Wednesday, July 17, 2013

6 & 7 Ramadhan 1434 H

Salam dari Jugra,

 Menu 6 Ramadhan :-
Mi goreng udang
Sotong Campur
Orange Sunquick Asam Boi
Tembikai dan Kuih Keria

Setengah-setengah orang panggil kuih gelang. Aku panggil kuih keria sebab macam antik sikit. Tah apa mimpi, teringin nak buat kuih keria. First time nak cuba buat. Memberku yang handal memasak tu kata, 3 biji keledek kecik, 1 tepung gandum. Aku pun buat macam dia bagitau. Sekali tu, masuk 2 cawan dah, teksturnya masih lembik. Lembik giler bukan main-main. Nak dibentuk pun susah ya hamat. 

Mari pendekkan citer. Jadi la juga kot bila habis kuih keria itu di makan. Amni lagi hebat. Tak salut gula lagi dia dah makan. Cumaaaaa...rasanya tak sama macam kuih keria. Rasanya lembut tapi ada unsur kekenyalan la pulak. Anggap jelah aku masuk sekali chewing gum dalam adunan kuih keriaku itu. Hehe.

Laporan post mortem ~ mungkin terlebih rebus keledek atau aku kena rebus sehari sebelum dan simpan dalam peti ais supaya air dari ubi tersejat. Nantilah aku cuba buat lagi. Takan mudah putus asa! Go Hana Go!


Ni pulak Menu 7 Ramadhan :-
Tomyam ayam
Kailan ikan masin
Ayam goreng kunyit
Air barli dan Kurma Akaks Mariani
dan penampilan istimewa -
Cucur ubi keledek berdaging


Cucur ubi keledek berdaging. Nama gah kan? Haha. Menu tak sengaja. Asalnya nak buat roti sardin salut telur. Tapi nampak leftover adunan keledek chewing gum semalam dalam peti ais. Terus terpikir, letak daging kisar, daun sup, daun bawang, garam, lada hitam dan bawang goreng. Goreng. Macam okay ja. Maka jadilah menu terperanjat di situ. Jadi roti sardin salut telur leh bawa ke hari lain. 

Setakat di tak pergi lagi Pasar Ramadhan. Menu berbuka pun belum lagi berulang baik air, side dish or main dish. actually aku penah buat macam ni dulu. Tapi masa tu pergilah juga tuk beli kuih sikit-sikit. Kali ni perbezaannya lansung tak pergi. Doakan misi berjaya hingga 20 Ramadhan. Kalau sampai 30 lebih bagus. Syok memasak weiiii...Ini serius...^_^

Maka pada masa akan datang, adalah dilarang mengeluarkan statement yang aku malas memasak, okay?

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Monday, July 15, 2013

5 Ramadhan 1434

Salam dari Jugra,

Hujung minggu adalah yang terbaik untukku sepanjang bulan puasa kali ni sebab aku takdelah mengantuk tak pasal-pasal. Ada kebarangkalian disebabkan aku tido leh tahan lama jugak semalam. Biasa tidur 15 minit atau kurang. Kali ni sampai 1 jam. Melampau kot. Nasib ja badan tak jadi lemau.

Paginya aku layan Running Man dengan Amni. Sambil lipat kain rasanya. Tapi atas laporan pemantauan abang kawasan, aku layan Running Man sehabisnya. Habis Running Man baru lipat kain. Eh...Eh...Macam palsu ja laporan tu. Yang penting final outcome. Sumer kain siap dilipat tersusun rapi dalam almari.

5 Ramadhan juga menyaksikan aku sorting kain baju barang yang aku tak guna tuk di infakkan. Banyak juga rupanya. Aku yang separa shophaholic ni pun dah banyak cenggitu. Cer bayangkan shophaholic tegar. Pasti lebih banyak. Tu baru master bedroom. Barang di bilik lain belum di sorting sepenuhnya. As usual, work by target. 5 Ramadhan kemas masterbedroom okey. 6 Ramadhan bilik kembar? Seems this method working successfully either at workplace or at home. Yeah...Ku gembira...Mungkin inilah dia kebahagian. Satu hari di Hari Raya...(lagu raya mood walhal baru puasa 5 hari...T_T)


Menu 5 Ramadhan :-
Ayam Masak Lemak Kuning
Colorful Mixed Vege
Ulam-Ulam Sambal Belacan
Fried Popiah ala Running Man
Soya Cin Cau
Kurma Akak Mariani

Amni tolong aku memasak. Beriya dia nak tolong. Secara seriusnya, menguji kesabaran bila dia tolong sama. Suh goreng belacan dia tumpah-tumpahkan bila mengacau belacan di kuali dalam kadar pecutan yang agak tinggi, suh kupas kulit keledek, habis berterabur atas lantai. Aku faham itu proses pembelajaran. Cuma sebab aku berpuasa, suhu badan cepat naik tak pasal-pasal. Anyway thank you sayang. Mudah kerja ibu Amni tolong sama. Nanti dah besar kita gosip sama-sama sambil masak okay. Hiks.
 
Sambal belacan tu dia yang tumbukkan dengan begitu padu dan bersemangat. Aku rasa satu blok PS2 tahu kami berbuka dengan sambal belacan petang tu. Hehe

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Sunday, July 14, 2013

4 Ramadhan 1434 H

Salam dari Jugra,

Rupanya berpuasa ketika cuti tidak pun mengurangkan kadar kemengantukanku. Tak best betul bila selepas bersahur aku mengantuk. Konsisten seperti waktu hari bekerja juga. Tapi yang positif nya ialah, ini bermakna aku mengantuk bukan sebab malas nak bekerja. Ini adalah sebab jam biologi aku dah bertukar.Wah...bukankah itu merupakan perkhabaran gembira? Sebenar-benarnya aku tak malas la u alls.

Namun perasaan tido selepas sahur atau selepas subuh untuk aku memang sangat-sangat aku tak suka. Macam-macam aku cuba buat untuk mengelakkan tido di pagi hari ni. Dahla cuti, kalau bekerja ada gak kawan-kawan nak bersembang. Paling tidak aku cari jalan tuk pekenakan students ku. Eh? Haha

Aku buka FB, update blog, main Candy Crush. Mengantuk masih maintain beraja di jiwa. Nak kemas umah aku hold jap. Nanti tunggu kembar bangun baru kemas sebab kalau dorang bangun desktop ni memang hak milik kekal dorang tuk layan Otomen. Sudahnya, aku gi YouTube. Search keyword - Joget Pahang. Jumpa Line Dance Joget Pahang yang ngam tuk aku jadikan step tambahan SIPMA. 

Nama Joget Pahang. Tapi koreografernya dari Kota Kinabalu, Sabah. Betul-betul melangkau sempadan. Mengajar students tentang Copyright, Intellectual Property, Netiquette etc... Haruslah aku kena minta izin tuk gunakan koreografernya. Dengar tu pelajar-pelajar sekalian. I mengaplikasikan apa yang I ajar kat u all. So, u all juga harus begitu. Faham? Tengok? Sampai ke blog aku mengajar. Nampak tak betapa bersemangatnya aku nak pergi kerja. Ehemmm... (KU sila take note..Haha)

Maka kantukku terhapus pada 4 Ramadhan dengan berlatih step lagu Joget Pahang. Sampai sakit kaki dibuatnya. Bulan Ramadhan orang berzikir, baca Al-Quran, beribadat...aku berjoget. Seram tak? Aku juga teringin nak beramal ibadat sebab aku ni bukannya baik pun. Tapi insan lemah macam aku ni, harap korang mengerti...T_T


Menu 4 Ramadhan :-
Sup Ketam Berempah
Ikan Goreng
Telur Asin
Kangkung Goreng Belacan
Bubur Kacang Bersagu
Tembikai Laici
Dan Kurma Kak Mariani

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Saturday, July 13, 2013

3 Ramadhan 1434 H

Salam dari Jugra,

Berpuasa semasa cuti. Maknanya boleh memasak juadah yang lebih komplikated seperti nasi tomoto, nasi beriyani atau sewaktu dengannya. Janganlah bulatkan mata bila aku cakap nasi tomato/nasi beriyani adalah juadah yang komplikated. Mungkin ada orang boleh masak dua menu ni sambil pejam mata. Tapi kalau aku yang masak sambil pejam mata. mungkin nasi tomato/nasi beriyani tu tidak akan menjadi seperti nasi. Ada kebarangkalian berubah menjadi puding karamel.


Menu 3 Ramadhan :-
Ikan Masak Tau Cu
Cendawan Tiram Bebola Ikan 
Ayam Goreng Kunyit
Kuih Sagu
Tembikai, Kurma dan Cau Cin Cau

Plan asal nak buat buah melaka, tapi sebab aku nak kerja senang aku buat dulu kuih sagu yang tidak diketahui apakah nama sebenarnya. Citernya, bersembang dengan rakan kesayangan hamba di wasap. Dia mention sal kuih sagu warna merah lembik-lembik. Haha. Dia pun tak tau nama kuih ni. Terus teringat mak cakap, kuih paling senang nak buat di alam semesta ialah kuih sagu ni lah. Mak boleh buat pejam mata. Mak aku okeh, aku? Jangan harap. Kalau pejam mata tandanya aku tido.

Petang tu call mak, tanya macam mana nak buat. Secara teori aku tau, tapi mesti tanya juga sifu. Yang sebenarnya aku tak call lagi mak bulan Ramadhan ni. Bagus tul anak mak yang ini. Dahlah degil, kurang prihatin lak tu. Maaf mak. Hari tu kan kita dah peluk-peluk, jadi kira halal la ya mak ya...*wink wink*

Mak pun bagitau, rendam sagu, masak air panas dulu, dah menggelegak kuarkan air tu tinggalkan sedikit ja dalam periuk. Masukkan sagu, gula dan pewarna dalam kadar agak-agak. Agak-agak? Aduiiii part agak-agak yang aku paling berdebar. Orang sains cam aku mana main agak-agak. Mesti bagi detail mak. Masalahnya mak aku bukan orang sains. Jadinya, agak-agak pun agak-agaklah...T_T

Pendek citer, siaplah kuih sagu ku dengan penuh gaya. Kurang manis lak tu. Memang mengamalkan gaya hidup sihat aku ni (yang sebenarnya aku salah agak). Tapi tuk kali pertama, selayaknya aku dapat 7 markah per 10. Hehe. Aku bagi markah pada diri sendiri okay...^_^

Eh!TuAjelahKali.Bye!

Friday, July 12, 2013

2 Ramadhan 1434 H

Salam dari Jugra,

2 Ramadhan sudah. Terasa masa cepat berlalu. Mungkin sebab aku sengaja menyibukkan diri dengan kerja -> masak -> aerobik/basket ball -> berbuka -> tarawih -> tido -> masak sahur dan pusing semula gi kerja. Setakat 2 hari, inilah rutin hari-hariku. Bila macam ni maka cepatlah masa berlalu. Ta da masa nak melangut. Tapi ada masa nak men Candy Crush.Hehe.

Model dalam gambar di atas tidak berpuasa...@_@

Menu 2 Ramadhan :-
Cencaru Membakar Diri
Air Asam Bukan Sebarang
Ikan Masin Pangkor Goreng Bawang
Air Laici Comel Dalam Jug
Masak Lemak Taugeh Campur Campur
Jemput Carik Carik Daging Ayam Lama Lama Bercantum Jua

Masak tak banyak pun tak habis makan. Inilah realitinya bila berpuasa. Satu hari nanti nak masak nasi ngan telur goreng ja. Pastu upload di FB. Dapat kot 341 likes. Haha.
 
Satu perasaan yang tak best masa puasa ni ialah perasaan malas. Keja macam hapa, patutnya lebih produktif kan? Ini menguap ja dalam kadar 1 nguapan per 5 minit. Hadoiiii. Sungguh ta syok. Jadi sebelum aku melarat macam ni sampai akhir Ramadhan ada baiknya aku letak target

Contohnya hari ni, aku target tuk siapkan RPM, kehadiran pelajar haruslah terkini, masa budak wat praktikal, sambil-sambil jenguk pelajar, sambil-sambil betulkan portal dan update buku tutorial. Siap cepat, gasaklah aku nak main Candy Crush atau whatever aktiviti yang aku nak wat. Nak menguap macam harimau pun takpe. Janji capai target. Berbaloi kot cenggitu.

Nak baca Quran pun aku letak target. 10 ayat satu hari. Melampau kan? Orang lain satu juzuk satu hari. Aku 10 ayat je. Tanak letak target yang tak mampu ku capai. Perasaannya sangat tak best. Sebab tahun-tahun sebelum ni, setengah Quran ja dapat. Tu pun aku rasa baca seperti tak ikhlas. Ikut pendirian masing-masing la kot. Kalau tuk aku yang tah hapa-hapa ni. 10 ayat sehari sudah memadai. Dapat lebih alhamdulillah. Tapi ta mo kurang! 

Nak kena angkat hamper la pulaks.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Thursday, July 11, 2013

1 Ramadhan 1434 H

Salam dari Jugra,

Selamat berpuasa sumer. Alhamdulillah di pertemukan dengan Ramadhan pada tahun ini. Syukur. Ramadhan kali ini berhajat sangat nak memasak sepenuh hati. No bazir at bazar Ramadhan. Selama ni pun, aku jarang wat giler borong makanan di bazar, tapi penah jugaklah buat sekali dua kali setahun. C'mon I'm typical Malaysian tau. Hehe.

Dan ikut pengamatan juadah yg puas hati, sedap dan berbaloi untuk dimakan ialah juadah yang gerainya orang beratur paling panjang untuk membeli atau yang cepat tutup sepertinya jam 6 dah siap-siap kemas tempat. Ah...aku dahlah species tak suka beratur, tak suka sesak dan tak suka ramai orang. Pendek citer, masak sendiri je lah.

Menu berbuka 1 Ramadhan:-
Set Nasi Ayam Satu Jiwa Satu Cinta
Sandwich Rasa Sayang Sayang Yeah
Chrysanthemum Tea Say You Say Me
Kurma Mariani Berbunga Kasih

Tu Aje

Tapi seperti biasa masa berbuka aku makan kurma dan teguk air macam hape. Haus weh. Makan satu setengah sandwich dan Alhamdulillah. Kenyang! Makan supplemen dan terus ta makan apa-apa sampai sahur. Ini macam turun la jisim aku. Aku timbang satu hari sebelum Ramadhan, jisim aku adalah 63kg. Jadi bajet nak turunkan sampai 57kg. Raya naik 2 kg. So maintain kat 59kg. Dahsyat tak aku wat kira-kira? Siap mempertimbangkan suasana Hari Raya lagi tu.

Bulan puasa ni aktiviti Majulah Sukan Untuk Negara berjalan seperti biasa. 30 minit sehari dari Isnin sampai Khamis. Isnin -> Rabu senamrobik SIPMA. Khamis untuk Basketball KAKOM. Masa nak pergi tu, berat tul kaki nak melangkah macam ada beban 75kg kat sebelah kaki. Dua belah dah 150kg tu. Kalau tak sebab latihan SIPMA, tak turun dah aku ke bilik senamrobik. 

Tapi bila dah mula senamrobik dengan 40 orang students, rasa seronok la pulak. Lagi-lagi budak-budak tu bersemangat habis walaupun nak wat high impact aerobic. Best dapat mengeluarkan peluh. Kebaikan bersukan ni tak perlulah aku wat huraian macam wat esei Bahasa Melayu Kertas 1 STPM. Korang sendiri tahu. Cuma nak citer ja yang bersenam masa berpuasa adalah logik dan setakat semalam tiada seorang pun pengsan masa wat lompat bintang.^_^

Tarawih setakat ini Alhamdulillah berjaya dilaksanakan walaupun bersendirian menunaikannya dalam rasa kantuk  yang bukan calang-calang. Alah, you alls pun begitu juga kan? Kan? Kan? Paling tak leh blah, selalu ta ingat dah berapa rakaat aku solat. T_T

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Thursday, July 4, 2013

Kinabalu Mood

Salam dari Jugra,

Hasil tangkapan masa energy masih gud-gud gitu menggunakan Samsung Galaxy Note I #tujayangtermampu. Masa energy diparas bahaya, yang aku mampu ingat ialah untuk sampaikan diri ke Laban Rata sahaja.

Flora at Kinabalu via Mesilau trail. Spectacular view, people!
Must go and see with your own eyes!

Untung sangat tak jumpa fauna yang extreme eg:polar bear on the way ke Kinabalu. Setakat burung-burung comel macam icon twitter tu pedehal. Aku dah perasan satu perangai aku yang leh di kategorikan sebagai degil. #ehakumemangdegilpa

Suka mendaki sensorang. Bila ada kawan jadi serabut perut. Dia cepat ko stres. Dia lambat pun stres. Baik sensorang walaupun sebenarnya tak berapa nak digalakkan. Kalau jadi hapa-hapa...cramp ke. Ditegur bunian comel tahap Neelofa ke. Cane?

Jangan ikut macam aku k.

Eh!TuAjelahKali.Bye!