MC (Medical Certificate) atau dalam Bahasa Melayunya sijil sakit memang sangat tersohor terutamanya kepada org yg malas nak gi keje. Perasan tak? Klinik akan penuh pada Isnin dan Jumaat. Muka yg dok kat kerusi klinik tu, segar bugar je.Tapi gi klinik. Iskk, tak baik buruk sangka!...^__^
Sabtu lepas, kaki aku terkehel sebab asyik pandang ke atas langit tengok kapal terbang AirAsia, sampai lupa nak pandang ke bawah tengok bumi. Nape la kaki kedai ni suka buat bertingkat-tingkat, buat je la straight, jimat bahan binaan. Nak salahkan kaki kedai la pulak! Hehe.. Kesannya, buku lali bengkak dan jalan pun terdengkut2. Sakit la weiiii! Dah la Isnin bakal bz body ngan kelas dan nak uruskan kuarters. Dan aku memang tak suka nak amik MC ni. Kalau aku amik gak biasanya kalau idak flu, sah aku stress!
Dan aku nak bagi tau maybe dah ramai yang tau, pe yang patut dibuat kalau kaki terkehel.
1. Jangan pegi urut! Ia akan memburukkan lagi keadaan.
2. Kena jer, beli ais RM1 kat 7 Eleven, balik rendam kaki dalam air+ais selama...? Ala aku tak timing la plak. Tapi sempat la baca majalah Wanita 57 mukasurat. Ais tu leh simpan buat 2 kali lagi rendam. Tapi kalau korang nak bersedekah kat 7Elelven pun takde masalah. Beli la 4 bungkus ais. Sebab kes rendam ni kena wat 2 hari, pagi dan petang.
3.Abis rendam, tunggu jap biasanya aku mandi lepas tu then sapu ngan minyak panas dan bandage. Cara balutan, ikutla ati perut korang asal tertutup dan bahagian sendi tu takleh nak bergerak bebas dengan jayanya.
Hasilnya, hari Isnin aku leh tekan klutch keta aku yang keras tu dan sampaila aku kat Kolej hari ... Tak MC pun tau.....
Monday, January 31, 2011
Sunday, January 30, 2011
...resepi bfast... (bagi ibu-ibu yang tak pandai masak)
Siapa ibu-ibu yang tak pandai masak? Aku! (Sambil angkat tangan ala2 nak jawab soalan matematik dalam kelas) Pagi-pagi ni bukak mata, dahla lambat bangun, mende pertama yg aku fikir ialah breakfast tuk anakanda. Barang-barang dapur dah out.Yang tinggal hanyala telur 6 biji, roti dan toaster. So, be kreatif pagi2 ni, walaupun hujan turun dari subuh tadi...
Rancangan asal, aku nk bagi anakanda mkn roti bakar + kaya then telur separuh masak. So, aku pun wat telur separuh masak. Dah 33 tahun hidup, baru 3 hari yang lepas aku pandai wat telur separuh masak! Kalau tidak asyik jadi telur kenduri kawin jer. Sambil tu toast roti, sapu kaya then bahagi 4. tapi si twin demand lak taknak makan roti tu...Sabar je la. Dahla bahan2 limited! Twin nak telur! So, sapa nak mkn roti ni?
Aku pun wat keputusan menggunting-gunting roti tu kecik2 dan campurkan sekali ngan telur separuh masak... presentation memang out of order. Ke laut cina selatan. Tapi rasanya...jeng jeng jeng... hingga menjilat jari..
Kesimpulannya-jumpa rumus baru matematik yang memang tak boleh diguna pakai dalam PMR, SPM apatah lagi.....hehe
(6 telur+4 roti bakar)/(ibu+anakanda kenyang)=ibu leh berblog.. ^__^

Saturday, January 29, 2011
...Mungkinkah Yang Terakhir..?
Setelah difikirkan masak2.....
Setelah difikirkan penat, letih, lelah, jerih.....
Setelah dibuat congak, tambah, tolak, darab dan bahagi...
Setelah dibuat perhitungan yang melibatkan hati dan perasaan...
Aku rasa......
AKU PATUT BERPINDAH KE BANTING!
Rasanya aku dah naik bendera putih tanda surrender....
Tak larat nak drive ulang alik 1 jam dari Puchong ke Banting....
Jalannya teruk.... Keta jadi comot, lintang pukang...
dan yang paling penting aku dah lama tak mengasah skil memasak...
dahla memang tak pandai memasak... bertambah2 la tak pandai .....
dan semuanya husben buatkan....
memang rasa failed tahap gaban jadi isteri....
kul 8 malam mata macam ditarik-tarik.....
NGANTUK!!! Aku semulajadinya memang ala-ala Sleeping Beauty...
Dan hari ni aku ke stadium MPSJ... berjaya lagi jog 1200m, berjalan 1600m....
mengamati suasana di sani.... banyak kenangan di sini...
di sini la aku tengok ex students kesayanganku....
berlari, berjalan pun banyak sebab tak lalu nak lari,
meng'gedik's, memberi sokongan, menjerit dan bergosip...^__^
...Mungkinkan hari ini hari yang terakhir untuk aku merasai suasana itu...?
Iskkk...Sedeyla plak......Macamla nak gi oversea futher study kat Switzerland
Padahal kat Kolej Matrikulasi Selangor, Mukim Jugra, Banting, Selangor, Malaysia....Cehhhhhh....

Friday, January 28, 2011
Cara-cara nak makan Som Tam sambil drive......
Hari ni saya akan bagitau cara-cara nak makan Som Tam sambil drive....
(Berdasarkan pengalaman sebenar...^__^)
1. Pastikan Som Tam tu di bungkus dalam polisterin dan diletakkan dalam plastik
2. Sebelum drive, letak plastik tu atas peha dan buka polisterin siap-siap
3. Then drive..... tak perlu sudu dan garfu... pakai tangan jer
4. Tangan kiri handle stereng, tangan kanan... makanla....
5. Selamat mencuba.....hehe
*sebarang kemalangan adalah tanggungjawab sendiri yer..... saya taknak bertanggungjawab!
*ini kaedah tuk makan Som Tam jer... makan mihun sup, laksa sarawak, mi goreng mungkin berbeza.
Terma dan syarat :-
Hanya boleh diaplikasikan di jalan-jalan persekutuan dan bandaran jer.
Contohnya Jalan Kebun, Jalan Sukapi, Jalan Kg Lombong....
Lebuhraya....? JANGAN!!!
Som Tam ialah sejenis salad yang diperbuat daripada betik muda, cili, limau dan lain-lain.
Inilah Som Tam. Makanan dari Thailand. Tapi made in Pantai Kelanang.

Thursday, January 27, 2011
Sedetik Lebih.... Wowwww....! Mesmerizing@Terkesima
Anuar Zain - Sedetik Lebih
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku... ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

**kredit untuk http://printlyrics.blogspot.com/2010/12/anuar-zain-sedetik-lebih.html
sebab aku copy paste lirik ni dr sana...Thanx...Sharing Is Caring....
Semenjak drive 1 jam mengulang dari Puchong ke Banting nih, rajin lak aku mendengar HotFM....
Banyak lagu yang aku suka ... kalau sebelum ni tak pernah pun amik pot... antaranya Senyum, Terus Terang, Kalau Berpacaran dan suka lagu2 yang catchy sket... tuk meredakan ngantuk aku...
TAPI lagu Sedetik Lebih ni confirm tak catchy, memang slow giler...
biasala Anuar Zain kan... lagu dier memang mendayu2 gitu.......
First time dengar... mak aiiiii... memang tak berkenan lansung... dah la aku mengantuk... mengantuk lagi...
2nd time .... layannnnn....
3rd time.... leh tahan gak...
4th time... best best.........
5th time .... oh lagu ni...sambil kuatkan volume...
6th time .... berduet ngan Anuar Zain....
7th time ..... baru la aku amati liriknya......
Ketika ini la aku mesmerized atau dalam melayunya terkesima ....kotttt....
tak sure... English Teacher..Helpppp!!!
Hebatnya cinta lelaki ni.... yang pada pendapat aku macam tak wujud jer dalam dunia ni....
Sama seperti aku macam tak percaya dengan cerita cinta yang hebat dr lelaki pada wanita dalam novel, cerekarama, filem, cerpen, teater ......
kalau cinta makhluk pada Allah.. tu aku percaya tanpa keraguan...
tapi kawan aku cakap... takde mende yang mustahil di dunia ni.....
Kalau aku betul2 mengalami.... baru aku percaya kott.......
Pssstttt... ada sapa2 yang nk jadi volunteer cintakan aku macam ni...kihkih
Tapi Rossa cakap dalam Hey Ladies.....
Sudah ku bilang.. Jangan terlalu yakin....
Mulut lelaki banyak... Juga tak jujur...
Kalau sakit hati.. Wanita bisanya nangis...
Sudah ku bilang.. Jangan terlalu cinta...
Kalau patah hati... Siapa mau nolong...
Bagai langit dan matahari...Tak bersatu lagi....Hey Ladies...sambunggggg
Komen skett frenz..... hehe...
*Pada yang sakit hati.... tarikkk nafassss......jangan lupa hembus ye... ^__^

