Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu especially time belajar, kalau kena speaking (terutamanya public speaking), memang musibat betul perasaannya. Tak tido malam. Tipu. Tido tapi kurang lena.
Famili aku bercakap dalam Bahasa Melayu sepenuh hati. Aku pulak bersekolah di kampung. Darjah 1 hingga 3 di SK Kroh. Bahasa pengantara bahasa melayu dialek utagha, tak pun Bahasa Siam. Darjah 4 di SK Sg Galah. Kawasan lombong bijih timah. Pun kampong. Darjah 5 dan 6 masuk SK Pasir Panjang Ulu. Nama pun ulu, sahih aku anak kampung, kuli-kuli sahaja...
Secondary school, barulah aku terkeluar sikit dari kampung. Dapat sekolah di pekan. Sekolah asrama. Masa ni pun berbahasa omputih masa dalam kelas English je tapi tak 100% wuuuu. Tapi kali ni aku jumpa kawan-kawan yang berhabuk English nya. Suspect habis aku cane durang boleh begitu lancar ber speaking.
Masa zaman tersebut, yang berhabuk English nya masuk Set 1. Macam aku species sapu habuk, dapatlah masuk Set 4, kelas kedua terakhir tak pun Set 3. Pernah sekali jugalah aku terlompat ke Set 1 aku syak teacher tersalah key in markah orang lain. Haha. Bertahan seminggu, pastu kembali semula ke Set 3. Lega aku, stress masuk Set 1.
Berbekalkan C4 SPM English, aku diterima masuk ke USM. Bahasa pengantara di USM tahun 1996 - 2000 ialah Bahasa Melayu. Kenangan terindah bila belajar Sains Komputer dalam Bahasa Melayu. Kayu ria. Papan induk. Bebola jejak. Korang tahu apa itu? Malas nak bagitau wekkkk. Google sendiri ya. Tapi memang terindah hingga boleh buat cerita kat students masa durang nga ngantuk dalam kelas terus duduk tegak ta ngantuk da nak dengar cisss.
Kesimpulan, hampir dua puluh tiga tahun jugalah aku berbahasa Melayu untuk berkomunikasi. English only for English class.
Realiti tak seindah mimpi, bila aku mula pergi interview untuk mendapatkan kerja. Teng teng teng...
Kompeni bukan milik Bumiputera sah-sah interview guna English. Takpe la kan. Aku dah boleh agak. Yang paling aku ingat bila aku kena interview di sebuah syarikat milik Bumiputera untuk position Database Adminitrator hati berbunga macam ada harapan nak goreng. Masa nak suh kenalkan diri n family cakap Melayu ecececehhhh senang nak jawab. Tapi masa interview sal content, hey its in English. Tergagap-gagap nak jawab amek kau.
Masa tu aku dah rasa macam takde harapan. Dahla masa tu ekonomi nga gawat. Mulalah teringat kawan-kawan yang dah mula bekerja.
Pendekkan citer, aku apply apa sahaja yang aku layak apply. Akhirnya aku diterima masuk program KPLI Sains Komputer di Jitra, Kedah. Ya aku akan jadi seorang pendidik, akhirnya.
Pendekkan lagi, masa mengajar di SMK SS17 Subang Jaya PPSMI mula diperkenalkan. Tahu ke apa tu PPSMI? English dalam subjek Math dan Sains. Masa ni, kacau bilau jugalah sekolah. Ada cikgu yang tak setuju dan macam-macam lagilah.
Aku ja chill, cool kentang.
Di suruh pergi kursus English tuk subjek Matematik. Aku pergi.
Pergi kursus English tuk subjek Fizik. Aku pergi.
Pergi kursus English tuk subjek Teknologi Maklumat. Aku pergi.
Aku pergi semua, sebab diarahkan.
Dalam kelas, kalau tak nak ajar Matematik atau Fizik guna English. Boleh ja. Bukan ada CCTV sambung sampai pejabat Menteri Pendidikan Malaysia pun.
Tapi aku cuba.
Berpeluh ketiak basah tangan ketar lutut nak pergi kelas.
Jantung berdegup lebih cepat dari biasa.
Ini Subang Jaya bukan main-main budak-budak speaking okay.
Tapi aku cuba.
Aku memang cuba sungguh-sungguh.
Siap kena ketawa dengan budak-budak sebab pronounce angle dalam mathematik sama macam angle yang budak kecik terbang tu.
Aku ingat sampai skang masa budak mengilai-ngilai ketawakan aku secara berjemaah dalam kelas, aku pusing mengadap whiteboard. Aku bisik pada diri sendiri.
"Aku akan improved! Aku akan cuba! Aku takkan putus asa".
"Aku akan improved! Aku akan cuba! Aku takkan putus asa".
Lepas tu banyak kali jugalah aku kena tegur ngan pelajar sal aku salah pronounce macam-macam. Tapi aku cuba. Malu takde dalam kamus hidup macam gitu kekdahnya.
Kalaulah aku tahu siapa yang mengilai paling kuat dalam kelas masa aku salah pronounce angle tu, aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga pada beliau.
Sebab kaulah, cikgu kau ni dah boleh speaking dengan yakinnya dalam dewan kuliah walau pun kadang-kadang vocab tak jumpa, kadang-kadang salah pronounce, dan banyak kali grammar salah aku peduli hapa.
Dan aku memang akan mengajar dalam English pastu aku ulang semula dalam Bahasa Melayu aku takkan penat. Aku nak semua pelajar yang aku ajar akan belajar untuk tahu betapa pentingnya Bahasa Inggeris untuk masa depan mereka.
Serius rupanya intipati entri aku kali ni.
Moga bermanfaat.
Bye loves...
1 comment:
mmg sesungguhnye serius! ;)
~lin~
Post a Comment