Hari ketiga kami di Langkawi, kami plan tuk wat Island Hopping. Sekali lagi aku booked di AB Travel di Pantai Chenang. Paling murah kami dapat RM25/person. Kalau survey sekitar Chenang rata-rata RM29, RM30, RM35 dan ke atas. Dua tahun lalu aku booked Pulau Payar trip pun di sini.
Kredit pic pada sharimahyahya.blogspot.my
Pemandangan di jeti tempat kami menunggu bot sampai.
Dalam bot uda. Tak lama menunggu. Seronok bila semua tepati masa.
Dayang Bunting
Jaga-jaga dengan monyet di sini.
Aku memang seronok gi tasik ni. Air tawar kot yang menyebabkan aku seronok. Rasa segar. Tapi itulah, satu jam sebenarnya tak cukup tuk aku. Nak menyampaikan diri ke tasik ini pon ambil masa tujuh ke sepuluh minit (ikut kudrat). Nak laju sampai, doalah kena kejar ngan monyet. Aku yakin berdesup kau lari. Heeee
Kali ni ada bayaran masuk, murah ja RM3/seorang. Sewa jaket baru RM5, kalau nak terjun dalam tasik. Tanak terjun boleh berkayak atau naik solar bot. Ikut kehendak masing-masing lah. Ikutkan aku nak try semua. Tapi satu jam mana cukup.
Gaya paling santai di Tasik Dayang Bunting. Baring tadah muka pada pancaran matahari sambil wat peace.
Kedalaman tasik ni bukan calang-calang. Lebih kurang 45 kaki. Memakai life jacket adalah wajib di sini. Walau pun aku tahu berenang, aku sendiri tak berani terjun tanpa life jacket.
Selepas tasik kita gi tengok Eagle Feeding Show.
Next destination is Beras Basah Island with model swimming muslimah.
Duk ja dalam bot, tengok helang sambar kulit ayam di sini. Kulit ayam tu pemandu bot kami yang bawa. Jadi jangan pelik mana datangnya kulit ayam. Banyak tul helangnya. Yang ni ja aku sempat capture sebab laju belaka segala helang ni terbang.
Best di pantai ni sebab air jernih dan ombak manja-manja gitu. Boleh swim macam dalam pool feel nya. Bezanya air kat sini masin.
Selesai swim, kami gi bawah jeti bagi ikan makan. Siap bawa roti. Kawasan di sini berbatu memang tak sesuai nak mandi. Kalau tak silap aku sea urchin pun ada. Ditusuk durinya menangis lagu hindustan beb. Kami cuba berdiri di gigi air dan campak roti. Datanglah segala ikan warna warni belang biru hijau sambar roti.
Seperkara lagi, di pantai ni pun ada monyet. Sama perangai macam di Tasik Dayang Bunting. Suka rampas makanan orang. Nyaris-nyaris roti kami durang nak rampas. Kelam kabut aku lari campak semula roti dalam bot. Hahaha Pastu barulah tahu nak sorok-sorok roti dalam beg. Indahnya kenangan 😂
Jam 12 kami kembali semula ke jeti tuk dihantar ke hotel. Untuk perkhidmatan dari AB Travel, memang aku bagi lima bintang. Tip top servisnya. Semuanya cepat. Takde edisi menunggu lama-lama berlaku. Puas hati.
Satu lagi kegilaan, pergi swimming pool hotel jam dua belas. Macamkan rumah dia jauh benar dengan swimming pool. Kok saiz Olimpik lagi, tu pun nak nak juga swim kat sini. Siapa lagi mampu melayan kegilaan ini kalau bukan kawan yang sama je gilanya. Haha
Kejap ja dalam lima belas minit di pool kemuadian kami balik bilik. Bersihkan diri, solat dan shopping time di pekan Kuah. Beli pinggan mangkuk, kuali, kain batik, minyak gamat dan cekelat. Rasanya tu aje, then ke Dataran Lang amik pic sama-sama barulah hantar Dz ke jeti. Feri jam tujuh. Malam tu tinggallah kami bertiga, tu pun masih gagah sambung shopping. Dapatlah t-shirt dan cekelat lagi.
Lepas dinner, balik bilik packing barang sambil berdebar-debar sebab amik luggage 40kg tapi rasa-rasa beratnya lebih. Keputusan akhir? Memang berlebih pon. Tu pun muka konfiden bawak backpack macam 7kg kunun.
Dengar-dengarnya AirAsia akan bertambah strict lepas ni. Stewardess ulang-ulang cakap dalam flight sal excess baggage ni. Iyolah, pasni beli 60kg teruslah. Tenang hati.
Tu aje rasanya. Yeay siap entri. No pending. Tahniah pada diri sendiri.
Bye 😀
No comments:
Post a Comment