Sunday, January 13, 2019

Reading Routine

Alhamdulillah, semakin menunjukkan peningkatan bilangan buku sejak 2017. Kalau awalnya, macam dipaksa-paksa... now aku enjoy reading. InshaAllah jadi habit kelak. Aamiin. Paling seronok untuk azam yang ini, kongsi dengan anak-anak. Walaupun bahan bacaan lain-lain, tapi isi kandungan masing-masing beri manfaat. Enjoy juga aku layan komik budak-budak ni, kadang-kadang. Dan ketiga-tiga adik beradik ni, Amni, Amin dan Iman beriya nak kekal jadi librarian walaupun ditawarkan jawatan pengawas sekolah.

Ye ke sebab suka membaca, atau sebab malas nak datang awal ke sekolah... ehmmmm  

Seperkara lagi, aku rasa minda orang yang suka membaca lebih terbuka, lebih positif, lebih fun dan segala macam yang baik-baik lah. Tengok Tun Mahathir. Tengok Dr Mazlee, sebelum jadi Menteri Pendidikan, baca satu buku sehari wowwww...

Ni senarai 14 kegembiraan pada tahun 2018
1. Bunga Hujan ~ Fatimah Kassim
2. 100 Pesanan Rasulullah ~ PZNS
3. Magis ~ Ramlee Awang Murshid
4. Cikgu Bankrap ~ Zaharoh Farah Nina
5. Kisah Orang Menang ~ Saiful Nang
6. Reclaim Your Heart ~ Yasmin Mogaheid
7. Surat Untuk Orang Putus Cinta ~ Adnin Roslan
8. Anthem ~ Hlovate
9. Aa + Bb ~ Hlovate
10. Flavor Insight Malaysia ~ Lee Su Kim
11. The Five Person You Met in Heaven ~ Mitch Albom
12. For One More Day ~ Mitch Albom
13. Ungu Karmila ~ Ramle Awang Murshid
14. The Magic String of Frankie Presto ~ Mitch Albom

Setakat hari ni, pada tahun 2019 aku selesai baca dua buku. Hora horei
1. The Year I Met You ~ Cecelia Ahern
2. Have a Little Faith ~ Mitch Albom

Kegembiraan

Moga senarai kegembiraan ini akan jadi lebih panjang pada tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang. Insha Allah.

1 comment:

hungryworm__ said...

permisi min numpang share ya :)
DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :)
:)