Ini kali kedua aku join aktiviti berbasikal tahun 2016 selepas kenangan terindah Jamboree Seri Menanti. tak pasal-pasal naik podium huhu
Merdeka Fun Ride kali ni bersemangat kami menyelit-nyelit aktiviti berbasikal dicelah-celah kesibukan Amni nak ambil peksa UPSR seminggu lagi, hanya kerana route nya ialah Bukit Putus.
Idaman betul nak ride di Bukit Putus, bila plan persendirian tak jadi-jadi. Fikir macam-macam. Sekali da ada orang organize event, ehhh jom la jom la.
Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan pagi tu juga.
Organizer umumkan route berubah sebelum start kayuhan. Adoiiii putus tangkai hati ini... Uwaaaaa
Sebagai manusia biasa; Aku memang frust sungguh. Aku dapat rasa, ramai rider yang frust sama macam kami.
Ta dapat Bukit Putus, dapat Bukit Lavender Heights pun jadila.
Hati frust tapi muka ada sinyum.
Boleh pula tengah kayuh, berhenti tunggu semua rider lain sampai. Uk alohhh, rare betul Merdeka Fun Ride rupanya. Sampai sempat pula aku amik pic, terus update Insta. Epic!
Tapi... Wajib bersangka baik. Organizer pun da cakap route Bukit Putus kurang sesuai hari kejadian. Hujan lebat malam tersebut plus pembaikan jalan sedang dijalankan. Baiklah. budak baik memang mudah redha
Berkat bersangka baik. Cabutan bertuah. Helmet! Shocking pink! MeowwwW
Pasni kalau aku masuk mana-mana Fun Ride atau Jamboree, mesti ramai yang terkesima dengan helmet ku... Yes! Diva la aku pasni weiiii... Haha
Selamat Hari Kemerdekaan rakan taulan.
Sehati Sejiwa tau kita... Bye!
2 comments:
terjumpa cendawanrebus nih.. rajin hang berkayuh ni.
minat @bputera
Post a Comment