Tuesday, January 21, 2020

Jamboree Moncheh 2019

Jamboree penutup bagi tahun 2019. Kira pertama kali menghadiri Jamboree di Gemencheh Negeri Sembilan. Tahun ini penyertaan jamboree untuk aku agak perlahan. Itu pun nasib-nasib suami bersemangat hiler. Dia yang beriya, ikutkan aku malas. 

Macam biasa, aku memang malas nak MULA bersenam. Tapi bila selesai bersenam, seronok pula. Perangai-perangai menghampiri usia emas agaknya. Kahkah.

Jamboree Moncheh ialah jamboree paling seronok aku sertai setakat ini. Walaupun jaraknya menghampiri 40km tapi okay. Aku suka. Selama aku sertai jamboree tak pernah tak sengsara. Terpaling sengsara di Jamboree Kota Warisan 2017. Taubat lahum aku tak mahu sertai lagi jamboree sebegitu.

Bukit ada (nama pun jamboree) tapi pandai penganjur selang seli kan bukit-bukit ni. Naikkkkk.... pastu turunnnnn... naik turun naik turun lebih kurang pattern nya. Suka suka suka. Aku pesan ke suami, nak jamboree macam ni. Suami kata, jamboree ni dipanggil jamboree fast trail. Tak kisahlah apa namanya. Tapi aku nak yang macam ini juga di masa hadapan. Insha Allah, moga masih dikurniaiNya kekuatan ini.

Medal pun comel dan colourful!

Lemang dan rendang maman u ollls. 

Suami paksa berhenti di checkpoint ni. Ikutkan aku malas, nak cepat habis kayuh. Disebabkan keinginan untuk jadi isteri mithali tu tinggi, aku turutkan jua. Bila dah berhenti, dah hiler nak amik gambar lak. Berapa kali take ni, marah pula suami kita. Haha.

Jamboree kali ni banyak gambar sebab banyak jurufoto. Yang ini dari Engku Iskandar.

Dari mzn (nama singkatan, nama penuh tak tahu)

Dari Lynn.

Menjerit ketakutan bukan kegirangan apatah lagi keterujaan.

Suami kita rajin cari dan sorting gambar kami dari ribuan gambar-gambar di Facebook.

Selain rajin, suami kita juga eksyen... Gambar dia terlentang lepas eksyen di atas tak sempat pula dirakam.
Kalau tak, pasti lejen...

23 November 2019
Gemencheh, Negeri Sembilan

Sunday, January 5, 2020

Ada Azam Baru? Sila T U L I S

Antara yang tersenarai dalam azam tahun 2020 ialah aku ingin meningkatkan kemahiranku berfoto menggunakan smartphone (Samsung A7 2018). Aku dah aim lama azam ni, lama tak lama, adalah dalam dua ke tiga tahun lepas. Cumanya melayang-layang dalam fikiran, "Nak ambil gambar cantik-cantik ala pro, tapi guna smartphone ja".

Itulah, bila main layang-layang macam tu aje, tindakan kurang, tak jadi apa heh.
Bulan September tahun lepas, Amni ajak aku beli organizer untuk 2020 (awal gilz), aku angguk setuju.
Bila organizer dapat awal, aku belek-belek, aku mula T U L I S sikit-sikit apa yang aku mahu untuk tahun 2020 (pada bulan Oktober tahun lepas (awal gilz))...

Geng basikal...

...Kolej Matrikulasi Selangor.

Geng panjat...

... Rumah Api...

...Bukit Jugra...

...Kolej Matrikulasi Selangor.

Aku P E R A S A N semua gambar-gambar yang aku ambil boleh tahan cantiknya hehe

Ceritanya, selepas aku T U L I S azam bersama tindakan apa yang aku patut buat untuk capai azam tersebut; aku mula membaca segala tips tau info berguna berkenaan smartphone photography melalui Internet. Alhamdulillah. Sempurna di mataku dan dengan hasil yang macam ni pun aku dah gembira syok sendiri. Kawan-kawan yang aku ambil gambarnya, pun gembira.

Katanya, "Hana ada, banyak gambar. Cantik-cantik pula tu".
Bahagian kedua ayat di atas, aku tambah sendiri yeah 😁

Friday, January 3, 2020

Selamat Datang Tahun Dua Ribu Dua Puluh

Alhamdulillah dipertemukan dengan tahun dua ribu dua puluh, satu pandangan jauh...

Azam tahun baru? Ada!

Azam tahun baru aku tahun ini ialah - tiada yang sempurna, tak mahu jadi sempurna, takkan jadi sempurna, terima seadanya.

