Saturday, October 25, 2014

Salam Aidiladha...Raya Sebulan Kot. Kan?

Salam dari Senaling,

Aku tak kira, aku nak citer gak sal Raya Haji walau pun dah nak sebulan Aidiladha berlalu pergi. Tak kira...


Aidiladha tahun ni aku wat sedikit kelainan. Aku tak balik kampong Teluk Intan. Aku balik umah Pak&Mak Long (akak arwah Abah) di Jengka 11, Pahang. Semenjak duduk di Kuala Pilah ni, ukhuwah fillah ngan adik akak sedara sebelah Abah semakin akrab. Ari tu aku gi umah Angah Iram&Angah Isham di Felda Temangau kat sempadan Negeri 9 Pahang. Kali ni ke Jengka laks.
Best. Best sangat sebab tak jem lansung. Huih heaven giler. Jalan lengang hala ke Pahang bila mana member-member WhatsApp dan FB berlomba-lomba update hal ehwal jem mereka.

Menambahkan kegembiraan, dan kalori ialah kat umah Pak Long sesi makan tak henti-henti berlansung dengan jayanya.  Bayangkan, jejak ja kaki kat Jengka umah Pak Long, dorang paksa kami makan nasi ngan masak keli tempoyak, kari ayam dan segala macam sayur kampong cicah sambal belacan. Tak sempat nak hadam makanan tu, dorang suh plak kami makan sup tulang kerbau...Siap ada mihun yang dicelur. Pastu keluarkan plak segala lemang ketupat rendang. Selagi tak makan selagi tu dorang akan suruh...

Risau sangat Pak Long dan anak beranak yang kami sekeluarga tak boleh tidur lena sebab kelaparan. Homaiiiiii....Malam tu kami tidur macam ular sawa kekenyangan. Tenkiu Pak Long sekeluarga.

Pagi raya, takbir bergema...Tak dapatlah nak ziarah kubur Abah. Tapi Dikna sedekahkan Alfatihah tuk Abah selalu, selalu...T_T

Ingatkan raya kat Jengka ni macam raya haji kat Teluk Intan. Pas solat Aidiladha, kami dah bajet nak rehat relaks lepak. Rupa-rupanya...

Rumah nombor 1, rumah Pak Long masak ketupat ngan rendang ayam dan kari kerbau. Makan.

Rumah nombor 2, rumah biras Pak Long masak nasi dagang, ketupat palas dan rendang daging. Makan lagi.

Rumah nombor 3, jiran Pak Long masak laksa. Makan makan lagi.

Rumah nombor 4, jiran Pak Long lagi satu masak soto. Makan lagi dan lagi.

Rumah nombor 6, rumah sedara tapi aku tak berapa kenal, masak ketupat palas dan rendang. Masa ni aku macam dah serender. Serender la kunun, walhal rumah nombor 5 (yang aku lupa nak amik sebarang pics), aku hadap soto dan mi jawa okay...
Konyang den... paling best aktiviti kunjung mengunjung ni kami buat secara berjemaah...

 ...dengan berjalan kaki merata kampung. Rasa macam zaman kecik dolu-dolu.
Mencari duit raya sekupang dua kupang.

Anyway, happening raya kat sini. Rasa macam nak raya AidilAdha kat sini ja every year...^_^

No comments: