Tuesday, March 7, 2017

Hanoi Vietnam 2017: City Tour Part 3

Salam dari Senaling,

Tips penting untuk buat City Tour di Hanoi;

"Don't panic. Don't run. Above all, don't change your mind. (keep on moving)" 
~taken from article Hanoi Last Minute, September 2011

Sebab banyak jalan yang ingin kita lintas nanti. Nak tunggu jalan clear baru nak lintas macam di Malaysia, masak cekodoklah.

Dari area Ho Chi Minh dan sewaktu dengannya, kami ke Hanoi Citadel.  Masih gagah berjalan kaki, walau pun masa tu urat betis masing-masing dah tegang. Tapi itulah, jalan yang aku pilih sebenarnya jalan yang agak jauh. Ya, paling dekat tapi agak jauh dari pintu masuk.

Kalau korang dah baca entri Part 2 aku ada bagitau susunan paling cantik untuk bergerak di kawasan Ho Chi Minh. Bacalah kat sana di perenggan terakhir. Dan untuk ke Hanoi Citadel dari kawasan ni aku patut amik jalan Chua Mot Cot. Mudahkan cerita, gi Google Maps, search jalan ke Hanoi Citadel dari Ba Dinh Square. Dia akan bagi jalan yang lebih bagus dari apa yang kami lalui.

Tak mengapalah, berjalan kaki sakit-sakit itulah yang paling win aku rasa bila buat City Tour sendiri-sendiri ni.

Berjalanlah kami sejauh 1.8 km, dan di Jalan Hoang Dieu kami boleh nampak tembok Hanoi Citadel, tembok! Bukan pintu masuk lagi ya. Hehe. Indahnya kenangan. Maka tawaflah pulak kami ni mencari pintu masuk. Jam 4 dah ni. Aku cuba mempositifkan diri, Hanoi Citadel tutup jam 5.

Alhamdulillah memang jam lima dia tutup. Fon aku masa ni dah habis bateri. Tak terfikir lansung nak pinjam power bank member. Nak kejar masa pun sama. Maghrib masuk jam 5.57 petang.

Nita kami tinggalkan di kompleks depan dulu tuk berehat. Depan pintu masuk ke Hanoi Citadel. Bayaran masuk VD40 000. Tutup jam lima petang. 

Dari pintu masuk boleh nampak pondok guard di sebelah kanan dan Hanoi Citadel disebelah kiri. Kalau tanak kena jerit atau priiiittt, berjalanlah ke arah kanan cuba cari kaunter bayaran masuk yang berada dalam sebuah kompleks. Tiada sebarang papan tanda menunjukkan kaunter bayaran (atau sebenarnya ada kami yang tak nampak). Cubalah buat muka terpinga-pinga, Insha Allah guard akan tunjuk arah nak bayar.

 Terowong masa, dan Tangga Kebenaran. Heh memandai aku bagi nama.

Mendaki tangga kebenaran, akan nampak view yang awesome ni. Nun di hujung sana tempatmu ialah Hanoi Flag Tower.

Tapak arkeologi yang sedang dalam penggalian/pencarian monumen atau tinggalan lama. 

Memang betul-betul di tengah bandar Hanoi. Di sinilah letaknya penempatan dan workplace untuk raja-raja dan keluarga mereka. Bermula dari Dinasti Ly (1009 - 1225), Dinasti Tran (1226 - 1400), Dinasti Le so (1428 - 1527) Dinasti Mac (1527 - 1592) dang Dinasti Le Trung Hung (1592 - 1789). Kawasan istana lama dan kubunya sudah tidak wujud, tetapi masih banyak peninggalan lama di sini yang masih dalam pencarian. Pastinya ia sangat berharga kerana mengandungi nilai-nilai sejarah dan budaya lama Hanoi.

Hasil tinggalan yang mereka peroleh ada dipamerkan di muzium (muzium ke?), tapi ada di satu tempat khas di area ni juga. Aku perhatikan kebanyakan artifak berunsurkan China.

Hanoi Citadel (Hoang Thanh Thang Long Ha Noi) ialah kawasan yang diwartakan sebagai World Cultural Heritage oleh Unesco pada tahun 2010.

Tiga puluh minit ja kami kat sini. Memang tak cukup. Tapi apa boleh buat, ada tanggungjawab maha penting menunggu. Solat.

Dari Hanoi Citadel kami aim untuk ke Al Nour Mosque. The one and only mosque at Hanoi. Perancangan awal nak berjalan juga, tapi buat masa ni wajib ambil teksi. Kebetulan memang ada teksi menunggu, dia suh kami bayar VD200 000 (RM40). Mahal tu! Sebab aku memang dah study maps. Jarak 1.2 km je kot. Kami tolak. Dia tunjuk VD 100 000 (RM20), aku berkira nak turunkan lagi sampai VD50 000 (RM10), tapi language barrier menyukar urusan.

Tiba-tiba Nita kata, teksi Uber baru VD19 000 (RM4)!

Ehmmm...berUber je lah kita. Tak lama tunggu sampai lah kereta KIA comel amik kami depan Hanoi Citadel.

Dalam sepuluh minit dah sampai depan masjid di Jalan Hang Luoc. Alhamdulillah. Solat jamak taakhir dan kami bercadang lepak ja masjid sampai waktu maghrib. Masa tu jam menunjukkan pukul lima petang.

Selepas solat, aman je kami dinner merangkap lunch di Restoran Zayynab, betul-betul tepi masjid. Kalau sampai depan tangga nak masuk masjid, pusing ke kiri. Restoran dia agak terlindung macam rumah orang pun ada. Ketuk masuk bagi salam. Ehhhh... gembira ja makcik Zayynab sambut.

Mee Sup kot ni. Aku tak ingat menunya. Nak amik pic berinformasi pun dah tak lalu. Lutut ketar. 

Ikutkan tentatif awal kami nak pergi Dong Xuan Market tapi tak mengapalah. Ada nanti kot rezeki hari ketiga. Tak dapat Dong Xuan Market, kami punya rezeki ke night market. Kalau baca tip panjang lebar aku sal Hanoi, aku ada mention souvenir di night market adalah yang paling murah kami boleh dapat. Rebut peluang kalau berkesempatan ke sini. 

Sekeping gambar di Night Market. Sekeping ja!

Night Market hanya dibuka tiga malam. Jumaat malam, Sabtu malam dan Ahad malam. Night market ni memanjang dari depan Dong Xuan Market sampai ke Jalan Hang Gai. Memang panjang dan barang yang dijual hampir sama ja semua. Takde apa nak dibeli pun (untuk aku) melainkan souvenirs. Food street banyak. Tapi almaklumla kan. 

Tak macam night market di Ho Chi Minh yang banyak menjual baju kurung, jubah, tudung, tshirt, blouse, souvenirs (beg kait, fridge magnetic, ao dai, etc) dan segala macam mende sampai tak cukup duit nak beli . Tu sebab sepanjang-panjang jalan di Hanoi tak terjumpa lansung dengan Malaysian. Kat Ho Chi Minh, siap hai hai bye bye kiri kanan depan belakang Malaysian aje.

Kami berjalan dari hujung sampai ke hujung. Ke kanan, dan kami pulang semula ke hotel. Ke kiri, akan membawa kami ke Hoa Kiem Lake. Rupa-rupanya (Moi bagitau) sepanjang jalan depan Hoa Kiem Lake (jalan Dinh Tien Hoang) diadakan street performance. Paling menarik ialah permainan tradisionalnya; siapa-siapa pun boleh join. Seperti night market, street performance ni pun hanya diadakan pada malam tertentu. Kami pergi Ahad malam, aku agak Sabtu malam dan Jumaat malam pun dibuka.

Ya, kami terlepas peluang itu sebab tak tahu. Walhal awal kami balik hotel malam tersebut. Tapi aku tak rasa sesal sebab aku dah study sebaik mungkin. Aku membaca tentang Hanoi bukan sehari dua. Makan bulan (walau pun on off) tapi ada usaha untuk mencari yang terbaik di Hanoi. Tak terbaca satu info pun tentang street performance. Ini bukan rezeki namanya. DIA dah rencanakan yang lebih baik. 

Kadang-kadang ini yang aku cuba sampaikan pada students. Konsep usaha sungguh sungguh sungguh sungguh. Tawakal kemudian. Dapat keputusan, redha. Keputusan baik, Alhamdulillah. Keputusan kurang baik, tak mengapa yang penting dah usaha. Tak sesal lansung! Macam tu.

Tah sampai ke idak message aku ni. 

Apa-apa pun kenangan masih indah :) Alhamdulillah.

Semoga bermanfaat. Bye!

17 comments:

Miza Farzana said...

hi teacher :)

Shamin Aida binti Mohd Din said...

hai, cikgu. keep it up with your story.

syafiqah said...

hi tc :')

siti khatijah said...

bestnya cikgu pegi Hanoi.

siti khatijah said...

hi teacher !

Amer Izzat said...

Assalamualaikum, cikgu :)

azlee iskandar said...

hai teacher jalan2 tak ajak

anuarnorli said...

hai tc!

afiqahraihana said...

teacher salah tgok yg ini

dayah said...

hi teacher

dayah said...

hiiiiii

dayah said...

hi tc

hidayat said...

Terbaek!!

fathiah said...

hi teacher!!

fizahmd said...

Hi tcher

nits said...

terkejut tgk komen tetiba jadik banyak....hehehehe...

kenangan berjalan city tour tu yang indah sebenarnya...bukan selalu dapat buat macam tu

adlinmzl said...

hi cikgu