Saturday, January 1, 2011

Gemukkah Aku?

Aku paling saspen kalau orang tegur aku gemuk...... Aku rasa bersalah la plak hari ni makan Pizza masa di SACC Mall....Aku patut makan salad jer tadi...^_^

Berat aku skang... jap aku timbang - baru 58kg,
tinggi (masih berpegang dengan tinggi yang last aku sukat masa tingkatan 5) 160cm...
BMI = 22.7 dalam tahap normal weight
(leh kira BMI guna url ni http://www.nhlbisupport.com/bmi/bmi-m.htm)....

Pada yang menegur... part mana yang aku nampak gemuk yer?

So, kepada rakan2 yang dikasihi, tolong peringatkan aku kalau aku makan terbanyak dan maybe aku patut berpaling arah kepada oat yang dikasihi.
Oat dah pun dibeli tapi takgak dimasak2. Dah nak 2 bulan aku rasa. Bila nak start diet nie.....^_^

Mesej tersirat lagi tersurat- Memang rasa saspen, berdebar, kecut perut, seram sejuk kalau ditegur, tapi untuk kebaikan apa salahnya.
Dan aku yang sedang dan akan sentiasa belajar berfikiran positif percaya bahawa setiap teguran akan sentiasa membawa ke arah kebaikan.
Happy menegur dan ditegur!!

No comments: