Showing posts with label minimalist. Show all posts
Showing posts with label minimalist. Show all posts

Friday, August 2, 2019

30 Day Minimalism Game - Day 5

I'm back into this game.

Pendekkan cerita, game ni nice. Aku suka. Aku berazam untuk meneruskannya hingga hari ke 30. Tapi bukan setiap hari berturut-turut. Asal jalan. Asal minimal. Jom...

Buku ni bukan aku punya tapi aku jumpa atas meja aku. Kononnya nak membaca, nak praktis. Tapi.. Jadi aku letak di rak buku unit. Kongsi ramai-ramai, Insha Allah empunya buku dapat pahala.

Satu lagi buku, pun bukan aku punya. Simpan tuk acah-acah nampak seperti "guru pembina negara bangsa" bila atas meja ada banyak buku. Pindah letak di rak buku unit.

Sekarang, Ujian Pertengahan Semester (UPS) dimansuhkan di matrikulasi sejak 2015 (rasanya). Banyak juga perubahan silibus, tak relevan rasanya menyimpan. Panduan lain pun kemain banyak sampai tak sempat pun nak rujuk. Recycle.

Serpihan divider pun nak simpan kahkah. Tah apa motif. Mungkin pada awalnya aku berangan untuk dapat drawer lebih besar? Recycle.

Satu lagi benda yang aku simpan dengan tagline, "nanti nak guna".

Lima benda untuk hari kelima. Setakat ini apa yang aku perasan ialah tagline "nanti nak guna" tu menjadi salah satu punca aku menyimpan barang yang kurang memberi impak sebenarnya. Kalau betullah hari "nanti nak guna" tu tiba, percaya tak yang kau akan terlupa atau cari tak jumpa benda "nanti nak guna' tersebut. 

At the end, beli juga yang baru. 

Sunday, July 28, 2019

Slow Living : Boundaries.

Establishing, maintaining and encouraging boundaries (katanya)

In our life, it's important to set the boundaries.

So far, I am success setting workout boundaries (tepuk tangan).

Weekday : Before 1700, automatically stop all works, then prepare myself for workout.
Weekend : Find time to workout, no matter what.

More boundary(ies) is coming. Soon.

Friday, July 12, 2019

30 Day Minimalism Game - Day 4


Satu... Dua... Tiga... Empat...

Ngam empat barang untuk hari keempat.

Untuk hari keempat, barang yang aku pilih ialah dua wallpaper warna hitam dan dua batang empulur yang keras tu. Lucu pula rasanya sampai empulur keras tu pun aku simpan, adalah dalam dua bulan. Cerita wallpaper dulu. Bila jejak semula ke ofis di KMS, tiba-tiba teng! dapat idea tuk buat satu ruang aku gelar ia Wall of Appreciation.

Teaser. Kemain.


Nantila aku cerita apa ke projek aku ni... bila siap sepenuhnya. Tak siap sebab tak cukup helai nak cover wall seperti yang dirancang. Pergi ke DIY, tak jumpa cari warna sama. Ketulahan mungkin, sebab rembat suami punya wallpaper sebenarnya huhu.

Lebihan, wat DIY kotak laptop ni pula. Elegan bukan?

Habis cerita wallpaper. Seperti yang aku bagitahu di entri sebelum, this game is not all about throwing-everything. It is something that you kept (for quite a number of time) for no reason. Actually with a reason but not-so-strong-reason. Macam wallpaper ni, aku simpan sebab nak buat projek Wall of Appreciation, tapi tangguh punya tangguh. Main minimalism game, baru jalan projek tersebut.

Next, empulur keras. 

Alamak tak cukup masa, aku nak kena breakfast. Jam 8.00 pagi khabarnya tayar bas golek gerak ke KM Perlis. Moga dipermudahkan urusan kami dan beroleh kejayaan. Moga Allah izinkan.

Minimalism Game hari seterusnya tangguh lu, tak terdaya aku nak getting rid barang diperantauan. Barang yang aku bawa ke Perlis ni pun dah habis minimalist rasanya.

Wednesday, July 10, 2019

30 Day Minimalism Game - Day 3

Hari ketiga, tiga barang. Masih mudah untuk memilih.


Selamat tinggal. Banyak jasanya tapi kini kebanyakan dokumen paperless. Mungkin itu sebabnya tiga fail ni kosong tak berisi. Dilemanya ialah, nak buang? nak bagi pelajar? nak masuk stor? 

