Tuesday, April 30, 2019

Let's Smile

While organizing images from my smartphone...


Save it from someone Facebook timeline...
Funny yes and pretty true hiks 😜


Friday, April 26, 2019

Hijrah dan Kali Ini Lebih Dramatik

Bagi suku tahun 2019, entri ini ialah highlight nya.

Aku mulakan dengan Bismilah dan penyataan ini...
DIA berikan pada aku (dan keluarga) apa yang aku perlu dan bukan apa yang aku nak.

Apa yang aku nak karang sebentar lagi dan aku bajet entri ni adalah entri yang panjang, ialah sebuah kenangan yang akan mematangkan dan menceriakan perjalanan hidup aku. DIA Maha Tahu.

Bermula dengan satu istilah - penyuraian. Penyuraian ni dalam english aku rasa macam... reallocate? Tenaga pekerja di sini terlebih, tapi di sana terkurang... penyuraian adalah wajar. Macam win-win situation. Lebih kuranglah maksudnya dengan sedikit pemahaman aku masa belajar human resource dulu.

Tragisnya, yang disuraikan itu ialah aku. 

My feeling...

Aku down. Sangat down. Aku demotivate. Dalam hati, keep on aku ulang mantera, kenapa aku? Kenapa aku? Lepas ni aku nak buat kerja hakiki ja. Masuk kelas, keluar kelas. Tak nak bawa budak pergi KAKOM, tanak buat apa-apa extra dari kerja hakiki. Mantera ni aku ulang-ulang banyak kali bersama-sama bisikan shaitonirrojim yang turut galak menghangatkan hati aku.

That's the bad side. On the other side...

Aku ulang mantera, DIA Maha Tahu. DIA rancang yang lebih baik untuk aku. Pasti ada hikmahnya, yang aku belum nampak. Pasti, dan juga aku ulang-ulang banyak kali bersama-sama bisikan iman sekhalus bakteria (nak tengok kena guna mikroskop).

My action?

Aku ke kelas seperti biasa, buat kerja seperti biasa, cuma aku tak balik unit. Asal free aku buat kerja di rumah kebetulan kena online nilai kerja budak, dan line Internet kolej slow. Tak. Kalau tak kena online pun aku lebih selesa buat kerja di rumah. Aku rasa kolej dan unit dah reject aku. Aku tak selesa. Aku rasa insecure.

Aku simpan diam-diam ke kegusaran aku ni? Jawapannya tidak sebab aku kenal diri aku. Aku taknak depress alone. Yang pertama tahu ialah roommate. Terkejut dan agak kecewa riak wajahnya. Ketika, kerjayanya berada dikemuncak (cehhh macam bisnes juta rupiah ja aku gambarkan), aku (kami) mungkin terpaksa pergi dari sini. Dua ke tiga hari topik perbualan kami berputar-putar pada isu itu, sambil aku menghirup teh panas sedap di kedai Kak Nor (ah I am going to miss teh tarik Kak Nor too).

Yang kedua berkongsi kisah ialah dia dari KMM dan ketiga ialah sekumpulan dia, dia dan dia dari KMS.

Alhamdulillah, aku pilih insan yang betul untuk berkongsi cerita kerana dari mereka aku merancang plan A, B dan C.

Alhamdulillah berganda bila Allah kurniai aku ahli unit yang super awesome. Ayat mudah, durang tak cakap apa-apa pada aku tentang hal surai. Tiada pujukan, tiada apa-apa aksi untuk menenangkan, tiada yang datang cakap redha, cakap sabar, cakap ada hikmahnya. Tiada dan aku bersyukur untuk itu. Aku tak perlukannya. Sampaikan aku rasa durang tak tahu pun siapa kena surai dalam unit kami.

Hakikatnya, durang tahu tapi durang diam. 
Pernah dengar pepatah, 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"?
Pandai orang dulu-dulu...

Diam itu lebih baik.
Aku akan ingat ini, dan ya itulah yang aku akan buat, Insha Allah.

Tapi yang membuatkan aku jadi cool dan chill tak terhingga bila DIA temukan aku dengan ahli surai dari unit yang lain. Dan ahli surai yang diatur pertemuan dengan aku tu, bukan calang-calang orang. Terperanjat sungguh aku bila beliau juga tersenarai. Pada ketika itu, mantera 'kenapa aku?' automatik gugur. Tak layak aku ulang mantera seumpamanya kalau nak bandingkan sumbangan beliau untuk kolej berbanding aku.

Panjang kami berkongsi perasaan di parkir kereta, bawah bayang pokok ketika mentari semakin meninggi. Ayat beliau paling aku ingat ialah, "Jangan sesekali tunjuk pada orang yang kau memang layak kena surai (ayat kasar : reject). Buat kerja (termasuk extra macam biasa), malah buat yang terbaik".

