Salam dari Jugra,
Berpuasa semasa cuti. Maknanya boleh memasak juadah yang lebih komplikated seperti nasi tomoto, nasi beriyani atau sewaktu dengannya. Janganlah bulatkan mata bila aku cakap nasi tomato/nasi beriyani adalah juadah yang komplikated. Mungkin ada orang boleh masak dua menu ni sambil pejam mata. Tapi kalau aku yang masak sambil pejam mata. mungkin nasi tomato/nasi beriyani tu tidak akan menjadi seperti nasi. Ada kebarangkalian berubah menjadi puding karamel.
Menu 3 Ramadhan :-
Ikan Masak Tau Cu
Cendawan Tiram Bebola Ikan
Ayam Goreng Kunyit
Kuih Sagu
Tembikai, Kurma dan Cau Cin Cau
Plan asal nak buat buah melaka, tapi sebab aku nak kerja senang aku buat dulu kuih sagu yang tidak diketahui apakah nama sebenarnya. Citernya, bersembang dengan rakan kesayangan hamba di wasap. Dia mention sal kuih sagu warna merah lembik-lembik. Haha. Dia pun tak tau nama kuih ni. Terus teringat mak cakap, kuih paling senang nak buat di alam semesta ialah kuih sagu ni lah. Mak boleh buat pejam mata. Mak aku okeh, aku? Jangan harap. Kalau pejam mata tandanya aku tido.
Petang tu call mak, tanya macam mana nak buat. Secara teori aku tau, tapi mesti tanya juga sifu. Yang sebenarnya aku tak call lagi mak bulan Ramadhan ni. Bagus tul anak mak yang ini. Dahlah degil, kurang prihatin lak tu. Maaf mak. Hari tu kan kita dah peluk-peluk, jadi kira halal la ya mak ya...*wink wink*
Mak pun bagitau, rendam sagu, masak air panas dulu, dah menggelegak kuarkan air tu tinggalkan sedikit ja dalam periuk. Masukkan sagu, gula dan pewarna dalam kadar agak-agak. Agak-agak? Aduiiii part agak-agak yang aku paling berdebar. Orang sains cam aku mana main agak-agak. Mesti bagi detail mak. Masalahnya mak aku bukan orang sains. Jadinya, agak-agak pun agak-agaklah...T_T
Pendek citer, siaplah kuih sagu ku dengan penuh gaya. Kurang manis lak tu. Memang mengamalkan gaya hidup sihat aku ni (yang sebenarnya aku salah agak). Tapi tuk kali pertama, selayaknya aku dapat 7 markah per 10. Hehe. Aku bagi markah pada diri sendiri okay...^_^
Eh!TuAjelahKali.Bye!
No comments:
Post a Comment