Buat masa ini aku pilih opsyen - masuk stor fail terpakai. Nanti aku offer pelajar, atau cari kalau-kalau boleh ganti fail-fail lama, atau... setahun dari sekarang fail-fail ini masih belum digunakan, recycle la jawabnya. 

Kan?

Tuesday, July 9, 2019

30 Day Minimalism Game - Day 2

Hari ini kena get rid dua barang (sebab hari kedua).


Yang terpilih hari ini ialah dua batang pen marker. Kolej sediakan pen marker percuma kepada para pensyarah setiap kali semester bermula. Bukannya aku mengajar tak pakai pen marker, haaaipppp. Aku lebih suka pen marker sendiri yang sifatnya lebih gumuk dan tulisan yang dihasilkan pun lebih tebal. Colourful lagi tu.

Get rid can be any form of action. Today I donate to Computer Lab 3.

Masuk hari kedua, masih mudah nak pilih barang untuk di keluarkan. Tak sabar nak tunggu hari yang ke 15, 16, 17, 18.... 30. Harap aku tenang-tenang saja nanti 😀

Monday, July 8, 2019

30 Day Minimalism Game - Day 1


Kalau baca artikel dan buat kira-kira sikit, pada hari ke tiga puluh aku bakal let go 500++ barang. Banyak tu, jadi untuk hari pertama aku let go...

... ini dulu dari hidupku.

Satu keputusan yang sangat mudah 😀. Jom jom siapa nak join?

Thursday, April 25, 2019

Minimalist Journey : Hadiah

Februari lepas (tapi baru nak update-as-usual) dijemput jadi juri pertandingan senamrobik peringkat kolej. Tak bertauliah pun, tapi adalah sikit ilmu berdasarkan pengalaman. Kebetulan hari Sabtu free, jadi jomlah bagi sokongan pada penganjur.

Barisan juri, dan yang tengah tu guru penasihatnya.

Pendekkan cerita sal pertandingan, sebab niat nak highlight pada minimalist sebenarnya. Dihujung pertandingan, selepas semua keputusan diumumkan adalah pulak saguhati untuk para juri... huhu. Aku gelisah, harap sangat saguhati yang aku dapat ialah apa yang aku perlukan. Kalau tidak, alamatnya memang aku recycle  semula jadi hadiah tuk bagi pada orang lain pulak.

Sekali...

Dapat mug dengan penutup oooo yes! Memang dah sebulan ke dua bulan duk berangan nak beli mug begini. Yeay 😍

Thursday, June 28, 2018

Aidilfitri 1439H : Edisi Famili Kecil

Salam 7 Syawal dari Senaling,

Dah seminggu berhari raya rupanya, Alhamdulillah. Terindu-rindu juga dengan Ramadhan, terutama part ringannya kami sekeluarga beribadah selain part makan berpada-pada. Tapi seperti yang aku selalu cakap ngan students, life must goes on, yeahhhh indeed. Life must goes on!

Syawal pertama di rumah mak.
Syawal pertama selepas solat Jumaat, kedua, ketiga di rumah ipar.
Syawal keempat kembali ke rumah mak (sampai jam 5.00 petang) sebab sakan beraya sampai Tanjung Karang rumah saudara mara.
Syawal kelima dalam perjalanan balik ke Senaling (home sweet home) syukur dapat singgah 9 biji buah rumah. Tiba Senaling rasa nak demam, dua hari amik masa nak recover sepenuhnya. Hehe Sakan nau beraya.

Dah bertahun-tahun memang corak raya kami macam ni. Banyak hari di rumah sebelah suami. Sikit hari di rumah mak sebab saudara mara sebelah suami baaaanyak di kampung. Manakalah makcik pakcik aku sebelah mak banyak di Selangor dan sebelah arwah Abah berlegar sekitar di Negeri Sembilan dan Pahang.

Aku kerap-kerap jumpa pakcik makcik aku di luar waktu Aidilfitri berbanding suami yang memang tunggu Aidilfitri baru berkesempatan nak jumpa (tu pun ada yang ter miss) rumah kosong takde orang.

Dan buat julung-julung kalinya Aidilfitri tahun ni berjaya disambut penuh kesederhanaan. Minimal lebih kurang, untunglah aku, famili sudi support.

Raya Pertama

 Raya Kedua

 Raya Ketiga

Raya Keempat

... dan raya kelima boleh agak apa baju raya aku (kami sekeluarga). Puas hati aku, pakai berkali-kali. Cuma ada baju yang aku dan Amni tukar pakai supaya nampak lain sikit kunun. Baju baru ada lima helai ja, biru tua satu set dan baju ala 'kelambu' warna hijau pastel. Yang lain recycle baju tahun-tahun-tahun-tahun lepas. Dan takde siapa pun tegur kami pakai baju tahun 2016 (baju melayu silver kembar dan suami) 😀.

