Showing posts with label aku dan KMNS. Show all posts
Showing posts with label aku dan KMNS. Show all posts

Saturday, April 18, 2020

KMNS Dua Dekad dan Alkisah Bidan Terjun

KM Negeri Sembilan merupakan kolej matrikulasi yang pertama dibuka tahun 2000, bersama-sama KM Melaka. Tidak hairanlah struktur binaannya hampir sama. Blok bata besar-besar segebuk segedebak bangunan asrama, makmal komputer, bilik tutor, kafe... Tak caya meh sini tengok. 

Pada sesiapa yang pernah pergi kolej-kolej lain, seperti KM Selangor yang baru sedekad, memang tak tertandinglah keusangannya. Tapi... KMNS bersih dan suci. Pada siapa yang tercampak ke KMNS, anggap jelah kau sedang bercuti di country side. Udara nyaman, burung berkicau, lotong si pemalu bertebaran.

Disebabkan rumah ya amat dekat, maka haruslah kami sekeluarga menghadiri hari terbuka sempena KMNS Dua Dekad hari tu. Aku kan dah jadi alumni, dapatlah jemputan untuk Majlis Makan Malam (nama dia havoc aku tak ingat), dapat juga jemputan untuk main bola jaring... tapi semuanya samar-samar. Nak ke ta nak join. Terutamanya bola jaring lah. Tiga ke empat kali juga aku buat keputusan. Dolak dalik okay tak okay, on tak on...

Sudahnya, tak on.

Tetap aku hadir, sebab nak membeli belah, beri sokongan, jumpa kawan-kawan...

Pagi 15 Februari 2020, hari Sabtu, selepas hantar kembar latihan taekwondo, kami suami isteri jenguk kolej. Perghhhh... meriah sungguh-sungguh. Aku kata, "Jomlah kita pergi padang bola jaring, nak tengok kawan-kawan main...". Sampai padang, dari jauh aku nampak Mazuna (penyelaras acara). Aku sergah dia. Sergah ke panggil ke cuit... tak ingat.

Terus beliau berkata, "Kak Hana main ya, geng dengan budak-budak ni". Menunjuk ke arah dua budak yang duduk di situ. "Wakil Alumni kak, tak cukup seorang lagi. Ni ada dua ja ni. Akak masuk cukuplah tiga orang.." pung pang pung pang kami sembang gajah terbang. Mula tu aku acah-acah macam pemalulah tolak-tolak kunun.

Pendek cerita, aku join. Khabarnya ada dua kumpulan ja. Tak juara, naib juara. Hadiah tunai lagi tu perghhh... Tak, aku bukan mata duitan sangat pun, lebih kepada nak bagi sokongan pada kawan lama. Lagipun dah lama tak main netball. Dah lama tak tunjuk skill (bukan mata duitan sangat pun, tapi riak nak mamp** haha).

Isteri mithali minta kebenaran nak main netball sambil selfie sekeping acah-acah sweet.

Keputusannya... tak cerita main macam mana terus keputusan. Gelojoh bukan?
Tak nak cakap ah dapat nombor berapa, nanti riak kahkah...


Asalnya kata dua kumpulan, tiba-tiba muncul lagi satu kumpulan. Barulah meriah kategori alumni.

Haaaa... bagitahu lagi nak gaya macam mana. Sekali lagi suruh posing, aku mungkin berada di ring basket ball belakang tu pulak. Don't play-play aaahh...

GS pada hari tu, dah budak-budak kalut tanak shoot.

Tapi okay gak main tiga sebelah. Pertama kali main style begini. Bolehlah nanti dipertimbangkan untuk main gaya ni lagi untuk suka-suka petang-petang. Tak yah tunggu sampai 14 orang. Jenuh nak kumpul.


Bersama pengadil dua keping.

