Sejujurnya inilah kenangan TERpaling manis (yang lain-lain tu paling manis) yang aku rasa tuk travel ke Hanoi kali ni. Yang ditunggu-tunggu. Yang dinanti-nanti.
Nak kata aku jakun, katalah. Tapi memang aku jakun bila dapat naik cruise untuk pertama kalinya. Walaupun bukan yang paling besar, tapi aku suka sebab lebih privasi. Kabin ada sepuluh. Jumlah pelancong adalah dua puluh orang sahaja.
Excited pula aku nak cerita di sini. Sampai tak tahu nak mula dari mana.
Okay, aku mula dari saat kami menarik bag ke cruise kami. Naik terus ke tingkat dua, iaitu dining hall. Galaxy Cruise ni ada tiga tingkat. Kabin penumpang ada di tingkat paling bawah. Paling hampir dengan air. Paling atas adalah tempat lepak-lepak pakai bikini sambil tengok bintang di langit kaedahnya.
Hung, our tourist guide di Halong Bay.
Welcome drink. Kami tanya ini air apa. "Don't worry this is lemon tea". Versi panas dan sikit banget.
Hung bagi housekeeping dan taklimat untuk apa aktiviti seterusnya di dining hall. Selepas kunci diagihkan kami ke bilik masing-masing untuk mandi dan solat.
Saat masuk dalam bilik tu aku rasa, wow kami akan tidur dalam cruise atas air malam ni. Allahuakbar!
Bilik kami, tepi tu ada tingkap selebar alam leh tengok pemandangan luar. Terharu rasanya di panjangkan umur, dipermudahkan urusan untuk menatap sendiri keajaiban ciptaan Yang Maha Kuasa depan mata.
Paling best semua toilet tempat kami menginap tersedia air paip tepi jamban.
Keindahan, keajaiban, ciptaanNya.
Masa ni cruise sedang bergerak. Dan semua-semua cruise depan tu pun sedang bergerak ke core of Halong Bay yang diwartakan oleh UNESCO sebagai satu lagi World Cultural Heritage. Wefie sekejap dan gi lunch. Haaaa part lunch memang paling win.
Sebelum semua ni dihidangkan kami diberikan sup seafood, as entree aku agak.
Jadi inilah hidangan kami (aku fikir). Nasi tiada, tak mengapa sebab kenyang dah makan ini sahaja. Rupanya selepas semua yang di atas dihidangkan, datang lagi sotong, sayur dan nasi. Lapan menu semuanya! Tak habislah jawapannya. Sesungguhnya kami sangat kenyang!
Rasa semua makanan di Galaxy Cruise memang sedap dan durang penuhi semua permintaan kami yang hanya mahu seafood kami di stim atau di grill sahaja. Tung (pihak hotel) awal lagi dah bagitau, hanya package USD143 ja yang kami leh mengada minta itu ini. Kalau yang USD99, makan apa yang dihidangkan kaedahnya. Patutlah kawan kami pernah bagitau, nak ke Halong Bay request for Muslim package atau kau akan berlapar.
Aku ulang-ulang cakap. Kita bayar mahal untuk mewahnya makanan rasanya ni.
Lepas makan, sementara nak tunggu jam tiga petang untuk naik tingkat paling atas. Amik peluang capture keindahan. Subhanallah.
Antara cruise yang berada di keliling cruise kami. Sampan kecik tu ialah penjual yang cuba menjual air, buah atau makanan ringan. Maaflah, kami kenyang sangat da ni. Kesian juga tengok kegigihan mereka ni mencari rezeki.
Melihat mereka ini, insaf rasanya. Bersyukurlah dengan kerja yang ada wahai manusia!
Jam tiga petang dah kena get ready. Hung siap ketuk pintu kami, aku jeling jam belum lagi jam tiga ni. Dalam lima minit macam tu, kami menuju ke bot yang akan membawa kami ke tempat berkayak. Kami adalah yang terakhir sampai. Yang lain menunggu kami rupanya. Hehe.
Our boat our group. The most friendly member. From Australia. Music teacher.
Dia sedang menghabiskan cuti sempena 10 tahun dia bekerja sebagai seorang guru. Sebulan. Sepanjang-panjang kami travel ni memang bertebaran tourist kulit putih ni. Yang dah berumur aku fahamlah, bersara ke apa ke. Yang muda-muda ni... Kerja apakah yang membenarkan mereka travel berbulan-bulan?
Tertanya-tanya tapi tak bertanya. Apakah?
Sambung cerita berkayak dan ke man made beach nanti. Ada view cantik nak tunjuk 😊
Alhamdulillah. Indahnya kenangan. Moga bermanfaat. Bye!
3 comments:
Khairul Hazimi punya blog
MUHAMAD AFIQ punya blog.
Post a Comment