Hari ini pensyarah IT yang tak berapa nak tersohor ni teringin nak mengajar Bahasa Melayu.
Tanpa membuang masa sebab masa selalu mencemburui kita....
Sila lengkapkan ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai :-
Dia .................................. dengan apa yang telah berlaku pagi tadi.
A. terkaku
B. terpaku
C. terpegun
D. terkesima
Agak2 apa jawapan yang sesuai. Masa menjawab hanyalah selama 7.5 saat...soalan senang maaaa...
Jika anda jawab :-
A. terkaku.... jeng jeng jeng... berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan ini tak wujud pun..... kih kih kih... lain kali jangan guna yer.... sedih cikgu BM korang sebulan.....
B. terpaku - dalam keadaan tidak bergerak-gerak atau dalam erti kata lain terpacak kerana bingung....
C. terpegun - tercegat serta tidak dapat berkata apa-apa kerana terperanjat
D. terkesima - tercengang, termangu-mangu, hilang akal....
Walaupun aku pensyarah IT aku sangat yakin yang jawapannya bukan D. terkesima dan confirm bukan A.terkaku....
Tapi aku sendiri tak pasti samada jawapan yang betul ialah B. terpaku atau C. terpegun.... tu la jadinya biler penyarah IT nak ajar BM ...^__^
Rasa-rasanya B kot....almaklumla pensyarah IT.. main rasa-rasa jer... Kalau tanya pensyarah BM mesti alasannya lebih meyakinkan dengan kata kerja adjektif, subjek, predikat sumer masuk.... kih kih
Maybe, sapa-sapa yang yang ada apa-apa surprise berlaku pagi tadi leh jawab soalan ni dengan lebih betul......?
No comments:
Post a Comment