Wednesday, March 1, 2017

Hanoi Vietnam 2017: City Tour Part 1

Salam dari Senaling,

Tips penting untuk buat City Tour di Hanoi;

"Don't panic. Don't run. Above all, don't change your mind. (keep on moving)" 
~taken from article Hanoi Last Minute, September 2011

Sebab banyak jalan yang ingin kita lintas nanti. Nak tunggu jalan clear baru nak lintas macam di Malaysia, masak cekodoklah.

Kebanyakan tempat yang ingin dilawati di Hanoi ialah tempat bersejarah. Ada tempat yang wujud 1000 tahun lalu. Dari hotel kami di jalan Hang Bong, kami berjalan menuju ke tempat paling hampir.

 Hoa Lo Prison atau juga dikenali sebagai Hanoi Hilton. Bayaran masuk VD30 000.

Jarak dari hotel kami di jalan Hang Bong ke Hoa Lo Prison di jalan Hoa Lo ialah 700m bersamaan 9 minit perjalanan (Anggaran rujuk dari Google Maps.)

Penjara ini menempatkan 'pesalah' Vietnam (kebanyakannya politician) oleh tentera Perancis. Hanya sebahagian sahaja kawasan penjara yang masih ada. Selebihnya sudah dirobohkan, dibina bangunan pencakar langit. Kawasan penjara ini asalnya bukan penjara. Ia adalah sebuah penempatan atau kampung. Ketika dijajah Perancis barulah fungsinya berubah.

 Gambaran bagaimana 'pesalah' biasa-biasa dilayan. Yang luar biasa (degil, melawan, memberontak), layanan lagi mental.

Pertama kali aku tengok pokok badam. 

Pada zaman itu kulit, daun dan buah pokok badam digunakan sepenuhnya untuk pelbagai tujuan. Antara yang aku ingat untuk tujuan kesihatan. Di sebelah kanan tu batang pokok badam yang digunakan untuk menyorokkan dokumen-dokumen agenda yang dirancang ketika dalam penjara.


Yang hard core, dihukum potong kepala. Alat pemotong diimport terus dari Perancis. Kepala yang terpotong di pamerkan untuk menakutkan yang lain-lain, aku agaklah. Kanan gambar ialah penjara khas bagi yang menunggu hukuman potong kepala. Spooky pulak aku tengok.

Lama kami di sini. Biasalah. Excited tempat pertama.


Dari Hoa Lo Prison, perjalanan agak panjang. Di jalan Nguyen Khuyen kami minum air kelapa. Di Hanoi tak haraplah nak makan proper. Jumpa apa yang halal, makan je. Harga kelapa ni VD25 000 sebiji. Agak mahal tapi malas nak fikir banyak. Kami beli dua kongsi-kongsi. Belum lapar tapi standby mode. Style makan di jalan-jalan Vietnam adalah macam ni. Kusi yang mak-mak kita guna tuk basuh kain di bilik mandi tu je yang durang guna. Stylo sungguh aku rasa.

Sambung perjalanan tak lama pastu aku nampak Cosiana Hotel. Di hotel ni ada restauran halal D'Lions kalau aku tak silap. Tapi macam aku bagitau tadi. Belum betul-betul lapar plus kejar masa. Dan akhirnya sampai ke...

Temple of Literature. Bayaran masuk VD 30 000.

Jarak dari  Hoa Lo Prison di jalan Hoa Lo ke Temple of Literature di jalan Quoc Tu Giam ialah 1.7km bersamaan 20 minit perjalanan (Anggaran rujuk dari Google Maps).

Kami datang hari Ahad. Orang ramai di pintu masuk. Ramai sangat. Penuh di kawasan luar dengan pelancong dan pelajar-pelajar yang nak graduate. Tapi bila nak beli tiket takde la pulak beratur panjang. Rezeki.

Belakang kami tu, ramai pelajar-pelajar tunggu nak masuk tuk photoshoot inside the temple.

Bila masuk dalam takdela crowded sangat. Alhamdulillah.

Masuk ke Temple of Literature membayangkan seperti masuk ke istana lama, sama macam dalam cerita sal raja-raja Korea. Aku tak pernah tengok cerita raja-raja Vietnam, jadi aku bayangkan cerita yang aku pernah tengok je lah. Lepas satu pintu ke satu pintu berpintu-pintu dan di hujunggggggg sekali barulah sampai ke temple nya.

Temple ni merupakan universiti pertama di Vietnam wujud 1070 tahun lalu. Hanya lelaki ja yang dibenarkankan belajar. Aku perhati budaya dari China memang banyak. Bukan banyak tapi confirm memang pengaruh dari China. Tulisan di tiang-tiang tu tulisan Cina belaka. Di sini, mereka belajar tentang Confucious.    

Pemandangan seperti ini penuh di sini hari tu. 

Menarik tengok pelajar-pelajar perempuan berpakaian tradisional mereka, ao dai. Yang membezakan satu sekolah dengan sekolah yang lain (kami agak-agak) ialah warna seluar, baju semua seragam warna putih.

 Penyu dan merak ni mengingatkan aku pada Kungfu Panda. 

Aku tengok ada orang amik pic pokok ni. Aku pun sibuk jugak. Aku agak pokok ni sama tua dengan temple ni. Main agak ja, sebab info kat pokok tu bahasa Vietnam.

Tu aje dulu untuk Part 1 : City Tour Day 1.

Nanti aku sambung by part tuk City Tour seterusnya ke...

Ho Chi Minh Museum
One Pillar Pagoda
Ho Chi Minh Mausoleum
Presidential Palace & Ho Chi Minh House
Hanoi Citadel
Masjid Al Nour
Halal Retaurant : Restaurant Zaynab
Night Market

...nanti.

Secepat mungkin, Insha Allah 😀.

Done City Tour Part II. Meh klik...

Indahnya kenangan. Bertambah pengalaman. Luasnya pandangan. Alhamdulillah. Moga bermanfaat.