Hadiah tempat pertama beratus juga. Macam RM100 ke RM120 ke RM150. Aku tak ingat. Mazuna akan tolak yuran penyertaan dari situ. Iyelah, kan aku ni bidan terjun. Kalau yang proper, kena bayar yuran. Tapi duit tu aku bagi terus ke budak-budak satu team aku ja tadi. Kan aku dah kata aku tak materialistik (tapi riak heeee)

Saja nak tunjuk, meriah sebenarnya acara ni. Acara lain lagilah meriah. Terutamanya bola tampar.

Selesai ja game, kembar dah ada. Suami ambilkan. Ambil sekeping buat kenangan.

Sekeping lagi gaya Amin korek gigi guna lidah... Padan muka, remaja nanti, tengok semula gambar mesti menyesal.

Banyak acara yang berlaku hari tu selain game. Ada gerai jualan (di KMNS durang panggil HARUM untuk singkatan apa aku tak ingat), tapi kali ni lebih meriah, ada macam-macam-macam-macam. Empat kali macam aku taip.

Terpaling ingat aku lepak di gerai Abang Man. Minum, belanja dan jualkan kelapa muda yang Abang Man tanam dikeliling kolej. Abang Man ni staff makmal Sains, rajin berkebun, humble orangnya. Dengan dialah aku kena sedushum sekali, sal Amni yang aku tak berapa nak redha dia duduk asrama hari tu. Cerita lebih panjang kat sini. Itupun kalau rajin membaca. Aku rajin 😜 

Selain tu, jumpa ramai ex-students dari pelbagai batch. Sembang sikit-sikit, rakam gambar sikit-sikit (tapi gambarnya tak sampai ke aku cis), gossip sikit-sikit, bagi nasihat sikit-sikit.

Bila nak balik, jumpa ex students ni. Terpaling keep in touch. Alia Fatima namanya. 

Bab ingat hari jadi (menghargai) orang aku serahkan padanya. Setakat ni, bukan setakat birthday aku, birthday kembar dan Amni pun dia ingat. Salute sungguh aku ngan dia ni. Nasib birthday suami dia tak nak ingat 😁 

Pending entry is done and I am happy!

Wednesday, November 22, 2017

Saya Cuba Main Volleyball

Salam dari Senaling,

Umum dah maklum (cia ayat, macam aku public figure), aku mudah diajak join main apa-apa permainan. Samada tuk suka-suka atau pertandingan. Dalam banyak-banyak permainan, ada satu permainan yang aku tak boleh blah. Volleyball

Bila aku dijemput oleh geng Matematik tuk join team, wakil Jabatan Matematik aku bagitau siap-siap aku tak handal bermain. Bukan aku merendah diri. Tapi memang tak bagus pun. Ikut pengalaman, aku hanya boleh serve lepas kali pertama ja, dan biasanya serve aku memang laju menjunam tak siapa hingin nak amik. Tak, aku bukan bluffing. Hakikat. Tapi sekali tu je la. Selebihnya memang tak lepas. Apatah lagi nak angkat bola, digging harremmm, spike macam Maero Attack tu memang dalam mimpi sahaja tuan-tuan dan puan-puan.

Tapi disebabkan beriya-iya sangat durang ajak, aku on kan aje. Dalam hati, habislah korang jenuh nak cover aku nanti.

Seminggu sebelum game, turun berlatih... perghhh. Terbuktilah segala apa yang aku bagitau pada statement di atas. Itulah, aku cakap tak percaya. Yang lain-lain boleh main, kira aku la lubuk tu (dalam game volley, lubuk maksudnya kau akan jadi attack pihak lawan sebab kau hampeh). Tapi itulah, tak cukup ilmu yang sebenarnya.

Beriya juga kaum adam geng Matematik menunjuk ajar (tak kurang juga yang menganjing) cara yang betul nak main volley. Incik Suami turut sama bagi arahan dari luar pagar (cia lagi sekali, macam sweet ta perangai camtu?), dan akhirnya...


