Monday, February 23, 2015

Juara Liga Bola Jaring KMNS 2014

Salam dari Senaling,
 
Kemain tajuk entri kan? Ni cerita peram. Terperasan masa nak pick pic dari bluetooth folder. Heiii...Kejayaan luar biasa ini harus dipetakan dalam blog. Harus!
 
Luar biasa sangat sebab ini ialah pasukan Bola Keranjang KAKOM 2014 + seorang player netball KAKOM + 3 orang pensyarah Sains Komputer. Nama group pun ad hoc. Ternampak dalam kertas undi nama HoneyBee. Terus aku tukar nama dari unknown kepada nama HoneyStar. Kreatifkan aku?
 
Liga berlansung dalam satu bulan setengah jugalah. Dari musim tengkujuh sampaila musim panas bermula. Tapi okaylah. Tak penat macam KAKOM, main hari-hari sampai terhidrat letih melampau. Cehhh...aku bukan player pun, tapi leh rasa perasaan tu.
 
First game kami lawan HoneyBee. Ketulahan meniru nama agaknya. Terus jumpa group yang agak kuat, sebab aku kenal durang. Kawan-kawan aku dalam team netball kolej. Dahla budak-budak basket ni ta tau peraturan. Jangan kata budak, aku pun tak berapa nak reti sebenarnya. Aku kan GD kehormat. Asyik kena prittttttt ngan pengadil. Bose kawe.
 
Hasil game pertama, kalahlah kami...9-11 rasanya. Tak ingat sangat. Yang pasti kalah.
 
Tapi perjuangan harus diteruskan. Game kedua pun agak sengit. Seri. Game ketiga ja yang senang. Kami menang. Dengan keputusan keseluruhan 1 menang, 1 seri dan 1 kalah, nasib kami bergantung kepada keputusan permainan seterusnya. Rezki budak-budak, dapat kami melangkah ke suku akhir.
 
Suku akhir sengit, tapi kami menang. Dapat masuk separuh akhir, pun sengit. Dan akhirnya akhir. Keputusan dari suku, separuh sampai akhir sumer keputusan yang tidak disangka-sangka. Habis ja game aku mesti lompat-lompat buat bulatan sambil cakap, "wehhh kita menang wehh...tak sangka". Hahaha. Lawak pulak bila aku ingat-ingatkan.
 
Game terakhir kami jumpa semula HoneyBee. Betul-betul ketulahan ke apa ke, aku pun ta tau. Cuak juga sebab kami pernah kalah dengan HoneyBee.
 
Final game sangat dramatik. Mulanya keputusan terikat, saling keja mengejar satu mata. Masuk separuh masa kedua kami ketinggalan. Masa tu aku rasa budak-budak dah down. Tiba-tiba aku yang pendiam (ehem) di dalam game, menjerit-jerit pulak kata..."Durang menang tak mudah k, tak mudah".

Memang bajet dalam kepala, mesti kalah ni, tapi tanak lah main tah apa-apa. Mesti fight! Miracle do happen. Bila aku tengok papan markah pada minit-minit terakhir..."Eh, beza satu mata?" Rasa macam jauh ketinggalan. Ketika kami mendahului satu mata...Tetiba wisel penamat di tiup...Pritttt
 
Menjerit-jerit kami. Giler ah main game macam ni. Memang terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Syukur aku dikurniakan ingatan manis yang mungkin boleh membawa kepada diabetis tahap dua ketika aku masih lagi beruasaha untuk menyesuaikan diri di KMNS. Masa taip ni pun aku tersenyum-senyum, terasa-rasa perasaan hepi tu, sehingga hayat dikandung badan...Insha Allah.
 

Best giler saat ni. Subhanallah tau perasaan tu. Inilah dia 3 pensyarah Sains Komputer yang sporting bila sampai bab outdoor. Perkenalkan dari kanan, Linda dan Am.
 
Ta jumpa pulak pic yang ready :) Tapi ini lah dia team HoneyStar,
Juara Liga Bola Jaring KMNS 2014/2015. Ehem
 
Aku hepi ni, jomla hepi sama-sama. Bye korang.

Friday, February 20, 2015

Tumpang Kasih Family Day

Salam dari Senaling,

Cuti matrik yang baru berlalu hari tu. (Chettt saja nak perincikan perkataan baru berlalu supaya u all tau yang I gigih taip entri yang up to date), aku telah berjaya menumpang kasih Family Day Unit Sains Komputer KMS di Port Dickson, Negeri Sembilan. Yeay. Tapi itulah yang dinamakan keep in touch ngan kawan lama...kan? Selain tumpang kasih, aku juga berjaya bergambar sakan di Alive 3D Art Gallery, Port Dickson (citer kat sini). Happiness berganda duaploh hari tu...

