Salam dari Senaling,
Masih lagi dalam mood #SehatiSejiwa kan? Hiks
Apa yang best nya duk Malaysia?
Tanak citer pasal makanan sebab itu memang yang paling menarik kat Malaysia ni. Tak perlu dihujahkan lagi. Jadi kita cari point lain. Bagi aku Malaysia sangat best sebab kepelbagaian rakyatnya. Variasi adatnya. Berbagai ragam budayanya.
Kali pertama wat part time, part time di kedai elektrik di Batu 6, Taman Desa Aman. Bos berbangsa India. Aku belajar bahawa bangsa India in love with curry...soooooo much. Bini bos aku hari-hari masakkan kari tuk husben dan pekerja dia (tak termasuk aku). Kari ikan, kari ayam, kari udang, kari kambing, kari sesaja. Tak pernah jemu k.
Di sini hari ini pun aku perasan, parents berbangsa India bila datang melawat anakanda durang, selalu tapaukan makanan. Lauk utama is curry. Sampai hari ni aku terfikir, agak-agak durang suka tak makan tom yam.
Masa aku di U, aku wat part time gak. Part time di kedai fotostat. Bos kiut aku ialah seorang jurutera cina, dan partner aku bekerja pun berbangsa Cina. Sye Hoon namanya. Dengan dia nilah aku banyak tanya macam-macam sal kebudayaan kaum Cina. Paling tak boleh lupa ialah berkenaan Hari Hantu.
Perasan tak, ada satu bulan dalam setahun akan nampak kaum Cina pasang colok bapak besar tepi jalan. Pastu siap ada pentas dan opera Cina lagi. Tahu tak sebab apa? Dia bagitau aku, dalam satu bulan pintu syurga (di langit) dan pintu neraka (di bumi ) akan dibuka untuk memberikan laluan kepada yang jahat dari bumi naik ke atas wat lawatan muhibah. Disebabkan hantu ni jahat, dia biasanya tak terus naik. Dia akan wat lencongan on the way nak ke atas. Kebarangkalian besar dia akan melencong tuk kacau manusia.
Jadi diwujudkan pentas dan opera supaya yang jahat tu akan leka tengok persembahan tersebut. Sehingga terlupa nak kacau manusia. Tau-tau je, times up. Dah gi balik semula ke neraka. Begitula yang dikisahkan kepada aku. Jadi bila aku nampak colok gergasi naik tepi jalan, maka aku akan ceritakanlah pada anak-anak ku pulak. Menarikkan?
First time posting, aku dapat ke Kota Kinabalu. Bah saja la kau kat situ. Aku memang suka dengar orang Sabah sembang. Hehe. Unik. Kalau gi KAKOM memang aku selit-selit selamba ja kat penyokong Labuan. Dapat la dengar durang bersembang. Happy.
Yang paling aku tau, nama durang unik-unik bah tu. Lagi satu nama tak melambangkan agama durang. Satu kawanku itu namanya Azlan bin Guntalib. Tapi dia Kristian. Apa bangsa tak tanya. Paling penting; hensem. Haha
Semenjak ringgit Malaysia tak stabil, tempat nak melancong pun berubah 360 darjah. Melancong di Malaysia ja pun dah cukup menarik. Tengok dan kenali budaya, adat dan kepelbagaian rakyat Malaysia. Best.
Hari tu poie pasar basah kek pekan Pilah, sodap dongar tokei India tu cakap dialek nogori.
Malaysia memang terbaik. Moga dalam lindungan Yang Maha Kuasa selalu.
Saya bangga jadi rakyat Malaysia! Korang pun begitu juga... kan?
Daaa... Bye!
No comments:
Post a Comment