Awesome jugalah aku main. Ditambah dengan kepoyoan tahap ganda dua puluh dua yang kira cam genetik, dah memang lama wujud dalam sel-sel badan aku ni. Bukan lubuk ah aku hari tu. Serve lepas, walaupun pada tahap kritikal aku leh serve sampai terkeluar chettt. Punca betul aku hari tu. Tapi aku cukup happy sebab semua serve lepas net, dapat jugalah menampar bola, amik bola... heiiii memang awesome dah aku main volleyball

Walaupun berjaya menggondol naib johan (aicececehhhh macam gempak sangat) dari tiga kumpulan. Kehkeh. Objektif tercapai. Semua bola yang dihantar pihak lawan, 90% dapat diangkat, tanpa mengira ke mana hala bola tersebut akan pergi. Alaaa main nak fun-fun (walau pun dalam hati teringin juga nak menang). Rezeki kami takat itu, jadi bergembiralah.

Kalau dulu, asal orang (biasanya students) ajak main volley aku tolak, now no more. Insha Allah takde la nanti aku jadi bahan ngan budak-budak ni yang kadang-kadang perangai leh tahan kurang asam. Biasanya students kalau kita (sebagai pensyarah) boleh buat sesuatu di luar dari bidang hakiki, durang akan respek lebih. Cayalah...

Seperkara lagi, ilmu tu penting. Selama tiga puluh sembilan tahun selamba burung unta aku boleh declare aku tak pandai main volley, akhirnya terbukti tak pun. Buat sesuatu dengan ilmu, Insha Allah sukses kejadian kau nanti. 

Satu lagi hal, ilmu dah diturun tapi tak dengar cakap...

Mendapat. Tiga minggu yang lalu lebih ngeri warna, rupa dan bentuknya.

Sekian tu aje. Bye...

Monday, October 2, 2017

Berkat Bersangka Baik

Salam dari Senaling,

Alhamdulillah, happy sangat aku di hari Isnin ni bila dapat tahu jam mengajar dari 20 jam seminggu jadi 16 jam. Sebenarnya kembali semula ke jadual asal sebelum tiga pensyarah Sains Komputer keluar untuk sambung belajar awal September hari tu :)

Paling happy  bila empat jam yang diambil tu ialah kelas petang. Allahuakbar Allahuakbar. Sebagai morning person aku memang sukaaaaaaaaa sangat dapat jadual macam ni. Alhamdulillah jadual terkini, takdirnya semua kelas aku sendat padat awal pagi. Ehhh takpe takpe... Aku suka.

Bantuan Allah datang tak disangka, bila-bila masa, dalam pelbagai bentuk. Aku memang seboleh-bolehnya mahu bersangka baik bila kami mula mengajar 20 jam seminggu. Aku yakin ada seribu juta sembilan puluh sembilan ratus ribu empat ratus tujuh puluh lima kebaikan dan hikmah untuk apa yang berlaku.

Dan, nahhhh... inilah dia berkat bersangka baik itu kawan-kawan. Alhamdulillah

Aku bukan baik nau, tapi masih dan mahu belajar. Untuk pengetahuan semua sebelum bersangka baik tu aku apply, aku berkeluh-kesah-stress-mood swing-kelam-kabut jugalah. Bila dah tak menang tangan nak wat semua, terduduk... barulah terfikir semua ni DIA aturkan. Mesti ada hikmah disebalik aturan dan aku amik keputusan untuk berhenti merungut.

Terima kasih Ya Rabb, moga berpanjangan kegembiraan ini Ya Allah untukku, keluargaku, keluarga-keluargaku, jiran-jiranku, rakan-rakanku, pelajar-pelajarku, muslimin muslimat walau dimana mereka berada. 

Aamiiin.

Sunday, September 24, 2017

Ini Baru Betul Redha dan Tawakal.

Salam dari Senaling,

Minggu ni isunya dua puluh jam solid dalam kelas seminggu. Sebelum hadap, aku rasa aku boleh bawa ngan chill nya. Sekali dah hadap, it's not easy bebeh. Nope!

Kawan-kawan push bos kami supaya mengadakan perjumpaan dengan bos besar. Beriya-iya kawan-kawan push. Aku masih bajet-chill-stress-cool, emosi ding-dong-ding-dong. Alhamdulillah, satu perjumpaan berjaya diadakan Selasa lepas jam empat petang.

Semasa perjumpaan, ada banyak usul yang dihadapkan bersama-sama cadangan penyelesaian. Aku ada usulkan beberapa penyelesaian masa sembang-sembang dalam unit, tapi bila menghadap orang besar-besar ni, berat sungguh mulut aku nak bercakap. Sampaikan kawan-kawan senggol-senggolan cubit-cubitan suh aku bercakap.

Akhirnnya aku bercakap juga, bukan satu tapi tiga perkara terus. Dah alang-alang kan. Walau pun kena bash sikit, tapi aku puas hati sebab aku dah bercakap. No regret omputih bilang.

Keluar dari bilik mesyuarat jam 6.30 petang, aku tengok langit biru. Aku cakap ngan kawan-kawan unit, kita dah buat apa yang kita patut buat. Kalau ada penyelesaian, Alhamdulillah rezeki. Kalau sama macam ini juga untuk tiga atau lima tahun akan datang pun Alhamdulillah rezeki.

Aku bagitahu lagi, aku nak berhenti merungut kepenatan, merungut untuk macam-macam mulai hari itu. Tenaga yang ada aku nak tumpukan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih 'smart'. Sendatnya jam mengajar membuka mata dan jiwa aku untuk banyak perkara.

Sebagai manusia, aku rasa kami sudah berusaha. Selebihnya kita berserah. Dan waktu itu aku baru sedar, Allahuakbar...

Ini baru betul redha dan tawakal!

Jadi pendidik jiwa kena kental. Gambate!

Monday, February 23, 2015

Juara Liga Bola Jaring KMNS 2014

Salam dari Senaling,
 
Kemain tajuk entri kan? Ni cerita peram. Terperasan masa nak pick pic dari bluetooth folder. Heiii...Kejayaan luar biasa ini harus dipetakan dalam blog. Harus!
 
Luar biasa sangat sebab ini ialah pasukan Bola Keranjang KAKOM 2014 + seorang player netball KAKOM + 3 orang pensyarah Sains Komputer. Nama group pun ad hoc. Ternampak dalam kertas undi nama HoneyBee. Terus aku tukar nama dari unknown kepada nama HoneyStar. Kreatifkan aku?
 
Liga berlansung dalam satu bulan setengah jugalah. Dari musim tengkujuh sampaila musim panas bermula. Tapi okaylah. Tak penat macam KAKOM, main hari-hari sampai terhidrat letih melampau. Cehhh...aku bukan player pun, tapi leh rasa perasaan tu.
 
First game kami lawan HoneyBee. Ketulahan meniru nama agaknya. Terus jumpa group yang agak kuat, sebab aku kenal durang. Kawan-kawan aku dalam team netball kolej. Dahla budak-budak basket ni ta tau peraturan. Jangan kata budak, aku pun tak berapa nak reti sebenarnya. Aku kan GD kehormat. Asyik kena prittttttt ngan pengadil. Bose kawe.
 
Hasil game pertama, kalahlah kami...9-11 rasanya. Tak ingat sangat. Yang pasti kalah.
 
Tapi perjuangan harus diteruskan. Game kedua pun agak sengit. Seri. Game ketiga ja yang senang. Kami menang. Dengan keputusan keseluruhan 1 menang, 1 seri dan 1 kalah, nasib kami bergantung kepada keputusan permainan seterusnya. Rezki budak-budak, dapat kami melangkah ke suku akhir.
 
Suku akhir sengit, tapi kami menang. Dapat masuk separuh akhir, pun sengit. Dan akhirnya akhir. Keputusan dari suku, separuh sampai akhir sumer keputusan yang tidak disangka-sangka. Habis ja game aku mesti lompat-lompat buat bulatan sambil cakap, "wehhh kita menang wehh...tak sangka". Hahaha. Lawak pulak bila aku ingat-ingatkan.
 
Game terakhir kami jumpa semula HoneyBee. Betul-betul ketulahan ke apa ke, aku pun ta tau. Cuak juga sebab kami pernah kalah dengan HoneyBee.
 
Final game sangat dramatik. Mulanya keputusan terikat, saling keja mengejar satu mata. Masuk separuh masa kedua kami ketinggalan. Masa tu aku rasa budak-budak dah down. Tiba-tiba aku yang pendiam (ehem) di dalam game, menjerit-jerit pulak kata..."Durang menang tak mudah k, tak mudah".

Memang bajet dalam kepala, mesti kalah ni, tapi tanak lah main tah apa-apa. Mesti fight! Miracle do happen. Bila aku tengok papan markah pada minit-minit terakhir..."Eh, beza satu mata?" Rasa macam jauh ketinggalan. Ketika kami mendahului satu mata...Tetiba wisel penamat di tiup...Pritttt
 
Menjerit-jerit kami. Giler ah main game macam ni. Memang terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Syukur aku dikurniakan ingatan manis yang mungkin boleh membawa kepada diabetis tahap dua ketika aku masih lagi beruasaha untuk menyesuaikan diri di KMNS. Masa taip ni pun aku tersenyum-senyum, terasa-rasa perasaan hepi tu, sehingga hayat dikandung badan...Insha Allah.
 

Best giler saat ni. Subhanallah tau perasaan tu. Inilah dia 3 pensyarah Sains Komputer yang sporting bila sampai bab outdoor. Perkenalkan dari kanan, Linda dan Am.
 
Ta jumpa pulak pic yang ready :) Tapi ini lah dia team HoneyStar,
Juara Liga Bola Jaring KMNS 2014/2015. Ehem
 
Aku hepi ni, jomla hepi sama-sama. Bye korang.

Sunday, February 15, 2015

Annual Dinner Pertama di KMNS

Salam dari Senaling,

Bajet sangat cerita aku hari ni. Haipppp...Jangan pikir aku tak pernah hadir Annual Dinner kat kolej aku dahulu.  Cuma...nantilah aku bagitau di akhir entri k...Tunggguuuu...
 
Dinner ni bulan Januari sebenarnya. Tapi biasalah aku, lambat update is my tagline recently.
 
Tema dinner is black and red. Boleh bawa buah hati dan cahaya hati. Tapi buah hati jual mahal tanak pergi. Jadi aku decide nak bawa cahaya hati ja.
 
Berbaloi bawa cahaya hati yang nombor satu ni. Makan tak henti sampai akhir majlis.
 
Disebabkan aku tak tahu jalan ke Hotel Bangi-Putrajaya ni, aku tumpang ja Cik Puan Hani. Bersama-sama dengan keluarga Hasni, Kak Zura dan Liza. Kemeriahan kami tuk Annual Dinner sudah bermula dalam sebuah kereta Alza sebelum sampai ke hotel lagi tu tau.
 
Perasan tak sesuatu dari gambar ni? Aku nampak macam diva yang sporting, manis lagi mesra sedang amik gambar dengan peminat-peminat kan? Hehe
 
 Excited dapat cabutan bertuah. Semua orang pun dapat sebenarnya, tapi aku pilih nak excited sebab dalam ramai-ramai orang, aku yang terpilih dapat seterika berat 1kg. Berotot lengan aku lepas seterika baju nanti.

Makanan kat sini, sangat sedap dan banyak pilihan. Pihak hotel top up sampai penghujung majlis.  Dalam goodies bag ialah Tupperware yang Tupperware pulak tu. Sesuai sangat wat tapau makanan yang melambak-lambak tersebut. Tapi aku is Diva, so jual mahal la baiiii... Paginya menyesal tak tapau. Nangis tak berlagu.
 