Tahun-tahun sebelum letak azam kemain, bila tak tercapai aku stress sendiri macam tuttttt... Sekarang ni aku just follow the flow, seiring dengan doa semoga Allah beri kebaikan kepada kami sekeluarga dunia dan akhirat.

Semudah itu. Faktor usia. Mungkin 😁


Monday, September 23, 2019

Makan

Jam 0800 selepas bersarapan, sekilas hati berbicara "Kenyangnya, tak perlu lunch  hari ini."

Jam 1230 kawan ajak ke kafe, eh laju ja jawab "nakkkkkk..." 😋

Friday, August 2, 2019

30 Day Minimalism Game - Day 5

I'm back into this game.

Pendekkan cerita, game ni nice. Aku suka. Aku berazam untuk meneruskannya hingga hari ke 30. Tapi bukan setiap hari berturut-turut. Asal jalan. Asal minimal. Jom...

Buku ni bukan aku punya tapi aku jumpa atas meja aku. Kononnya nak membaca, nak praktis. Tapi.. Jadi aku letak di rak buku unit. Kongsi ramai-ramai, Insha Allah empunya buku dapat pahala.

Satu lagi buku, pun bukan aku punya. Simpan tuk acah-acah nampak seperti "guru pembina negara bangsa" bila atas meja ada banyak buku. Pindah letak di rak buku unit.

Sekarang, Ujian Pertengahan Semester (UPS) dimansuhkan di matrikulasi sejak 2015 (rasanya). Banyak juga perubahan silibus, tak relevan rasanya menyimpan. Panduan lain pun kemain banyak sampai tak sempat pun nak rujuk. Recycle.

Serpihan divider pun nak simpan kahkah. Tah apa motif. Mungkin pada awalnya aku berangan untuk dapat drawer lebih besar? Recycle.

Satu lagi benda yang aku simpan dengan tagline, "nanti nak guna".

Lima benda untuk hari kelima. Setakat ini apa yang aku perasan ialah tagline "nanti nak guna" tu menjadi salah satu punca aku menyimpan barang yang kurang memberi impak sebenarnya. Kalau betullah hari "nanti nak guna" tu tiba, percaya tak yang kau akan terlupa atau cari tak jumpa benda "nanti nak guna' tersebut. 

At the end, beli juga yang baru. 

Sunday, July 28, 2019

Slow Living : Boundaries.

Establishing, maintaining and encouraging boundaries (katanya)

In our life, it's important to set the boundaries.

So far, I am success setting workout boundaries (tepuk tangan).

Weekday : Before 1700, automatically stop all works, then prepare myself for workout.
Weekend : Find time to workout, no matter what.

More boundary(ies) is coming. Soon.

Friday, July 12, 2019

30 Day Minimalism Game - Day 4


Satu... Dua... Tiga... Empat...

Ngam empat barang untuk hari keempat.

Untuk hari keempat, barang yang aku pilih ialah dua wallpaper warna hitam dan dua batang empulur yang keras tu. Lucu pula rasanya sampai empulur keras tu pun aku simpan, adalah dalam dua bulan. Cerita wallpaper dulu. Bila jejak semula ke ofis di KMS, tiba-tiba teng! dapat idea tuk buat satu ruang aku gelar ia Wall of Appreciation.

Teaser. Kemain.


Nantila aku cerita apa ke projek aku ni... bila siap sepenuhnya. Tak siap sebab tak cukup helai nak cover wall seperti yang dirancang. Pergi ke DIY, tak jumpa cari warna sama. Ketulahan mungkin, sebab rembat suami punya wallpaper sebenarnya huhu.

Lebihan, wat DIY kotak laptop ni pula. Elegan bukan?

Habis cerita wallpaper. Seperti yang aku bagitahu di entri sebelum, this game is not all about throwing-everything. It is something that you kept (for quite a number of time) for no reason. Actually with a reason but not-so-strong-reason. Macam wallpaper ni, aku simpan sebab nak buat projek Wall of Appreciation, tapi tangguh punya tangguh. Main minimalism game, baru jalan projek tersebut.

Next, empulur keras. 

Alamak tak cukup masa, aku nak kena breakfast. Jam 8.00 pagi khabarnya tayar bas golek gerak ke KM Perlis. Moga dipermudahkan urusan kami dan beroleh kejayaan. Moga Allah izinkan.

Minimalism Game hari seterusnya tangguh lu, tak terdaya aku nak getting rid barang diperantauan. Barang yang aku bawa ke Perlis ni pun dah habis minimalist rasanya.