di Pejabat Perhutanan tuk lunch. Haish aku ni...syukur ada gak makanan tau. Rakan kita kat Gaza nun tah ada makanan ke tidak...T_T
Insaf...sekejap.
Pendek citer, kami akhirnya sampai ke Limbang. Diturunkan di satu kawasan rumah panjang. Rumah panjang di Sarawak sudah moden ya. Tak pakai kayu sebab asyik terbakor ja katanya. So, gaya rumah panjang di sana macam rumah teres berkongsi satu beranda yang sangat panjang dengan siap nama lagi dilabelkan setiap rumah. How you decorate your own home is up to you. Ada yang siap pasang plaster siling jangan memain.
Pattern rumah panjang di Sarawak. Kaum Penan punya rumah panjang pum macam ni.
Kampung air di Limbang. Moi kata Brunei pun macam ni lebih kurang viewnya.
Sampai di Limbang kami duk di asrama Mr Lim. Memang kami tak tempah mana-mana hotel pun tuk stay di Limbang. Masuk bilik, mandi dan sebagainya, perut dah berbunyi-bunyi. Kami pun berjalan explore Limbang yang quite okay. Di Limbang ada KFC k. Tapi apa cer makan kat KFC. Ini Limbang, Sarawak maka moh la cari makanan Sarawak. Aku duk ulang-ulang cakap nak makan Laksa Sarawak. Pusing satu pekan nak cari tempat makan yang kick sampai ke malam (Kami keluar pun dah nak senja). Kedai pun banyak tutup masa tu. Sekali tanya orang, nahhhh...tempat makan yang ada jual Laksa Sarawak dan tutup sampai jam 3 pagi rupanya dekat ja ngan asrama kami rupanya hoihhhh. Tapi takpelah, dapat juga kamek pusing Limbang.
Dengan papan tanda tepi jalan pun jadiiii...Ya, ini idea aku. Habis rare la ni kunun...
Maafkan saya.
Jam 1 pagi kami lepak lagi di kedai ni, dek kerana asrama kami tu panas ya hamat rupanya.
Pagi menjelang, dan kami bersiap awal sebab flight Limbang - Miri kami ambil yang paling awal. Sempat lagi tu menyopping dekat pasar pagi cari beras Bario. Mr Kean yang sibuk nak mencari dan aku sibuk nak cuba gak. Serius, beras Bario sangat sedap macam beras wangi. Baru aku tau dan tak sia-sia aku menyibuk kan? Tak cukup ngan beras, sibuk juga mencari pes Laksa Sarawak sebab sedapnya Laksa Sarawak aku makan kat kedai malam tadi. Pes ni rupanya ada banyak brand,dan mungkin kami tersilap beli sebab pes tu rasa agak pahit.
Ke sebenarnya aku yang tak pandai masak...hehe
Apa pun, ekspedisi kali ni berjalan lancar dan sangat happening. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkanNya. Syukur.
Maliau Basin ke Rinjani lepas ni kengkawan?
Terima kasihlah baca sampai habis. Fuhhhhhhhh tak sangka aku siap juga update entri ni hoiiiiiii...
No comments:
Post a Comment