Organizer lak, two thumbs up. Bagus bangat. Kat sini durang panggil Kelab Guru tu sebagai KEP. Kelab pensyarah kot. Tapi memang sangat-sangat bagus team durang ni. Majlis terancang dan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Walau pun banyak sangat bunyi dari ahli-ahli kelab yang aku dengar di kolej sal dinner ni. Aku amik jalan tuk berdiam diri. Aku is okay ja, sebab di awal pembabitanku dalam dunia pendidikan, aku bersyukur ditakdirkan bertemu dengan insan-insan yang sangat positif di sekelilingku.
 
Pesannya, "Apa sahaja majlis baik-baik yang dianjurkan, pergilah selagi mampu. Sebab kawan-kawan kita yang menganjurkan majlis tersebut tak sedikit usaha yang di gemblengkan."

Banyak betulnya pesan tersebut.

Aku pun sebenarnya... suka makan. Hehe

Di akhir entri dah ni. Biarlah aku reveal apa sebab apa aku excited sal dinner ni. Gambar candid yang di capture, pada pandangaku adalah molek-molek belaka. Contohnya di bawah ni...

Like a diva on the red carpet. Di ekori PA ku yang kat belakang sebelah kiri tu. Insan di sebelah kanan yang jelas dalam gambar ni? She is a big fan of mine...Hehe. Best plak ada blog, leh puji diri sendiri tanpa belas.

Diva of foods...^__^
 
Berhenti makan hanya selepas pengerusi majlis kata..."Boleh balik dah korang". Sampai umah jam 1 lebih. Disebabkan terlebih karbohidrat dan gula, aku taleh nak tido. Pagi-pagi macam zombie Kampung Pisang. Spoiled satu hari. Moral citer, aku akan sewa bilik hotel ja tahun-tahun akan datang. Melainkan hotel tu Melang Inn, Kuala Pilah.
 
Tu aje. Bye korang. 

Thursday, October 23, 2014

Ilusi Optik

Salam dari Senaling,

Betapa kamera berjaya menipu kiter tanpa belas. Buktinya? Meh sini aku tunjuk segala pics ni...

Seperti kurus...

Luvsssss...dan errrr macam kurus.
 
Grand Canyon version Malaysia dan eh sekepingnya diri ini kelihatan...
 
Us with the owner of the camp, Pak Lek. Yeayyyy kurus udaaaa...

 Suka pic ni, aku nampak natural tidak berkura-kura bajet cun. Biarla huduh janji kurus...

Dari sisi ni lah aku perasan yang aku macam kurus giler...
 
Segala imej yang aku dapat masa ke Kem Lambaian Danau untuk Kem Motivasi KAKOM adalah seperti..."Heiiii...kerempengnya aku. Mesti makan sesuatu yang berkalori tinggi. Mesti!"
 
Akan tetapi, itu semua hanyalah keindahan yang bersifat sementara pabila...
 
Seminggu selepas aku gi kem aku menjadi sepertiiiiii... "Gems nya ohoiiiiii..."
Apakah? @______@ (Pic di kaburkan atas dasar kemenyampahan)
 
Tenkiu kerna sudi baca rintihan insan yang obses nak kurus sampai habis...^_^

Friday, September 19, 2014

Hijrah : Kini Aku Redha

Salam dari Senaling,

Berdegup pantas lak jantung aku petang ni lepas coach basket bersama suruh aku iring budak ke Kolej Matrikulasi Melaka untuk friendly match Isnin minggu depan. Yang nak main budak bukannya aku kot...

Pengumuman... Hari ni genap 3 bulan  aku berada di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. KM Selangor masih lagi dekat di hati walau pun jauh di mata. Kadang-kadang bila aku buka pintu ofis, tengok meja kerja, mood pulak masa tu tengah up and down, memang teringat sangatlah kat meja kerja di Selangor yang tahap leh tido selesa bawah meja tiada orang perasan dek kerana  tinggi sifat privasinya. Tak mengapalah, semua itu duniawi semata (ayat klise penyedap hati)

Aku kini semakin menerima KM Negeri Sembilan seadanya. Walau pun ukhuwah fillah ngan rakan sekolej belum lagi seutuh di Selangor tapi aku cukup gembira bila kini aku dah ada geng nak mengamalkan gaya hidup sihat.