Aku akan ingat ini, dan ya itulah yang aku buat.

Bermula dari parkir kereta, bawah bayang pokok lah aku bangkit semula acececehhh. Apakah seterusnya yang aku (kami) akan buat? Ketika ahli surai dari unit-unit lain mulai mengorak langkah dengan mengisi borang pindah ke sekolah, kami sepakat membawa berkat untuk tidak berbuat apa-apa. Ayat mudah; wat lek wat chill, nothing happen (walaupun hati sudah berlubang sana sini).

Apa yang aku nak mulai saat itu;

Aku berharap moga kejadian surai ni akan di hold sampai akhir tahun 2020. Aku mahu kembar kekal bersekolah di Kuala Pilah. Biar kembar selesaikan UPKK, UPSR dan taekwondo hingga poom. Itu sahaja. Kakak Amni, masalah selesai sebab dia duduk di asrama dengan rianya.

Akhir tahun 2020, aku akan mohon pindah. Aku dah plan nak melobi Kolej Tingkatan 6 di Petaling Jaya, untuk buka modul dengan pilihan subjek Sains Komputer. Biar aku jadi pioneer, sebab aku survey hanya satu sekolah di Selangor yang tawarkan modul dengan subjek Sains Komputer. Siap telefon kakak dari sekolah lama (yang sekarang mengajar di sana), bertanya dan khabarkan hajat aku. 

Tiktoktiktok... hangat cerita sana-sini, jadi suam dan tiba-tiba berita surai dibekukan muncul. Permohonan perpindahan pensyarah ke sekolah, IAB dan apa-apa institusi pendidikan dibekukan. Dibenarkan hanyalah perpindahan ke kolej-kolej lain.

Tindakan seterusnya? Kekal aku wat lek wat chill, nothing happen... kerana aku masih berharap untuk kekal di Kuala Pilah hingga akhir tahun 2020 setidak-tidaknya.

Tiktoktiktok... aku dapat tiga call  dari seseorang yang aku tak simpan nombornya pada 24 Mac 2019. Dalam kelas, nombor mencurigakan, kesimpulan~ tak angkat call. Tak lama lepas tu Ketua Unit call. Aku angkat, dan KU tanya kenapa aku tak angkat call dari Ketua Jabatan tadi (huhu aku tak simpan nombor boss aku). Katanya lagi, KMS ada perjawatan DG48 yang kosong (macam mana boleh kosong? Hari tu aku tanya khabarnya penuh. Oh ada yang terima HLP). KU sambung cakap. Kau nak tak pergi KMS?

Gulp... 

Lintasan pertama ~ family.
Aku call roommate. Aku khabarkan pada dia, dan dia kata tak payah dulu.
Aku call KJ. Aku khabarkan aku tak mahu.
Aku sambung mengajar, sambil sel-sel otak aku berfikir...

Ini peluang.
Dari pindah Johor, tak pun Labuan, baik Selangor.

Balik rumah waktu rehat, aku ulang ayat di atas sambil mengunjurkan plan A pada roommate.
Roommate kata on, call semula KJ...

A : saya mahu
KJ : saya baru bagitahu pengarah awak tak mahu
A : tak apa kalau macam tu
KJ : kena respons sebelum jam 1
*kerling jam, 1.10 petang
A : tak mengapa
KJ : saya cuba

5 minit kemudian, KJ call semula.

KJ : pengarah kata, boleh da plan berbasikal naik bukit jugra

Then another episode begin...

Thursday, April 25, 2019

Minimalist Journey : Hadiah

Februari lepas (tapi baru nak update-as-usual) dijemput jadi juri pertandingan senamrobik peringkat kolej. Tak bertauliah pun, tapi adalah sikit ilmu berdasarkan pengalaman. Kebetulan hari Sabtu free, jadi jomlah bagi sokongan pada penganjur.

Barisan juri, dan yang tengah tu guru penasihatnya.

Pendekkan cerita sal pertandingan, sebab niat nak highlight pada minimalist sebenarnya. Dihujung pertandingan, selepas semua keputusan diumumkan adalah pulak saguhati untuk para juri... huhu. Aku gelisah, harap sangat saguhati yang aku dapat ialah apa yang aku perlukan. Kalau tidak, alamatnya memang aku recycle  semula jadi hadiah tuk bagi pada orang lain pulak.

Sekali...

Dapat mug dengan penutup oooo yes! Memang dah sebulan ke dua bulan duk berangan nak beli mug begini. Yeay 😍