Balik dari Halong Bay asalnya nak terus ke Masjid Al Nour, solat jamak dan terus zoom ke Dong Xuan Market. (masjid dan Dong Xuan Market dekat ja, jalan kaki confirm sampai). Tapi, fikir-fikir semula, baik balik hotel dulu. Letak beg, mandi pastu baru gerak ke Dong Xuan Market.
Dari hotel ke Dong Xuan kami naik Uber Taxi. Murah. VD25 000 (RM4.15) ja.
Sebenarnya kami dah sampai Dong Xuan Market pada hari pertama. Tapiiii... dah lambat. Jadi untuk hari terakhir (flight esok pagi) kami mau try luck sekali lagi. Punnnnn...
Tutup. Aduh.
Gagahkan juga mampir ke pintu market, sebab macam tak percaya. Tanya hotel, katanya tutup 11 malam. Aku dah google pun tulis jam 8 malam macam tu.
See, baru 5.30 kot. Buka, tapi kedai-kedai di dalam pakat-pakat nak bungkus kedai ikat tepi belaka. Mahu terus positif? Yeaaayyyy... Jimat duit. Disebabkan nak juga ukir kenangan di Dong Xuan Market...
Kami borong penutup hidung macam face mask di sini. Dia tak bagi beli satu dua, dia suh beli sedozen. Berdozen-dozen lagi dia suka. Malas nak bargain lama-lama. Kami amik ja sedozen saiz dewasa sedozen lagi saiz kanak-kanak. Nanti bahagi empat. Harga? Tak ingat. Sebab murah lagi beli satu-satu di kedai souvenir berdekatan Water Puppet Theater. Kedai mana? Baca sampai habis ๐
Di Dong Xuan Market jual banyak barang yang mampu menghabiskan duit korang. Di tingkat dua ada jual kain ela. Yang menghabiskan duit aku (sampai pinjam duit Moi sebab duit dah habis) di Ho Chi Minh lima tahun lalu ialah kain ela lah. Beruntungnya kedai-kedai di Dong Xuan Market ni dah nak tutup. Merudum terus mood nak shopping.
Hikmah paling besar, kami dapat explore bandar Hanoi waktu malam. Kalaulah Dong Xuan meriah, ontok kami di sana sampai jam tujuh setengah malam agaknya (tiket kami tuk Water Puppet Show mula jam lapan). Duit banyak lagi, jomlah wei habiskan. Masa pun dah tak banyak. Jadi kami aim tuk beli coffee.
Aku dah perasan dari hari pertama, banyak kedai kopi di Hanoi, balang-balang besarnya tulis Luwak. Aku mula tahu tentang Luwak ketika aku gi Surabaya. Aku pelik juga fikir, apasal di Hanoi ada jual kopi Indon. Sampailah kami masuk kedai adik kiut ni. Kedai bersih, eksklusif, paling penting adik ni boleh berbahasa Inggeris dan berinformasi.
Cer tengok pic sebelah kanan. Bersusun balang.
Kami tanya, kopi jenis apa dia rekemen. Terus dia tunjuk Luwak. Barulah aku tahu, Vietnam pun popular dengan kopi tahi musang ni. Kahkah. Berkembang sikit ilmuku. Kami tak nak Luwak. Ofkoslah mahal (kopi paling mahal d idunia k) dan aku ada rasa was was nak minum. Dia tanya lagi, strong or light. Oh ada level. Tambah lagi ilmu mengopi.
Kami minta light. Dia tunjuk Arabica Culi. Maka berbondong-bondonglah masing-masing membeli. Aku beli rich taste Moca juga. Tamak. Sampai ke hari ni, aku lom pon cuba mana-mana kopi yang aku beli. Aku nak habiskan dulu kopi made in Malaysia. (Tah bila nak habis. Bukan hari-hari minum kopi)
Setel kopi, nak cari tshirt, baju atau apa-apa souvenir tuk dibawa pulang. Patut beli terus ja di night market tapi ye lah mana tahu kat situ paling murah tuk dapatkan fridge magnetic, bookmark, dan mana-mana kraftangan dari Hanoi.
Jenuh sebenarnya nak cari mende-mende ni, terutama tshirt saiz budak umur 9-10 tahun. Aku lagi cerewet, aku nak cari tshirt tulis Hanoi, tanak tulis Vietnam, tanak lambang bendera Vietnam. Tuk suami aku nak cari tshirt Hard Rock Kafe warna hitam. Cari punya cari akhirnya jumpa tshirt kembar di kedai abam garang ni. Disebabkan tak banyak pilihan, kami beli juga di sini.
Dapat t-shirt kembar kat sini. Ngam dua. Ngam saiz. Suami? Souvenir kopi je lah ya. Heee
Oh ini bukan kedai yang aku nak rekemenkan tu. Bukan. Skrol bawah lagi.
Selesai di sini, kami mencari jalan ke Water Puppet Show. Berjanji awal dengan Moi nak jumpa di kafe bawah teater. Sambil pekena egg coffee. Yeah, another dish yang popular di Hanoi.
Aku rasa yang putih tu egg yang gelap tu kopi. Rasa dia? Cam kopi susu lebih kurang lansung tak rasa hanyir telur. Tapi kopi dia memang kaw. Bingung jugalah aku lima belas minit selepas minum kopi ni. Alhamdulillah leh tido tenang malam tu.
Inilah dia geng ke Hanoi bagi tahun 2017. Moi dan famili plus kami berempat. Moi stay lama hampir tujuh hari di Hanoi. Kami empat hari ja. Jeles aku ngan Moi. Nasib baik dia tak dapat gi Sapa. Kalau tidak akan bertambah lagilah rasa dengkiku. Haha
Nanti set lagi ke Hanoi ya. Amik trip ke Sapa lak. Hiking!