Kelebihannya banyak selain berjimat cermat, kami sekeluarga juga balik kampung berbekalkan sebiji beg baju sederhana saiz, dan beg galas isi toileteries dan geng seumpamanya ja. Takdelah sado tangan aku nak berangkut-angkut beg baju almaklum kampung laki-bini dekat-dekat. Tu pun ada baju yang dibawa tapi tak dipakai. Otak jadi relax chill  tayah fikir nak-pakai-baju-apa, nak-pakai-baju-mana. Serabutkan otak tuk pilih nak-makan-apa, nak-makan-yang-mana ja tahun ni. 

Alhamdulillah, sikit-sikit aku berjaya meminimalkan satu lagi bahagian dalam hidup kami ~ Aidilfitri dan Insha Allah Aidiladha kelak juga akan begitu.

Bahagia pulak rasanya Hari Raya kali ni walau pun cutinya pendek. Alhamdulillah. 

Saturday, November 18, 2017

Souvenir vs Minimalist

Salam dari Senaling,


Aku up di Insta sal souvenir ni. Lama giler aku simpan. Dua puluh dua tahun. Kenangan perpisahan selepas SPM peringkat dorm di sebuah sekolah berasrama. Seingat aku masa dapat souvenir ni aku jadi kufur nikmat. Aku nampak orang lain punya lagi best. Aku punya? Sejenis permainan apakah ini? Sampai sekarang aku tak tahu namanya, aku tak pernah main, tak pernah nampak pun di mana-mana taman permainan di Malaysia. Tapi itu dululah. Skang ni rasa awesome lak. Aku syak permainan ni ada dalam taman permainan raja-raja. Kira putera-puteri raja je yang main ni.

Kali ni aku buat lagi sebuah entri khas untuknya. Alasan? Aku nak melepaskannya pergi. Being a minimalist, souvenir is one thing that you need to let go. Macam good-good aje nak declare diri sendiri minimalist. Walhal tersusun fridge magnetic dan medal kami satu famili. Hehe. Aku belum sampai tahap extreme, tapi melepaskan beberapa barang yang sudah tidak lagi digunakan adalah sangat best. Rasa lapang dan puas hati. Lebih-lebih lagi kalau itu barang roommate. Kehkeh

Bagi kawan Melaka yang pernah datang Negeri Sembilan, dan peliks tengok meja kerja aku tada barang, yeah inilah sebabnya beb. Mula dari ofis, barang sendiri senang nak let go. Perlahan-lahan ke rumah. Mula dari bilik tidur sendiri, bilik Amni (dia fan nombor satu bila aku kata nak minimakan barang), menular ke dapur dan terkini bilik kembar. 

Insha Allah minggu ni stor. Haaa yang ni agak mendebarkan sikit. Kena bersedia tuk gaduh-gaduh manja sebab... sebab... tayah bagitau lah 😜. Doakanlah agar segalanya berjalan dengan lancar. Kalau gaduh pun, gaduh yang membawa kepada bahagia berganda. Amiin.

Tips nak let go barang senang ja. Ingat tak bila kali terakhir guna barang tersebut? Kalau makan tahun, itu cukup tuk jadi petanda besar. Kalau tak ingat bila, dah hukum wajib let go dah tu.  

Aku biasanya akan let go pada kakak-kakak cleaner, kakak-kakak guard dan barulah kawan-kawan. Kadang-kadang ja aku let go pada famili. Jauh sangat tak tahan nak tengok barang tu lama-lama. Kang aku simpan balik kang. Tak pun ada tapisan kedua yang tanpa aku sedari, eh napa barang ni ada kat stor lak ni?

Last option, aku simpan-kemas-cantik barang-barang ni tuk di angkut oleh lori recycle. Kalau hero lori recycle berkenan, durang akan amik Insha Allah. Aku pernah gosok siap baju-seluar masa nak bagi kat orang. Kalau barang tu penampakannya awesome, kadar orang nak ambil lebih besar.

Kalau pada siapa berhajat nak bagi aku hadiah, tuk hari jadi tahun depan tahun tahun depan tahun tahun depan depan depan... hadiahkan aku pengalaman. Tak pun makanan. Pasti aku gembira 😊.

Agak-agak ada yang terinspirasi ta ngan entri aku kali ni? 
Kalau ada kita leh jadi geng. Sep sikit! Heeee...