Alhamdulillah selamat sampai dari Hanoi jam 1.30 petang waktu Malaysia. Naik bas dari KLIA2 ke Terminal 1 Seremban. Tiket RM10 je. Pastu naik bas ke Kuala Pilah jam 4.30 petang. Selamat sampai jam 5.30 dan barulah Incik Suami amik balik Senaling.
Daebak juga pengangkutan awam di Malaysia ni.
Hakak bagi lima bintang.
Aku nak kongsi antara perkara-perkara penting kalau anda berminat ke Hanoi.
1. Harga tiket (samada AirAsia, MAS, atau Vietnam Airline) kalau dapat RM400 atau lebih murah untuk perjalanan dua hala Hanoi - KL adalah harga promo. Maksudnya murah! Rebut cepat-cepat.
2. Hanoi ialah tempat untuk sightseeing. Shopping? Gi Ho Chi Minh.
3. Seperti di Ho Chi Minh, Vietnam Dong dan US Dollar digunakan secara meluas. Sesetengah tempat boleh terima Ringgit Malaysia.
4. Banyak aktiviti sightseeing yang menarik di Hanoi. Antaranya ialah City Tour, Halong Bay Tour, Sapa Tour, Tam Coc Tour, dan macam macam lagi sightseeing tour leh wat di sini.
Nak buat semua memang tak sempat. Memerlukan tiga hingga empat minggu kot nak habis explore semua. Jarak perjalanan; contoh dari bandar Hanoi ke Halong Bay 160km mengambil masa selama tiga jam setengah. Dari bandar Hanoi ke Tam Coc Village pun makan ratus-ratus kilometer ambil masa dalam empat jam. Sapa lagi jauh.
City Tour keliling bandar Hanoi pun tak cukup satu hari kalau nak hayati betul-betul budaya dan sejarah rakyat Vietnam.
Kami sempat buat City Tour sehari suntuk. Mula tu relaks-relaks, lama-lama laju-laju. Masa tak cukup. Dua hari satu malam di Halong Bay. Yang ini memang cukup sangat.
5. Kos untuk buat City Tour (in group) ialah USD30. Private tour harga USD45 untuk satu kepala. hampir RM150. Kami buat sendiri. Tilik Google Maps sebelum ke Hanoi. Doa banyak-banyak. Alhamdulillah DIA permudahkan semua. Boleh baca detail itinerary di City Tour Part I. Part II dan Part III. 😊
6. Kos untuk Halong Bay Tour ada macam-macam pakej. Aku kira tour yang kami ambil agak mewah. Harga USD143 menyamai RM700 lebih kurang. Termasuk makan tengahari dua kali, sarapan sekali, makan malam sekali. Makan mewah sampai tak lalu nak makan semua. Ada dalam tujuh ke lapan menu sekali makan. Lengkap pakej untuk aktiviti berkayak, ke pantai, dan ke Sung Sot Cave. Maknanya bayaran RM700 untuk semua. Termasuk transfer dari hotel kami menginap ke Halong pergi balik dan seorang guide yang kiut. Hehe.
Servis memang terbaik. Bilik pun bagus. Komplen apa-apa cepat ja dia layan. Kami ambil pakej dengan hotel kami menginap. Nama cruise kami, Galaxy Cruise. Boleh terus ke laman web cruise tu. Mungkin dapat lagi murah.
Servis memang terbaik. Bilik pun bagus. Komplen apa-apa cepat ja dia layan. Kami ambil pakej dengan hotel kami menginap. Nama cruise kami, Galaxy Cruise. Boleh terus ke laman web cruise tu. Mungkin dapat lagi murah.
Seperkara lagi boleh request macam-macam sebab susah nak dapat 100% muslim. Kami minta seafood di bakar atau di stim ja. Siap tanya apa jenis minyak dia guna. Siap tanya minyak yang samakah yang digunakan untuk menggoreng semua mende. Vavi memang ada di hidangkan untuk pelancong yang lain. Kami tawakal je lah, sebab dah request awal-awal. Alhamdulillah, aku masih ingat ayat-ayat dari surah Al-Lail, Al-Bayyinah, Al-Zalzalah; antara surah-surah dari Juz Amma yang baru aku hafal. 😅
Baca detail itinerary sal Halong Bay Part I, Part II, Part III, Part IV.
7. Boleh buat day trip ke Halong Bay. Harga pun lebih murah. Tapi penat badan. Recommend memang dua hari satu malam.
8. Masjid di Hanoi ada satu ja, terletak di jalan Hang Luoc, Masjid Al Nour. Berdekatan dengan night market dan Dong Xuan Market. Kalau korang menghadap masjid, pusingkan kepala ke kiri. Korang akan nampak perkataan halal food. Itu tempat kami lunch merangkap dinner di bandar Hanoi.
9. Dong Xuan Market, kalau nak juga shopping kain ela Vietnam Silk tuk buat baju kurung dibuka dari jam lapan pagi hingga lima petang ja. Sepatutnya sampai jam sebelas malam, tapi lima petang tu pun kalut dah peniaga di Dong Xuan Market bungkus barang. Kebanyakan barang dijual secara bundle.
10. Nak beli souvenirs seperti fridge magnetis, keychain, atau handicrafts cari di night market. Di sini harga yang paling murah kami dapat tuk barang-barang tersebut. Antara Dong 15k - 30k, dalam ringgit lebih kurang RM3 - RM6. Night market di Hanoi dibuka pada malam Jumaat, malam Sabtu dan malam Ahad ja. Kalau datang lain dari hari yang dinyatakan, pergi ke kedai souvenirs berdekatan dengan Water Puppet Theatre. Nanti kalau aku update entri tentang apa nak shopping di Hanoi. Aku letak link di sini. Moga aku buat dan aku ingat. Aamiiin.
Aku citer kat sini je la sal tempat shopping souvenirs (kalau tak dapat gi night market) sekali ngan pengalaman gi Water Puppet, shopping coffe, Hoan Kiem Lake dan egg coffee.
11. Guna aplikasi Uber kalau nak bergerak dalam bandar Hanoi, teksi mahal. Rate lingkungan Dong 15k-40k ikut lokasi.
12. Jalan di Hanoi is crazy. Tips nak melintas ialah; Jangan panic, jangan berlari, Jangan sesekali teragak-agak once dah melintas. Keep on moving. Tengok orang tempatan melintas caner.
13. Water Puppet adalah highly recommend! Tapi pastikan amik tiket awal, dan kalau dapat ambillah kerusi depan agar berbaloi-baloi. Nak dapat tiket flight murah ke Hanoi susah woooo. Harga tiket water puppet ikut kerusi. Semakin jauh, semakin sayup harga lebih murah. Kami amik 3rd row. Harga VD100 000 (RM20.00).
14. Makanan yang harus dicuba di Hanoi ialah spring roll atau pho (mihun sup). Kami dapat cuba spring roll halal dua versi. Versi vege atas kapal Galaxy Cruise. Versi meat iaitu ayam (digoreng) di restoran halal Zayynab dekat Masjid Al-Nour. Satu gi harus cuba ialah kopi. Aroma dan rasa kopi Vietnam istimewa. Nak unik lagi cubalah egg coffee. Lemak berkrim pahit eksklusif, lengkap. Berpusing kepala aku selepas minum kopi tu 10 minit.
Di Old Quarter ada banyak kafe yang menghidangkan egg coffee. Kalau korang google, egg coffee yang femes terdapat di jalan Hang Gai. Lupa lak namanya. Kami minum egg coffee dekat ngan Water Puppet Theater sementara menunggu Moi dan family sampai. Pho ja kami ta rasa sebab ta jumpa cari yang halal.
Di Old Quarter ada banyak kafe yang menghidangkan egg coffee. Kalau korang google, egg coffee yang femes terdapat di jalan Hang Gai. Lupa lak namanya. Kami minum egg coffee dekat ngan Water Puppet Theater sementara menunggu Moi dan family sampai. Pho ja kami ta rasa sebab ta jumpa cari yang halal.
15. Komunikasi adalah agak sukar di sini. Terutamanya masa buat City Tour tanpa tourist guide. Atau masa nak tawar menawar. Bawalah pen dan kertas. Korang tulis apa yang korang maksudnya. Insha Allah damai sejahtera korang merayau merayap di Hanoi.
16. Segala macam tour yang aku mentioned di 4, 5, 6 dan 7 boleh booking di Hanoi. Kebanyakan hotel menawarkan pakej-pakej tour yang tersebut.
17. Nak cari hotel di Hanoi, carilah di area Old Quarter. Berhampiran dengan Hoan Kiem Lake, Water Puppet Theater, Dong Xuan Market dan night market. Walking distance semuanya. Hotel kami ialah Royal Palace Hotel 2 di 95, Jalan Hang Bong. Empat hari tiga malam kami bayar RM356/sebilik.
18. Ada beberapa restoran halal di Hanoi. Antaranya Namaste (berdekatan Hoa Lo Prison), Khazaana (belakang hotel kami), D'lions di Hotel Casiona (di simpang jalan Nguyen Khuyen on the way ke Temple of Literature). Kami sempat pergi satu ja, restoran Zayynab dekat Masjid Al-Nour di jalan Hang Luoc.
Namaste dan Khazaana menghidangkan makanan India, kalau untuk aku macam kureng sikit sebab kat Malaysia senang nak jumpa. Dalam Air Asia pun ada onboard meal Nasi Beriyani. Melainkan darurat lah kot. Secara peribadi aku rekemen D'Lions atau restoran Zayynab. Boleh rasa makanan Vietnam.
19. Buat City Tour di Hanoi, kena tengok hari. Kebanyakan tempat menarik di bandar Hanoi tutup pada hari Isnin dan sesetengah hari Jumaat. Ada sesetengah tempat tutup ketika waktu rehat. Contohnya; Muzium Ho Chi Minh. Ada tempat tutup jam 4.00 petang. Ada yang 5.00 petang. Nak selamat sebelum jam 4.00 petang pergilah ke semua tempat ni. Confirm selepas jam 5.00 petang semua tutup. Kawasan open sekitar Ho Kiem Lake ja buka 24 jam.
20. Pada hari Tet (ala-ala tahun baru di Vietnam), kebanyakan kedai tutup. Jalan dan bandar jadi lengang. Aku baca, boleh melarat sampai satu minggu. Khabarnya majoriti warga Hanoi pulang ke kampung. Elakkan ke Hanoi waktu ni. Tahun 2016 hari Tet jatuh pada 19 Februari 2016. Tahun 2017 pada akhir Januari.
21. Airport transfer dari Noi Bai airport adalah sekitar USD18 - USD20 ikut kereta apa yang korang naik. Kami booked dari hotel kami menginap. 4 car seater USD18, 6 car seater USD20. Nak guna Uber pun boleh. Pastikan range harga lebih kurang atau lebih murah lebih bagus. Paling murah naik bas. Tapi kalau tak pasti di mana hotel korang baik lupakan dulu hasrat nak adventure tu. Bas-bas tu tak tentu lagi akan berhenti betul-betul depan hotel kau menginap. Membazir masa pulak nak mencari hotel nanti. Melainkan kau nak stay sebulan di Hanoi.
22. Kos keseluruhan di Hanoi :
A Accomodation ~ Royal Palace 2 Hotel (2 bilik bertingkap, 4 hari 3 malam, dengan breakfast) RM692.19/4 orang. Per person RM173.04
Bayaran di buat pada November 2016.
B Tiket flight pergi balik KLIA2 ⇄ Hanoi (RM388/person) plus dua kali onboard meal (RM20.00/person) plus travel insuran (RM30.00/person) plus baggage 25kg + 25kg (RM150.00/4 person). Per person RM475.50
Bayaran berperingkat di buat pada dari Mac - April 2016 hingga adds on masa check in Feb 2017
C Halong Bay Tour ~ USD143 Masa aku tukar duit nilai USD1 = RM4.42 so RM632.06
D Entrance fee for City Tour (1)Hoa Lo Prison VD30 000 (2)Temple of Literature VD30 000 (3)Ho Chi Minh Museum VD40 000 (4) Presidential Palace VD40 000 (5) Hanoi Citadel DV30 000. Per person VD170 000 = RM16.83
E Makan; (1)Air kelapa VD25 000 x 2 / 4 person = VD12 500 (2) Buah-buahan VD10 000/ person (3)Dinner Zayynab Restaurant VD120 000/person (4)Egg Coffee VD77 000 (5)Cake VD55 000. Total per person VD274 500 = RM27.17
F Uber Taxi; Citadel - Al Nour Mosque VD20 000 + Hotel - Dong Xuan Market VD25 000 + Hoan Kiem Lake - Hotel VD15 000. Total per person VD60 000 / 4 person = RM1.49
G Water Puppet VD100 000 = RM20.00
Bayaran dibuat di Hanoi RM697.61
Souvenirs tak termasuk sebab tak fix ikut poket masing-masing.
Kalau ada lagi tips, mohon travelmate comment. Aku tambah nanti.
22. Kos keseluruhan di Hanoi :
A Accomodation ~ Royal Palace 2 Hotel (2 bilik bertingkap, 4 hari 3 malam, dengan breakfast) RM692.19/4 orang. Per person RM173.04
Bayaran di buat pada November 2016.
B Tiket flight pergi balik KLIA2 ⇄ Hanoi (RM388/person) plus dua kali onboard meal (RM20.00/person) plus travel insuran (RM30.00/person) plus baggage 25kg + 25kg (RM150.00/4 person). Per person RM475.50
Bayaran berperingkat di buat pada dari Mac - April 2016 hingga adds on masa check in Feb 2017
C Halong Bay Tour ~ USD143 Masa aku tukar duit nilai USD1 = RM4.42 so RM632.06
D Entrance fee for City Tour (1)Hoa Lo Prison VD30 000 (2)Temple of Literature VD30 000 (3)Ho Chi Minh Museum VD40 000 (4) Presidential Palace VD40 000 (5) Hanoi Citadel DV30 000. Per person VD170 000 = RM16.83
E Makan; (1)Air kelapa VD25 000 x 2 / 4 person = VD12 500 (2) Buah-buahan VD10 000/ person (3)Dinner Zayynab Restaurant VD120 000/person (4)Egg Coffee VD77 000 (5)Cake VD55 000. Total per person VD274 500 = RM27.17
F Uber Taxi; Citadel - Al Nour Mosque VD20 000 + Hotel - Dong Xuan Market VD25 000 + Hoan Kiem Lake - Hotel VD15 000. Total per person VD60 000 / 4 person = RM1.49
G Water Puppet VD100 000 = RM20.00
Bayaran dibuat di Hanoi RM697.61
Souvenirs tak termasuk sebab tak fix ikut poket masing-masing.
Kalau ada lagi tips, mohon travelmate comment. Aku tambah nanti.
Doakan moga aku update entri ke Hanoi dengan pantas, jitu, padu dan paling penting boleh bagi manfaat pada orang lain.
Aamiiin... Tunggu tau 😁
6 comments:
N ada satu restoran halal betul2 disebelah masjid tu. Lupe plak nama restoran tu. N sebaris ngan hotel kita duduk tu, ada satu restoran mamak --> owner homestay Moi yg cakap. hehe..
Tq for sharing..
sama-sama mala :)alhamdulillah bermanfaat. yeay!
salam sis.. city tour tak pakai agent kan. halong bay tour amik agent macamana yea.. masa bila dan dgn agent mana sis deal. tq
Thank you..nice sharing
Tukaran duit dong ke rm tak betul tu. Cth 20,000dong /1usd /rm4.42. Cara nak dptkan anggaran RM yg mudah. 200,000dong(200) di bahagi 2 bersamaan 100. Buang satu kosong jadi 10usd/rm44.20. Kita cuba 500,000d ÷ 2 = 250 buang satu kosong di belakang jadi 25usd/rm110 lebih kurang.
Post a Comment