Sampai masa kami naik tangga. Teater Water Puppet kat atas kafe ni ja. Masa kami gi ni hari Selasa malam Rabu. Rupanya malam ni show ada sampai pukul 11 malam.
See the schedule?
Berpusu-pusu tourist datang sini. Belilah tiket sehari lebih awal kalau nak selesa. Aku agak tiket cepat habis sebab agensi pelancongan akan borong sekali banyak. Amiklah tempat duduk di hadapan. Baru puas hati kot. Seat kami nombor tiga dari depan jadi harga mahal skett. VD100 000 (RM20.00).
Pentas dan ada persembahan ni sebelum puppet muncul dari air. Aku enjoy tengok persembahan awal ni walau pun durang berbahasa Vietnam sepenuhnya.
Seronok aku tengok acik ni main alat tradisional Vietnam. Penuh penghayatan. Lagu pun leh tahan catchy.
Selepas lagu tradisional didendangkan, show bermula. Menceritakan tentang lagenda Hoan Kiem Lake. Tentang pedang yang diambil semula oleh kura-kura daripada Maharaja. Ni aku pendekkan cerita ya. Show ni lebih kurang dalam sejam lebih juga dan dalam bahasa Vietnam sepenuhnya. Hehe. Tapi aku enjoy! Aku suka :)
Selesai show, yang di belakang tabir pun muncul. Salute dengan mereka sumer. Kembang habis agaknya jari jemari berendam dalam air.
Lepas tu, Moi hantar parents dia balik homestay dulu. Dia kembali semula tuk sambung jalan-jalan lepak-lepak ngan kami di sekitar Water Puppet Theater. Walau pun kami habis tengok show dalam jam 9.30 malam tapi kedai-kedai sekitarnya masih dibuka. Kebetulan malam tu memang dijadualkan sampai jam 11 malam. Rezeki boleh sambung shopping. Duit masing-masing masa ni masih banyak!
Haaaa... inilah kedainya yang menjual souvenirs, tshirt dan macam-macam lagi dengan harga paling murah berhampiran dengan teater dan tasik Hoan Kiem Lake malam tu. Abang ni sangat sporting, boleh berkomunikasi dalam English sikit-sikit, kami hamburkan tshirt kut suka hati pun dia masih okay. Pendek citer, senanglah hati masing-masing dapat habiskan Vietnamese Dong (kecuali aku hehe).
Kami shopping shopping shopping sampai semua kedai tutup. Dah tutup semua barulah reti nak gi lepak di Hoan Kiem Lake. Walau pun dah agak lewat malam, tasik ni masih hidup. Masih ramai rakyat tempatan dan pelancong melepak di sini. Yang bersenam pon ada.
Sekitar tasik ni cantik. Tah pesal pic yang aku amik blur semua.
Di tasik ni ada satu temple (lupa nama) heeeee. Kalau siang hari boleh masuk dengan sedikit bayaran. Kami tak sempat nak masuk. Tak mengapa.
Sebab dapat tengok Jambatan Merah ni waktu malam. Cantik!
Kalau datang waktu siang, bolehlah menyeberang ke temple melalui jambatan ni. Jambatan dan temple ni memang sangat-sangat di rekemen tuk di lawati. Walau pun tak dapat masuk tapi aku boleh rasa tempat ni best sama macam Temple of Literature atau Hanoi Citadel.
Sekitar tasik Hoan Kiem. Dari mata kasar landskapnya lebih cantik dari apa yang aku tunjuk dalam blog.
Jam 11 lebih kami decide tuk balik ke hotel masing-masing. Flight kami awal pagi. Moi akan stay lagi dua hari. Seronoknya la haiii... Aku dah lama perati perangai omputih yang stay lama-lama kalau gi travel. Tapi memang lebih berbaloi kalau buat camtu. Lebih menikmati. Tidaklah terkejar-kejar sampai skip baca sesetengah info. Tidaklah ada tempat yang tak dapat tuk dilawati.
Aku pernah try berlama-lama ni masa travel ke Utara Malaysia cuti sekolah 2016 ngan famili. Memang vahhhh sangat perasaannya. Satu hari pergi dua tiga tempat ja. Tapi itu pun aku rasa cam penat terkejar-kejar sebab kami pergi hampir 7 negeri.
Insha Allah hujung tahun ni aku nak cuba spend masa satu minggu di bandar Terengganu ja. Tak masuk pulau sebab hujung tahun kan musim tengkujuh. Kita tengok nanti.
Akhirnya sampai kami di Noi Bai Airport tuk pulang ke Malaysia. Airport transfer ambil kami seawal jam 5.30 pagi. Pihak hotel pula siap bungkuskan roti, jem, butter dan air mineral tuk breakfast kami di airport.
Sakan juga aku shopping di airport. Duit Vietnamese Dong masih banyak tak dibelanjakan. Di airport aku beli barang yang aku tak jumpa di bandar Hanoi. Aku tanak rasa menyesal bila aku wat comparison nanti. Dapatlah aku sebatang sudu dari tanduk kerbau wat makan madu ngan Essential Oil, dua kipas tangan besar, dan beg Kipling merangkap pencil box tuk Amni.
Itu pun masih berbaki duit asing bernilai RM750 sesampainya di Malaysia ๐
Mungkin nanti DIA aturkan tuk aku ke Hanoi sekali lagi. Sapa jommmm ๐
Selamat tinggal Hanoi tuk pengalaman, pengajaran dan kenangan.
Eh, sedih plak rasa hati, entri sal Hanoi dah selesai.
Insha Allah akan ada lebih banyak lagi kenangan tuk diukirkan. Amiiiinnnn
Bye, dan moga bermanfaat semua entri sal Hanoi hendaknya. Insha Allah
No comments:
Post a Comment