Labels:
sedetik lebih
Wednesday, January 26, 2011
...gerenti M.E.R.A.H...no doubt!
Pernah main kutu? Aku pemain kutu yang tegar sebab dengan duit kutu aku boleh beli macam-macam mende tanpa hutang! Bagus kan?
Oh Oh... pe hubungan@skandal K.U.T.U ngan M.E.R.A.H lak?
Alkisahnya....? Semalam hari gaji dan turn Si Bongsu dapat kutu. Semalam aku gi bank, mesin ATM cakap..."OUT OF SERVICE".... So, aku memang plan hari ni terpaksa gak gi bank di Banting, on the way nak ke kolej. Sebab mesti bayar gak duit tu hari ni pada Si Bongsu dan malas nak kuar time tengah hari....
*Pssstttt...semalam tengah hari kami kuar lunch di Pantai Kelanang... lambat balik 30 minit.... Segan ngan Pak Guard...^__^
Bangun lambat lak pagi tadi. Dengan lajunya aku drive sebab nak gak singgah bank, dan akhirnya berjayala mengeluarkan duit. Sesampainya di kolej....Ruang legar punch card memang clear giler, takyah berebut2, bersesak2 seperti selalu sebab dah jam 8.02 pagi....kihkih dan gerenti M.E.R.A.H la jawabnya.... tanpa keraguan walau sekelumit!
So, betulkan K.U.T.U dan M.E.R.A.H ada hubungan@skandal....?......^__^
*Leh tak korang pikir sendiri moral of the story hari ni...Aku penat nak fikir selepas menyiapkan laporan kursus yang sepatutnya bukan aku yang buat....sambil menyanyikan lagu...."Inilah barisan kita... yang ikhlas berjuang..." ....korang sambung sendiri ek...
Tuesday, January 25, 2011
.....semalam pelangi,... hari ni...grrrrrrrr...grey!
Iskkkk.... pagi2 wat aku hilang mood.... 6:18 pagi lagi.... time aku kelam kelibut nk bersiap gi kolej!
Tak suka! Tak suka!
Aku tau aku tak sweet tapi aku baik hati. Tapi tolongla jangan ambil kesempatan atas diriku ini...
Aku memang suka membantu rakan2 tercinta tapi alasan ...."Mmg aku yg patut ganti, tapi terlupa..."
Apa tu....? Leh lak plan nak TERRRRRRlupa..... Tolong la!
Ada sapa2 nak pinjamkan telinga ke, bahu ke, tuk aku mengadu domba...?
Pe pun, hari ni masih lagi bukan BLACK....! GREY better.... sebab GREY looks exclusive....
Even Pewter is Grey.....
Buat yang care sangat kat aku.... Tima kasih yer..... Mendengar celoteh aku pagi-pagi....

Monday, January 24, 2011
... Isnin saya penuh dengan pelangi,
so pls jgn tukar warnanya jadi Black... nape asal Isnin jer Black... asal Isnin jer Black...
Kesian kat Monday tau..... ada lagi 6 hari lain... nape Monday gak jadi Black...?
Kalau la Monday tu boleh berkata-kata, mesti ia akan cakap...
1. Aku teringin gak diwarnai dengan warna warni, senang citer pelangi laa.....
2. Takde aku, takdela Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad..... tau!
3. Aku tau sebab apa orang kata Black Monday, sebab hari pertama kerja kan...? Pe kata korang bisik kat telinga bos kesayangan korang dan mintak hari Selasa keje sampai hari Sabtu..... Gerenti hari Selasa lak jadi Black...kihkih
Buat orang2 yang aku sayang.... warnaila Monday dengan warna lain..... tak suka pelangi sebab serabut (ada 7 warna kannn?) jadikanla warna ungu ker, merah ke, pink ke, indigo ke, turqoise ke... banyak tau warna kat dunia ni....... so, start next week no more Black Monday... no matter what, no matter how....
kena marah? kena sindir? kena buli? kena jeling? ...... senyum je.... awak senyum kan sweet!

Sunday, January 23, 2011
hepinya hari ni...lalalalaaa laaa....^__^
sebab apa aku hepi :-
1. hari ni aku berjaya berjalan sejauh 1600 m dan berlari2 anak 1250 m... misi tercapai dan siap dapat hadiah lagi.....^__^
2. berjaya memasak dalam masa 35m 10.75 saat - tomyam, udang goreng kunyit, ayam bakar dan hati goreng. siap kemas sekali yer... tapi aku lunch ngan secawan susu coklat dutch lady...
3. aku berjaya menurunkan berat badan hingga 55 kg.... biasanya masa cuti naik... kali ni punya cuti turun lagi....... hehe
4. esok bekerja semula..... seminggu rasa macam tak produktif lansung
5. esok leh berjumpa ngan rerakan tercinta......tak sabar nak share citer trip Moi ke Bali, trip Anita ke USM Penang, cane Lin kilatkan umah dan cane aku wat hair ......
so aku ada dalam 12 jam lagi tolak 5 jam waktu tido tuk anakanda tercinta..... nak spend kualiti time dengan diorang.... biarla baju tak bergosok lagi pun, rumah bersepah.... ok anakanda.... mandi time...!

Friday, January 21, 2011
Kenapa aku tak GEMAR bercuti...
Setiap kali bercuti...aku serammm... antara sebabnya :-
1. Aku akan naik hantu kalau anak2 aku sepahkan barang2 yang 1075 kali aku kemas
*lepas berhantu, mula rasa menyesal yang tidak terhingga!
2. Terserlah betapa kurang mithalinya aku.
*aku memang kurang sabar, tangan jarang2 naik tapi bila marah... isk3, lepas marah rasa buduh teramat.
3. Aku suka bercakap, mengusik dan menceriakan suasana.
*kalu aku bercakap, twin x faham, aku mengusik twin menangis, menceriakan suasana sorang2...PENAT!
4. Aku akan cepat penat, asyik nak tido, makan, tido lagi, rasa tak produktif lansung.
*dan mulalah rasa malas dan berat badan up, up and awayyyyy........
5. Takde idea nak update blog.
*biler tak kuar umah... idea tak berkembang, mula la nak berfikiran yang bukan-bukan.
Aku rasa yang paling penting ialah masa berkualiti dengan anak-anak. Walaupun sekejap tapi kalau kita boleh menumpukan perhatian 175% dengan mereka adalah lebih baik dari menghabiskan masa 24 jam dengan marah-marah, betul kan? kan? kan?

Quality is better than quantity
Tu sebab aku sangat respek dengan suri rumah tangga sepenuh masa yang boleh menghabiskan masa mereka di rumah....topik biasa yang nak disembangkan pada hari pertama bekerja selepas cuti..... So, dua hari lagi sebelum mula bekerja semula. Esok aku akan rajin, rajin dan rajin dan ingin menghabiskan masa berkualiti ngan Amni, Amin dan Iman. Pagi2 playground ekk
Thursday, January 20, 2011
...terpaku, terkaku, terpegun atau terkesima....?
Hari ini pensyarah IT yang tak berapa nak tersohor ni teringin nak mengajar Bahasa Melayu.
Tanpa membuang masa sebab masa selalu mencemburui kita....
Sila lengkapkan ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai :-
Dia .................................. dengan apa yang telah berlaku pagi tadi.
A. terkaku
B. terpaku
C. terpegun
D. terkesima
Agak2 apa jawapan yang sesuai. Masa menjawab hanyalah selama 7.5 saat...soalan senang maaaa...
Jika anda jawab :-
A. terkaku.... jeng jeng jeng... berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan ini tak wujud pun..... kih kih kih... lain kali jangan guna yer.... sedih cikgu BM korang sebulan.....
B. terpaku - dalam keadaan tidak bergerak-gerak atau dalam erti kata lain terpacak kerana bingung....
C. terpegun - tercegat serta tidak dapat berkata apa-apa kerana terperanjat
D. terkesima - tercengang, termangu-mangu, hilang akal....
Walaupun aku pensyarah IT aku sangat yakin yang jawapannya bukan D. terkesima dan confirm bukan A.terkaku....
Tapi aku sendiri tak pasti samada jawapan yang betul ialah B. terpaku atau C. terpegun.... tu la jadinya biler penyarah IT nak ajar BM ...^__^
Rasa-rasanya B kot....almaklumla pensyarah IT.. main rasa-rasa jer... Kalau tanya pensyarah BM mesti alasannya lebih meyakinkan dengan kata kerja adjektif, subjek, predikat sumer masuk.... kih kih
Maybe, sapa-sapa yang yang ada apa-apa surprise berlaku pagi tadi leh jawab soalan ni dengan lebih betul......?