Aku tumpang kasih bukan sebarangan k, dengan segala hormatnya telah dilantik menjadi AJK Sukaneka tau. Gigih aku fikir apa sukaneka yang nak dilansungkan dalam kereta masa nak bergerak ke Port Dickson. Gigih aku beli bahan-bahan sukaneka di Giant, Port Dickson. Gigih sangat-sangat sebab buat kerja last minute. Muahahaha.

Banner siap. Organizer memang daebak.

Puteri Beach Resort ialah resort yang menguruskan Rumah Peranginan Persekutuan. Bekerja dengan kerajaan selama hampir 12 tahun, aku baru tau sal Rumah Persekutuan ni 2 tahun lalu. Syukur 12 tahun. Kalau esok nak pencen, hari ni baru tau...?

Tentatif program kata, jam 5.30 petang sukaneka akan dimulakan. Aku la kepalanya. Gigih sekali lagi aku fikir apa nak dimulakan dulu sebab tak mungkin semua orang akan turun jam 5.30 serentak. Syukur aku dapat idea tuk mulakan aktiviti dengan istana pasir. Kumpulan ikut family ja. Jadi siapa yang datang awal leh mula ngan istana pasir. Bila semua orang dah berkumpul, baru mula dengan acara-acara sukaneka yang lain.

Maka yang lambat tu, timbunkan je la pasir macam bukit tuk nampak cam istana kunun.

 Aktiviti membina istana pasir berjalan lancar seperti dirancang.
 
Anwar buat istana pasir sorang-sorang. Gasaklah, janji ada penyertaan.

Acara pertama ialah acara feveret. Isi air dalam botol.

Tapi isi air dalam botol tanpa span, tanpa sudu, tanpa alat bantuan. Botol semata. Namun ideaku suh bawa air laut dalam mulut untuk memenuhkan botol telah direalisasikan oleh anak-anak Laili. Adehhhh...akak melawak je tadi tu dik. Akak? Puiiii...
 
 Acara seterusnya ialah tiup tepung amik gula-gula. Pastu pecahkan belon.

Hasil dari sukaneka ialah gelak ketawa...Gelakkan anak masing-masing yang comot ngan tepung. Tapi aku gelakkan juga bila tengok anak-anak kawan-kawan yang lain. Hahahahaha

Dikira-kira, boleh tahan jugalah aktiviti yang aku rancangkan ni. Istana pasir pun siap diadili oleh En. Zahar dan isteri. Kemain kau ada panel penilai. Tapi, sadis tul tiada hadiah. Tak terfikir atau tak sempat nak fikir sebenarnya. Waaaaa...Kalau ada hadiah mesti lebih best. Kan?

Mau tak sedih. Juara istana pasir kot....Uwaaaaaaa.
 

Senja di Port Dickson. Diambil dari balkoni bilik kami. Rate semalam dah la murah. Bahagi dua ngan Lin, sorang baru bayar RM88 semalam. Bilik ada tiga, rumah besar boleh main lari-lari, main ketinting dan main konda kondi. Berbaloi-baloi dapat Rumah Persekutuan ni. Tapi nak mendapatkannya...Fuhhhhh kemain susah hoih...
 
Meraba-raba memanggang ayam. Raba ayam yang aku maksudkan...:P

Malamnya wat BBQ kat tepi pagar dalam kesamaran. Lampu tak cukup. Tapi makan masih kekenyangan. Ni ja satu-satunya pic yang ada sebagai bukti nak masuk dalam SKT. Hehe. Tu pun Akram hubby Fida yang terfikir nak amik. Yang lain-lain fikir nak melahap je. Happening malam tu. Budak-budak sibuk main play ground. Yang dewasa, makan dan makan lagi. Ayam BBQ ada, satay ada, nasi goreng ja dua jenis. sosej, whipped potato, buahan, kek, kuih...Burppppp...
 
Esok pagi, aku dah menggediks nak swim kat swimming pool. Semalamnya kan aku busy uruskan sukaneka, sempat mandi laut ja. Tu pun sekejap, sebab dah nak senja. Aku usha baik punya dari balkoni bilik. signal-signal bila leh mula guna swimming pool. Elok ja pekerja hotel angkat papan tanda jam 7.30 pagi, terus aku ajak semua orang turun. Hohoho...Excited is harus. Jatuh wajib.
 
Hasilnya, kamilah kumpulan pertama yang menguasai swimming pool. Yes, luaskan kuasamu. Puas aku mandi barulah mula acara pertama pada hari kedua.
 