Tambah hepi bila kini aku secara rasminya ialah ahli pasukan bola jaring staf kolej.
 
29 Ogos 2014 ada friendly match ngan netball team UKM lagi tu. Happy ja kami walau pun kena belasah 38 berbalas 9. Yang penting bukan kosong...^_^
 
 Ni ja gambar yang nampak aku masa dalam game, menjadi defender tak seglamer attacker...

Walau pun kecundang, happy masih...

6 September 2014 siap gi tournament FSKPP... Netball game tuk para guru seluruh Negeri Sembilan. Expectation memang low giler, tapi semangat juang tetap tinggi kurang sikit dari ketinggian Bukit Putus. Kemenangan 3 dari 5 games dah buat aku hepi mungkin untuk masa setahun sebab aku rasa aku dah melompat, defend, dan terbang sedaya upayaku walau pun tak tinggi mana. Burung unta terbang lagi tinggi rasanya. Yang penting ialah usaha! Bak kata Mahatma Ghandi, "Kemenangan yang sempurna ialah usaha yang sempurna''...
 
Para pemain yang terpilih adalah berdasarkan kriteria - > siapa yang leh free kan diri pada waktu petang

 Cubaan berani untuk menyamai ketinggian pengadil yang pakai baju putih tu sepertinya tidak berhasil. Hehe.

 
Jangan ta percaya, I masuk pertandingan karaoke you. Masa ni nga rehat sebelum start game semula, pengacara tu asyik ulang-ulang tanya, sapa lagi nak masuk pertandingan, sapa lagi nak masuk pertandingan... I is very the concern... Kesian kat dia, so aku masuklah dan ofkos lah tak menang hoi...
 
Alkisah aktiviti berbasikal pulak...
Kayuhan terakhir di bumi Jugra. Offroad kebun duyan atuk.
 
Di Negeri Sembilan, lagi banyak trail offroad nak explore ghupenya. Dah la sumernya dekat-dekat ngan rumah...
Terkini...Trail ni berada belakang kawasan rumah.

Ni trail dalam kolej...
 
Alhamdulillah...
Aktiviti majulah sukan untuk negara berjalan lancar walaupun berada di koordinat yang berbeza. Yeay...

5 September 2014, ialah majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KMS bagi tahun 2013, bertempat di Amverton Cove Resort, Pulau Carey. Alhamdulillah aku ada dalam senarai penerima APC. Barulah aku rasa redha bahawa aku bukan lagi kepunyaan KMS. Bagi aku, dapat anugerah tu seperti satu ending perkhidmatan di Kolej Matrikulasi Selangor yang paling awesome dan paling daebak...Syukur sangat...
 
Senarai penerima APC Kolej Matrikulasi Selangor bagi tahun 2013.

Ex-Science computer Unit member of KMS...
 
...dan haruslah selfieeeee...
 
Mulu Geng + Anita yang tiada dalam pic dapat APC this year. Kami buat assumption, siapa yang mengamalkan gaya hidup sihat berpeluang dapat APC cepat...hehe

Terima kasih sebab sudi baca sampai habis...^_^


Thursday, August 14, 2014

Hijrah

Salam dari Senaling,

Ya, aku tahu Syawal masih berbaki 10 hari. Lepas Syawal, Zulkaedah. Namanya nak masuk bulan Muharram tu memang jauh lagi, tapi memandangkan penghijrahan aku berlaku pada bulan Syaaban, kira aku update dalam bulan Syawal tu kira orait sangatlah kan?

Kisah penghijrahan aku dari Jugra ke Senaling is very tragics inside. Sangatlah terperanjat bila dikhabarkan kena ke Negeri Sembilan. Seminggu aku amik masa tuk terima hakikat. Aku bersedia tuk berpindah, tapi aku bajet ta Kelantan, mesti ke Labuan...high expectation is stay kat Selangor, sekali dua kali ke Negeri Sembilan...Terpesima aku. 