Tuesday, January 18, 2011
Hampir Pasti Dengan Apa Yang Patut Dimiliki!
Cuti-cuti Malaysia ni ... memang malas tul nak update blog. Mandi pun tak basah, makan pun tak kenyang, tidur pun tak lena..... (Terbukti aku giler keje!) Hari ni, aku gagahkan juga diri....takut ada orang rindu-rinduan especially peminat setia aku yang dok kat Taman Banting Baru merangkap teman berkaraoke! Kih kih kih
Hari ni perjalanan aku panjang dan memusing2.... Hampir 5 jam aku drive. Kalau ikut highway PLUS aku rasa dah sampai sempadan Thailand! Pelupa punya pasal... meninggalkan hasil dagangan di tempat kerja, dan hari ni berjanji-janjian lak nak bawak ke Subang Jaya.... Pagi2... takdela pagi sangat lebih kurang kul 9 lebih zoom ke Banting.... Berteman abang sweet dan pemalu konon.................. diimport khas dari Hot FM..... ^__^
Lepas barang dagangan berjaya di ambil... Saja gatal ke Pekan Banting lalu ikut jalan Pantai Kelanang, Pantai Morib then sampai ke pekan Banting....weiiii, aku dah tau mana diorang shooting part naik bot dalam Cuti-Cuti Cinta...tak sia2 aku belasah jalan yang seram lagi sunyi ni..(: Terus ke highway KESAS sebab nak ke SACC Mall.... Aku sebenarnya nak beli satu blouse batik berwarna biru yang aku rasa cantik sangat kalau dipadankan dengan skirt labuh putih yang aku beli 2 tahun lalu tapi tak pernah pakai..... Sesampai kat sana, aku gi kedai tu..... TAPI... nape blouse tu nampak tak cantik lak!..... Aku dijampi ke 2 minggu yang lalu, dan minggu ni jampi dah abis stok? Terus terpadam nafsu aku.....! Pe hal selamat duit aku RM135.... Nyaris2 jer aku nak beli jam Swatch ngan duit tu.... Tapi aku dah ada jam.... Takkan aku nak pakai 2 jam di kedua2 tangan?... Aku rasa aku masih terkawal dan boleh mengawal segala2nya... even surprise yang datang dari pelbagai arah....
Dan bila nak balik, aku singgah jap kat kedai elektronik..... Dan disitu hatiku tertarik pada... jeng jeng jeng.... abang penjaga kedai... ? oh tidak...tidak... Kamera Nikon... (eh Nikon ker....?) ntah pe modelnya.... Aku memang dah lama menyimpan hati nak memiliki kamera yang seumpamanya... Tapi harganya.... ish ish ish.... tapi setelah diberikan galakan dari bisikan2 yang tak tau dari mana datangnya,,, Aku rasa aku tahu apa yang aku patut miliki tahun 2011 ini..... Lagi-lagi aku skang takde selera nak makan..... So, duit tu leh simpan wat beli kamera...... campur duit kutu kott..... (bagi aku 2 bulan berturut2 ek rakan2 yang dikasihi...)...
Aku nak beli kamera itu guna CASH tanpa mengeluarkan mana-mana simpanan.....Pasti boleh!
Apa2 pun..... Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalihhh..... So, jangan putus asa, PLEASE!

