"Ada apa ya dengan cinta?"
Ada indah.
Ada bahagia.
Ada kasih.
Ada sayang.
Ada Rangga!
Ada Cinta!
Siapa tengok Ada Apa Dengan Cinta empat belas tahun yang lalu? Pasti kenal sama Rangga dan Cinta. Pelakon utama dalam filem yang ngetop di Indonesia dan Malaysia pada zamannya. Siapa bisa menyangka yang aku kembali menonton kisah cinta mereka semalam.
Aku sendiri tak sangka. Haha.
Plan asal memang nak pergi reunion. Mini reunion lebih tepat sebab hanya tiga orang yang dikurniakan rezeki kelapangan masa semalam. Dalam Whatapps group memang dah siapkan itenary mahu ke mana dan ke mana bagi mengoptimumkan penggunaan masa.
Itenary asal ialah food hunt dan bowling je. Ada juga bunyi-bunyi dari Elly; ajak tengok Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2). Aku krik krik kan aje. Haha. Macam tak sempat nak layan movie kot. Lebih tepat aku rasa AADC2 tak best. :P
Perghhhhh. Salah sungguh rasa aku tu. Sungguh salah.
Cerita AADC2 sarat dengan mesej. Penuh dengan emosi. Sipi je lagi air mata nak tumpah. Kawan sebelah dah nangis pun. Mihmih. Tapi masih ada humor yang menjadikan ceritanya santai. Ehhhhh... Best la korang. Rasa nak ulang tengok pulak ni.
AADC 2002 vs AADC2 2016?
Lagu-lagu dalam AADC 2002 best. Kalau korang suruh aku nyanyikan lagu dalam filem tahun 2002, aku leh nyanyikan ia dengan pitching yang ke laut. Sungguh. Tapi jalan cerita AADC2 2016 lebih menggamit perasaan. Plot cerita sangat kukuh tetapi masih kasi kita seprais. Kawan-kawan aku pun cakap macam tu tau. Kira valid lah kan pendapat aku kan?
Ada kait-kait sikit dengan nature yang wat aku... Oh maiii... Gagah aku amik pic ni dalam cinema, siap ada rasa takut-takut nanti bunyi plak shutter camera aku ni. Poyo ganda lima pulak aku rasa. Macamlah dah taleh nak google nanti-nanti. Hehe
Hadiah Rangga buat Cinta. Puitis.
"Jika ada seorang terlanjur menyentuh inti jantungmu,
mereka yang datang kemudian hanya menyentuh kemungkinan"
mereka yang datang kemudian hanya menyentuh kemungkinan"
Cinta kehilangan seorang rakan yang kembali pada PenciptaNya. Kami juga begitu.
Mereka reunion di Yogja. Kami reunion di IOI City Mall. Heh
Itenary asal masih berjalan seperti yang dirancang. Aku sibuk nak restoran hipster. Hipster ke tu?
Bowling juga termasuk dalam itenary. Walau pun scoreboard kabur, aku tetap nak letak juga. Ehem ehem... 118 kot. Epik score ni. Kira awesome jugalah kami main dalam cakap tak reti lah, fobia terkebelakang lah, champion longkang lah. Strike spare jugalah masing-masing.
Penutup kisah hari tu ialah melepak di restoran Magnum. Masing-masing order makanan macam baru balik kerja setahun dari Dubai bawa USD berkepuk-kepuk. Disebabkan desertnya sangat awesome, aku lupakan je lah perangai seorang waiter disini yang betul-betul buat aku rasa nak speaking London.
Begitulah kisah mini reunion kami.
Masih terkesan aku dengan AADC2 sampai detik ini. Bukan sebab Rangga (Walau pun sahih dia sungguh awesome). The main point is friendship. Doakan selalu persahabatan kita kekal sampai syurga. Saling memberikan sokongan thru ups and downs. Always remember that we have each other. Lets cherish every moments buddies.
Ah, tacing...
Tu aje korang. Bye...
No comments:
Post a Comment