Terpesima ialah tatabahasa baharu yang aku cipta sempena penghijrahan ku hasil kombinasi dari perkataan Terkejut + Terkesima. Takan kau jumpa cari dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Takkan. Never.

Cabaran aku ni memang tak setanding dengan orang yang kehilangan insan-insan tersayang. Tak tertanding dengan cabaran buat rakan-rakan kita di Gaza. Tak juga setanding dengan orang yang kehilangan harta benda. Tak setanding juga dengan rakan-rakan kita yang ditimpa sakit atau apa saja musibah.

Hakikatnya, aku manusia biasa. Dosa bertan-tan banyaknya.  
Sedikit tak banyak, tertanya-tanya jugalah di dalam hati..."Kenapa aku, bukan dia?"
Eh, macam-macam jugalah aku pertikaikan...Astagfirullah...
Tapi aku manusia biasa kot...

Ini bukan kali pertama aku pindah tempat kerja, dah masuk kali ketiga. Tapi kali ni, tacing sungguh rasanya. Saat aku rasa reputasiku berada di tangga ke dua puluh tujuh dalam carta kolej, aku kena pindah dan kena membina reputasi yang baru. Kini, di Senaling reputasiku berada di tangga ke dua ratus empat puluh dalam carta kolej...T_T. Sumer orang pandang sipi, pandang sinis ja kat aku. Sepertinya mereka berkata-kata di dalam hati..."Ko student, pe hal ko ada kat tempat punch staf ni?". Inilah balasan yang aku dapat hasil dari rupa dan gaya macam student. 

Korang menyampah? Silalah jangan. Mengadu domba aku lom habis lagi ni...
Sambung...

Stres juga secubit bila orang tak kenal aku. Aku kan fesyen kalau pagi-pagi tu rasa nak hai je kan sumer orang. Dari pak jaga, rakan pensyarah, akak adik pejabat dan makmal, opah adik di taska, sampailah ke makcik akak adik yang sapu sampah kat unit. Ahhh...sedih. Kat sini, sumer spesis tu ada...tapi aku rasa pelik la pulak nak hai hai bye bye kat sumer orang yang baru aku kenal. Susahnya nak explain, lebih susah dari explain subtopik Machine Cycle tau. Korang faham kan apa yang aku rasa?

Stres berbakul bila aku kena mula semuanya sekali lagi untuk amalan gaya hidup sihat. Aku masih ingat mula-mula aku di Selangor, tiga orang je kami beraerobik. Tiga orang! Dua tahun setengah kami gigih mengumpul lagu dan steps aerobik secara kecil-kecilan. Kini dah ada ramai follower...Ehemmmm.. Dari aerobik, aku dah mula join banyak lagi sukan. Badminton, berenang, berbasikal dan berjogging. Keseronokan untuk menjalani hidup sihat semakin membiak dengan jayanya. Hati berbunga keriangan dari hari ke hari...Sekali...Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Mulut aku senang nak cakap, "Ya, pasti ada hikmah disebaliknya. Allah mencaturkan yang terbaik untuk aku. Aku kuat, tu sebab aku terpilih untuk merasai ke'adventure'an ini". Tapi hakikatnya, tidak mudah. Ya, sangat mencabar. Dulu, kemain aku cakap ngan orang, ngan pelajar "Sentiasa bersangka baik dengan Allah" Sekali kena atas batang hidung sendiri, baru aku tahu langit tu tinggi ke rendah.

Kadang-kadang tak semena-mena, rasa down...Nampak tak betapa lemahnya aku? Astagfirullah...Astagfirullah...

Teorinya, aku yakin ada hikmah atas penghijrahanku ini, tapi akalku belum terhijab lagi untuk mencaknanya...Doakan aku sukses di sini ya...

Nah, belanja sekeping pic Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan...


Terima kasih sudi baca sampai habis walau pun mungkin korang menyampah ngan statement perasan ku di atas tadi. Bye...^_^