Saturday, January 15, 2011
Amni Dayini, Amin Danish, Iman Danish....
Biodata
Nama penuh : Nur Amni Dayini
Nama manja : Amni, Kakak
Hobi : Bergaya, bergaya dan bergaya... ntah ikut perangai sapa..
Warna kegemaran : Pink
Fanatik kepada : Disney Princess, Barbie
Filem kegemaran : Semua filem-filem Barbie
B'day : 20 November 2004
Nama penuh : Muhammad Amin Danish
Nama manja : Amin, Abang
Hobi : Bergaduh dan berebut dengan Iman
Warna kegemaran : Warna warni
Fanatik kepada : Kereta, Lori, Bas dan apa2 yang sewaktu dengannya
Filem kegemaran : WonderPet.
B'day : 15 Mac 2008 (2:57 pagi)
Nama penuh : Muhammad Iman Danish
Nama manja : Iman, Adik
Hobi : Bergaduh dan berebut dengan Amin
Warna kegemaran : Warna warni
Fanatik kepada : Kereta, Lori, Bas dan apa2 yang sewaktu dengannya
Filem kegemaran : WonderPet
B'day : 15 Mac 2008 (3:00 pagi)
Ini la buah hati pengarang jantung yang kadang2 buat aku hilang sabar.....
Amni dah Darjah Satu,
Twin dah nak masuk 3 tahun tapi baru nak belajar bercakap
Aku kadang2 (selalunya) tak faham ntah apa la yang diorang cakapkan
Tapi apa yang diorang cakapkan kadang2 melucukan....
Yang paling aku tak tahan dengan twin ialah diorang tidur suka tidur lambat...
Bila aku nak tido diorang tak bagi...
Bila mood aku tengah baik... aku bangun n layan diorang...
Menjelang 11.30 malam kalau stil tak tido ...
Aku mulala bertukar watak menjadi ibu tiri....
Kena marah baru nak tido... Cane tu...?
Kesian kat diorang tapi aku mengantuk gilerrr....
Leh kongsi petua?
Wednesday, January 12, 2011
... dari Carina ke Lyra dan akhirnya ke Pantai Kelanang...
Carina? Lyra? Macam nama model terkenal.... tapi sebenarnya ia nama bintang di alam cakerawala... Nama kafe di KMS.... Pagi tadi ada Slot Wacana Ilmu... Wat module sambil layan movie.... Lin dah kebuluran, so abis movie dalam kul 12.00 kami pun naik keta Anita ke kafe Lyra. Nak Lunch. Alamak, makanan dier, suasananya sangat tak menarik hati... so kami berjalan ke kafe Carina... Punnnn... makanan dier stil makanan tuk breakfast... Lansung tak menaikkan nafsu aku! Nafsu Lin, Moi dan Anita aku tak tau..... Dan... "Jom pi Pantai Kelanang!"... kata aku.Disebabkan aku punya idea maka aku mengofferkan BHVXXXX....
Zoommmmm... sampai Pantai Kelanang... uiks.. gerai yang diharapkan tak buka la plak. Aku sebenarnya teringin makan Megi Kerabu... nak test pedas sangat ke sampai Moi mengalirkan air mata pada minggu2 yang lepas... So, kami pun try je gerai yang ada.... Makanan yang ada hanyalah nasi ayam dan nasi goreng ayam.....Hentammm jela geng.... Nasib air dier sedap... tak manis dan memang kira fresh la... aku tak beli air pun sebab frust konon...
Tup tup...kakak gerai tu datang dan bukak gerainya.... so merasala aku makan Megi Kerabu... dan Moi aku ingin membuat pengakuan berani.... memang PEDASSS sampai terasa ke serebelum, sereberum dan medula oblongata... jari jemari aku sampai rasa kebas2.... Lepas makan... foto shooting......^__^
Pengajaran hari ni... Jangan kuar awal untuk lunch lain kali! Lunch kul 1 -2 ... so kuar la kul 1 bukan kul 12.00...... gerai pun tak bukak tau!!

Monday, January 10, 2011
... Cuti Cuti Cinta....
Cuti Cuti Cinta? Apa itu yer?
1. Filem Melayu
2. Genre : Romantik Komedi
3. Pelakon utama : Farid Kamil, Nora Danish, Cat Farish, The Fabulous Cat ...
4. Lokasi : Hotel Impiana, Morib...
5. Pengarah : Ahmad Idham
6. Tarikh Tayangan : 21/10/2010
Aku pegi Ezy Video, nak pinjam VCD Labu Labi tapi memandangkan kad aku leh pinjam banyak2 CD menjangkau 7 CD... jadi aku pun sapu 5 VCD.... Ntah macam mana antara lima2 CD tu, Cuti-cuti Cinta termasuk sekali. Bising husben aku.... biler nak tengok, pe la amik citer Melayu...mungkin sebab die yang bayarkan...^__^
Hari Ahad aku tengok sumer citer, dan Cuti-cuti Cinta ni CD yang paling last sebab aku pun sebenarnya kurang skett ngan citer Melayu.... Tambahan lagi husben aku takde.... main badminton.
Tetapi........ citer dier memang sangat ringan, masih ada mesej yang ingin disampaikan, penuh ngan komedi dan akhirnya anak2 dan aku tengok sampai dua kali non-stop... memang seronok!
Tambahan pulak aku memang tak berapa suka Farid Kamil, menyampah tengok dier dalam citer Remp-It.... tapi dalam citer Cuti-cuti Cinta nampak dier macam hensem dan sopan santun la plak....
So aku memang merekemenkan citer ni untuk tontonan sumer especially pada sapa2 yang workaholic@giler keje......
Moralnya- don't judge the book by its cover atau melayunya cakap jangan menilai sesuatu tanpa membelek2 hati budinya.... luaran tak melambangkan dalaman tau....Jangan cepat menilai orang dengan tengok luaran sahaja.....kalau di sekolah, cuba fahami budak2 yang bermasalah.... cuba melawat rumahnya, tanya pasal ibu bapanya..... setiap yang berlaku pasti ada sebabnya....
aku dah racun Anita dan Lin supaya tengok citer ni.. So, Rabu ni kitorang wat panggung terbuka.... opppsss... bukan patut ni salah satu misi rahsia kiter tuk tahun 2011...?