 Mewarna ikut kategori.

Acara mewarna ada hadiah. Masa gift ceremony tu lah baru aku perasan, betapa seronotnya kalau sukaneka pun ada hadiah.

Ada juga hadiah untuk semua family yang terlibat.

Last sekali, capture pic ramai-ramai. Moga jumpa lagi tahun depan...Insha Allah
 
Tah kenapa bila aku tengok pic ni, sekali imbas aku terasa seperti aku seorang retis yang sedang meningkat naik, menganjurkan aktiviti bersama-sama kelab peminatnya. Dua kali imbas pun macam tu aku rasa. Tiga, empat, lima imbas pun masih macam tu. Ah, aku redha je lah.
 
 
Aku tau korang nak muntah... Gi bilik air cepat-cepat k. Bye korang.

Sunday, February 15, 2015

Annual Dinner Pertama di KMNS

Salam dari Senaling,

Bajet sangat cerita aku hari ni. Haipppp...Jangan pikir aku tak pernah hadir Annual Dinner kat kolej aku dahulu.  Cuma...nantilah aku bagitau di akhir entri k...Tunggguuuu...
 
Dinner ni bulan Januari sebenarnya. Tapi biasalah aku, lambat update is my tagline recently.
 
Tema dinner is black and red. Boleh bawa buah hati dan cahaya hati. Tapi buah hati jual mahal tanak pergi. Jadi aku decide nak bawa cahaya hati ja.
 
Berbaloi bawa cahaya hati yang nombor satu ni. Makan tak henti sampai akhir majlis.
 
Disebabkan aku tak tahu jalan ke Hotel Bangi-Putrajaya ni, aku tumpang ja Cik Puan Hani. Bersama-sama dengan keluarga Hasni, Kak Zura dan Liza. Kemeriahan kami tuk Annual Dinner sudah bermula dalam sebuah kereta Alza sebelum sampai ke hotel lagi tu tau.
 
Perasan tak sesuatu dari gambar ni? Aku nampak macam diva yang sporting, manis lagi mesra sedang amik gambar dengan peminat-peminat kan? Hehe
 
 Excited dapat cabutan bertuah. Semua orang pun dapat sebenarnya, tapi aku pilih nak excited sebab dalam ramai-ramai orang, aku yang terpilih dapat seterika berat 1kg. Berotot lengan aku lepas seterika baju nanti.

Makanan kat sini, sangat sedap dan banyak pilihan. Pihak hotel top up sampai penghujung majlis.  Dalam goodies bag ialah Tupperware yang Tupperware pulak tu. Sesuai sangat wat tapau makanan yang melambak-lambak tersebut. Tapi aku is Diva, so jual mahal la baiiii... Paginya menyesal tak tapau. Nangis tak berlagu.
 
Organizer lak, two thumbs up. Bagus bangat. Kat sini durang panggil Kelab Guru tu sebagai KEP. Kelab pensyarah kot. Tapi memang sangat-sangat bagus team durang ni. Majlis terancang dan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Walau pun banyak sangat bunyi dari ahli-ahli kelab yang aku dengar di kolej sal dinner ni. Aku amik jalan tuk berdiam diri. Aku is okay ja, sebab di awal pembabitanku dalam dunia pendidikan, aku bersyukur ditakdirkan bertemu dengan insan-insan yang sangat positif di sekelilingku.
 
Pesannya, "Apa sahaja majlis baik-baik yang dianjurkan, pergilah selagi mampu. Sebab kawan-kawan kita yang menganjurkan majlis tersebut tak sedikit usaha yang di gemblengkan."

Banyak betulnya pesan tersebut.

Aku pun sebenarnya... suka makan. Hehe

Di akhir entri dah ni. Biarlah aku reveal apa sebab apa aku excited sal dinner ni. Gambar candid yang di capture, pada pandangaku adalah molek-molek belaka. Contohnya di bawah ni...

Like a diva on the red carpet. Di ekori PA ku yang kat belakang sebelah kiri tu. Insan di sebelah kanan yang jelas dalam gambar ni? She is a big fan of mine...Hehe. Best plak ada blog, leh puji diri sendiri tanpa belas.

Diva of foods...^__^
 
Berhenti makan hanya selepas pengerusi majlis kata..."Boleh balik dah korang". Sampai umah jam 1 lebih. Disebabkan terlebih karbohidrat dan gula, aku taleh nak tido. Pagi-pagi macam zombie Kampung Pisang. Spoiled satu hari. Moral citer, aku akan sewa bilik hotel ja tahun-tahun akan datang. Melainkan hotel tu Melang Inn, Kuala Pilah.
 
Tu aje. Bye korang.