Sunday, January 9, 2011
... aktiviti menyibukkan diri...
Antara aktiviti menyibukkan diri pada hujung minggu. Dua tiga menjak ni, dua hari cuti mesti rasa panjang.... dan akan jadi malas semacam... Keje nak tido jer...... Cane cuti seminggu next week... aduhaiii......
A. Tengok CD, pinjam dari Ezy Video. Pinjam sampai 5 CD... Antaranya:-
1. Jumbo si Gajah Biru - animasi, karikatur memang menarik. Menceritakan tentang sejarah Thailand, part Raja2 dier... tak faham sangat. sebab on off tengok citer ni....
2. Labu Labi - citer evergreen yang memang tak jemu nak tengok... ketawa gak sorang2 tengok citer nie walau pun mata mengantuk giler. Nak tau punya pasal.....
3. The Last Airbender.... citer katun dier kat tv9 memang aku dah lama tengok... jarang miss. tapi tak sangka filem dier pun best. Rasa nak tengok lagi sekali. Berebut lak ngan Amni sebab dia nak tengok Jangan Pandang Belakang Congkak 2.
4. Jangan Pandang Belakang Congkak 2.... okla citernya.... sebab aku tak berapa gemar ngan hantu, momok, jampi serapah, dan apa2 yang sewaktu dengannya... Tapi nak sibukkan diri la katakan...
The Best aku rasa The Last Airbender. Tak sangka tengok citer nie aku boleh lupa segala-galanya...... terlupa nak lipat kain di depan mata...^__^
B. Melayan bukan setakat anak2 tapi dengan anak2 jiran sekali...
Belakang umah aku ada anak jiran aku yang petah berkata2... Sophia berusia 6 tahun. Seronok layan dier bercakap.... Paling tak tahan bila dier tanya pasal bab Allah... Allah ke yang beranakkan kita...? Cane nak jawab tu? kalau aku aku explain pasal ovum, sperma, mitosis, meiosis dier paham tak...?
C. Berblog
Tak tau pesal aku lebih suka berblog dari ber FB.... sebelum ni pun aku berFB sebab nak main games. Tapi tetiba jadi boring lak main games..... Banyak citer nak citer, banyak mende nak diluahkan.....
Last but not least..... jangan jadi malas, jangan asyik nak tido walau dengan mata terbuka.... "Bangun!Bangun!"...... banyak mende nak dibuat tau!
Aku betul-betul dan akan kekal OK all the time!

Thursday, January 6, 2011
Hari Ini Dalam Sejarah....
Hari ini 6 Januari 2011 telah menjadi sejarah dalam hidup aku. Silapnya aku takde fon yang canggih atau kamera untuk merakamkan saat2 yang bermakna itu. Tepat jam 12 tengah hari.. nasib baik matahari malu2 kucing hari ini... aku telah berjaya menukar tayar ketaku yang pancit buat julung2 kalinya dengan memakai kebaya dan berkasut tumit tinggi... jap aku ukur... lebih kurang 2 inci.
Terima kasih kepada tok guru Sulaidee Sulaiman dan isteri Anita Mohammed yang setia menemani ku sepanjang sesi penukaran tayar itu. Berkat kesabaran dan doa, aku berjaya dengan catatan masa 20 minit 7 saat... not bad untuk kali pertama....
Memang penat giler, lebih penat dari pegi kelas aerobik, kurang sket dari naik Bukit Jugra... Otot2 bisep dan trisep kaki aku memang lenguh giler especially part nak hi jack keta sebab salah teknik... tapi tok guru saja nak menguji kesabaran aku..... aku redha, nak ilmu memang kena bersusah dulu kan tok guru?....
Dan kesimpulannya, takdela susah sangat nak tukar tayar keta.... sumer org leh buat, tak kira apa gender korang. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya? ... eh ada kaitan ke peribahasa ni ngan post aku ni.... belum cuba belum tau.... kita boleh kalau kita nak dan fikir boleh.... akhir sekali... Malaysia Boleh!!!
Lalalalala.... hepinya hari ni....^__^

Wednesday, January 5, 2011
Bila Cinta Beralih Arah...
Jeng Jeng Jeng.....
Cintaku beralih arah?
Tapi ke mana yer...?
Dari Subang beralih ke Banting....
Dari Windows beralih ke UBuntu...
Dari Tasik Puchong ke Stadium MPSJ ...di Subang Jaya bukan Kelana Jaya ye...
Dari Facebook beralih ke Blogspot..
Dari Bawal ke AnnurAnnisa...
Dari Acer Inspire ke Dell...
Dari guru beralih ke pensyarah...
Dari DG41 ke DG 44...
Dari makan banyak ke makan sket dan skang nak makan pun tak lalu...
Dari tak minat jadi berminat...dok dengar lagu dalam radio hari2 lak skang....
Wahhhh... tak sangka lak banyak yang boleh disenaraikan....
Aku sebenarnya dah takde idea nak tulis per dalam blog ni
carik title yang catchy sket....
then ... idea pun mencurah...
aku patut jadi penulis lirik...
mana tau kot leh menang AJL 2010 9 Januari ni... mak aii... tarikh AJL pun aku leh ingat!
tahun2 lepas aku tak peduli pun....
berada di takuk yang lama memang selesa, tapi....
pe kata berubah sekali sekala.....
baru hidup lebih bermakna....
macam pantun dua kerat la pulakkk....
berubahla untuk kebaikan yer....
Selamat Mencuba!..

Monday, January 3, 2011
Senyum Skett ...... So... Sweettttt!
Pernah tak perhatikan pemandu2 kereta yang balik dari tempat keje?
Aku perhatikan mereka.... 1 jam drive maaaa..... kalau asyik tengok jalan pun boring gak...
Kebanyakan mereka.... isk isk isk... muka ketat abis...
tiada senyuman...melainkan yang tengah berdating...
Walau pun ada yang memakai kereta BMW atau Mercedes... belum jumpa Ferrari atau Brabus lalu ikut Jalan Sukapi lagi....
Memakai tudung brand Hajaba atau Ariani...
Bersama atau tidak bersama pasangan masing-masing...
Memang muka masam giler...
Apa yang diorang pikirkan?
Malas nak masak bila sampai umah sebab letih dalam perjalanan?....
eh cane leh sama reason ngan aku ni?
Malas mengemas umah sebab pagi tadi tak sempat?
Memikirkan kerja yang tak siap2 di pejabat?
Kena marah ngan bos?
Ada masalah ngan teman sekerja?
Ada masalah ngan buah hati pengarang jantung?
Walau apa pun masalahnya...
Be strong.... ! Ada orang yang mempunyai masalah dan dugaan yang lebih hebat dari kita..
Be brave....! Untuk menghadapi masalah... bukannya lari darinya...
Be positive all the time....! - kalaula boleh dipratikkan, memang akan happy always.
Be realistic....! Berpijakla di bumi yang nyata!
Lastly.....
PLEASE SMILE..... You Know? How Sweet You Are....Then Your Smile Will Make Me Smile Too.......^__^

Saturday, January 1, 2011
Gemukkah Aku?
Aku paling saspen kalau orang tegur aku gemuk...... Aku rasa bersalah la plak hari ni makan Pizza masa di SACC Mall....Aku patut makan salad jer tadi...^_^
Berat aku skang... jap aku timbang - baru 58kg,
tinggi (masih berpegang dengan tinggi yang last aku sukat masa tingkatan 5) 160cm...
BMI = 22.7 dalam tahap normal weight
(leh kira BMI guna url ni http://www.nhlbisupport.com/bmi/bmi-m.htm)....
Pada yang menegur... part mana yang aku nampak gemuk yer?
So, kepada rakan2 yang dikasihi, tolong peringatkan aku kalau aku makan terbanyak dan maybe aku patut berpaling arah kepada oat yang dikasihi.
Oat dah pun dibeli tapi takgak dimasak2. Dah nak 2 bulan aku rasa. Bila nak start diet nie.....^_^
Mesej tersirat lagi tersurat- Memang rasa saspen, berdebar, kecut perut, seram sejuk kalau ditegur, tapi untuk kebaikan apa salahnya.
Dan aku yang sedang dan akan sentiasa belajar berfikiran positif percaya bahawa setiap teguran akan sentiasa membawa ke arah kebaikan.
Happy menegur dan ditegur!!

Subscribe to:
Posts (Atom)