Friday, September 23, 2011

Quote Of The Day

Manusia merancang dengan cita-cita
Allah merancang dengan cinta


Dipetik dari blog ini, bakal doktor dari sebuah U di TimurTengah
very young girl, yet matured than me... I think...^__^

Thursday, September 22, 2011

Aku Masa BesarSketDariKecil

Ya...Ya...Ya...Betul la apa yang korang pikir. Pandai korang dah leh jadi ahli nujum da tau. Memang entri aku hari ni ada kesinambungan dari entri sebelum ni. Malas nak citer panjang. Meh la tengok gambar kat bawah ni.


Sekali lagi kita men teka-teka
Jangan jemu teka aku yang mana satu...
Clue : Yang paling comel itu haku

Masa ni aku pun ta hingat aku darjah berapa. Yang pasti ta darjah 1 pasti darjah 2 ta pun darjah 3. Sebab darjah 4 aku da pindah ke Sungai Galah, Kg Gajah Perak. Dan memang sedari kecil aku da menunjukkan ciri-ciri seorang model, tinggi, kurus dan comel. Dan jangan persoalkan kenapa aku lebih tinggi dari mysis. Sebab kalau korang tengok pic kami adik beradik, korang akan tau kenapa yang patut dipersoalkan sebenarnya ialah mysis sebab dia yang paling rendah selain yang paling comel antara kami. Ya, mysis juga comel sebab kami satu genetik pa. Haihhh


Da leh teka? Hehe...Aku yang paling kiri.
Betulkan aku yang paling comel?

Aku nga dukung Yah, mysis nombor lima yang hobinya dari kecik sampai skang suka wat spoil kalu gi umah orang. Kalau ta pecahkan gelas mesti tumpahkan air. Tah apasal. Dari kecik tu. Sangat konsisten. Yang paling jimat...(Psssstttt...duit dia dalam bank ada juta juta padahal baru keja ta sampai 2 tahun) tapi yang paling pemurah ngan famili. Minta ja apa asal jangan minta banglo berbiji-biji uda.

Mybrother juga ada pakai baju belang-belang merah. And I love him so much sebab dia telah membuat satu pengorbanan yang besar giler sebesar kapalterbang Airbus semasa dia darjah 5 rasa-rasanya. Ta mau citer pa ka pengorbanannya itu. Maybe mybro pun ta hingat pa ka mendenya, but I always remember. Ta mau citer. Mengenangkannya pun wat air mata aku bertubir di tebing mata. Wahhhhh aku ka yang taip ayat ni. Hebatnya bahasaMelayu aku. Baru aku tersedar...heheee

Dan mysis nombor empat pun wajib ada dan aku rasa masa ni dia baru bangun dari tido berdasarkan rambutnya yang gebang-gebang tu. Memang giler kamera. Pun konsisten sampai skang. Maybe sebab dia photogediks photoghenic. Sangat shopaholic, makeupholic dan sukaberjalan-holic. Memang terkenal dengan sifatnya yang ta reti duduk diam macam paramecium. Ta tau pa dia paramecium? Haihhhh...gi Google skang. Tu la masa sekolah dulu cikgu suruh fokus dalam kelas korang watpa? Cuba main cinta cikgu ya? Eh Eh Eh Eh Ehhhhhhh......


With my sis num5
Nampak ta sirna wajah seorang penjimat?
*errr...maksud aku wajah mysis*


With mysis num4
Nampak ta sirna wajah seorang pe'ngada'?
*errr...maksud aku wajah mysis*


Pic with mybro ta da. Tapi pic ngan wife dia ada
So kira aci ja la ya...
(congrats for the arrival of baby boy Muhammad 'Abqari bin Mohd Kamal on 20 Sept 2011)

Tu aje. Babai...

Wednesday, September 21, 2011

AkuMasaKecil

Walau pun topiknya AkuMasaKecil tapi latar belakang or sutradaranya masih lagi masa bulan Ramadhan+Syawal yang lepas. Mud raya la katakan. Balik umah mak&abah di kampung antara aktiviti tetap lagi berpencen ialah kemas umah. Dari tahun 1995 kemas umas sampaila 2011 stil kemas umah. Dan aku rasa sampai tahun 2027 pun aku akan masih kemas umah di kampung setiap kali raya menjelma. Sebabnya hobi mak ialah shopping. Suka sangat shopping pinggan mangkuk periuk belanga sudip senduk garfu cawan gelas jag container dan ta lupa sudu. Mak memang suka sangat shopping mende cenggitu. Abah cakap biarlah mak kamu tu jadi shopaholic. Masa muda2 ta mampu nak shopping. Iskkkk...terus cancel nak memberontak. Abah memang psiko...

Dan aku volunteer kemas kabinet tv yang memang sedia kemas sebenarnya. Tapi aku pun psiko sebab aku kan anak Abah...hihi Dan aku jumpa gambar ini dalam album gambar yang ofkos berhabuk. Fuhhhhh....(gaya tiup habuk) Dan mempersembahkan.....Jeng jeng jengggg....

Comel giler haku...Cer teka yang mana satu?

Gambar ni diambil di Balai Polis Kroh Pengkalan Hulu Perak. Ta penah dengar nama tempat tu? Ish Ish Ish. Lemahnya Geografi korang. Terletak dekat ngan Hulu Perak. Bersempadan ngan Thailand. Member masa Darkah 1 dulu ada la budak Thailand ta Thailand sebab duk betul2 kat sempadan. Masa ni komunis stil ada. Tapi tada la aku bersua secara live ngan dorang sambil bertanya "Abang Komunis...Da minum Nescafe O pagi ni?". Cuma penah la jugak merasa perintah berkurung masa zaman tu. Mak aku memang cun giler, Tu sebab aku adik beradik cun. Abah aku pun leh tahan ensem. Eh, tau ka mana satu aku...Aku yang tertunduk malu tu. Cehhh dari kecik memang da terserlah betapa pemalunya aku hinggalah skang. Pegang sapu tangan putih yang dalamnya penuh ngan batang aiskrim. Ta pasti lak apa yang aku wat ngan batang aiskrim tu. Yang pasti bukan digunakan tuk sapu losyen di kaki masa nak tido malam... Eh? Belakang tu asrama bujang lelaki abang-abang polis. Sebelah tu ialah Along, my sis yang super pandai memasak ta macam adiknya nih. Dan yang abah aku dukung ialah my brother yang baru ja dapat baby boy semalam.

Abah and Mak. Maintain jerk dorang
Eh Eh...Anak sapa la yang bijaksana interframe tuh?


My Sis n I now.
Aku stil pemalu, berbudi bahasa dan bersopan santun

Sekian

Tuesday, September 20, 2011

Syawal dan Makanan

Salam kepada semua kesayangan hamba. Since kita masih lagi berada dalam mud raya makanya aku nak wat entri pasal bulan raya iaitu bulan Syawal. Bila cakap pasal bulan Syawal makanya ia berkait sangatla rapat ibarat isi dengan kuku dengan makanan or in English we call it as FOOD.FOOD bukan FOD bukan FOOT bukan FLOOD..Haihhh

Start 1Syawal ja, malam raya, bukannya pagi raya, makanya lambakan makanan pun terjadi. Sejak dua tahun lepas memang giler ah famili daku masak pelbagai juadah. Kalau dulu mak masak satu atau dua jenis ja, tapi bila sumer adik beradik mahu menunjukkan skil memasak maka penuhla lantai dengan makanan. Lantai tau bukan meja sebab meja da ta muat nak letak makanan! Lagi satu makan kat bawah lagi feel, lebih lama, dan tangan pun senang nak capai makanan di kiri, kanan, depan dan belakang...Yeay...


Antara makanan yang kami lantak malam tu

Tahun ni kami masak ketupat nasi dalam daun kelapa dan jujurnya aku nak ngaku yang aku telah berjaya menganyam daun ketupat tu, ketupat daun palas, lemang, lontong, kari kambing, daging masak kicap, ayam rendang dan kuah kacang. Ta termasuk lagi pemberian dari jiran dan mentua Along iaitu mi goreng, sambal goreng, sambal tahun, rendang kerang dan....... aku ta ingat tapi yang aku paling ingat sambal tahun yang paling awal habis.


Daku pandai anyam sarung ketupat...Meh tempah meh
**Ceh riaknya aku, Upin Ipin anyam ketupat jadi bentuk kambing, cool ja...**


Kari kambing aku masak tapi ta leh riak....

Aku ta riak di atas sebab, sebab, sebab ta enak. Mak paksa aku amik tender masak kari kambing malam tu. Sejujurnya aku kan lebih pandai wat origami dari memasak. Tapi disebabkan ta mo menghampakan mak. Aku belasah masak gak. Akhirnya....pedas bangat. Kalu rasa mau telinga berasap macam Keretapi Tanah Melayu zaman Jepun, try la tempah kari kambing ngan haku...

Memang gila la makanan malam tu, tapi aku makan bersukat-sukat dan beringat-ingat. Makan ala kadar ja walaupun sebenarnya nafsu makan bergolak dalam jiwa. Ta mau aku sebu perut dek kerana makan ngan gilernya. Teringat-ingat orang di sana yang makan megi ja atau lansung ta makan....Iskkkk

Monday, September 5, 2011

Tersangatla Malasnya Daku

Ntah apasal dilanda kemalasan yang melampau. Bukan setakat malas nak update belog tapi malas tuk segalanya bila diri berada di pejabat. Sampaikan terpaksa bercakap ngan diri sendiri "Aku mesti rajin. Yang ini mesti dilaksanakan. Yang itu mesti dibuat. Tangan sila bergerak tuk mende yang sepatutnya. Mata sila melihat tuk mende yang sepatutnya." Dalam kemalasan yang terlampau tu, nampak jugak pa yang aku da wat tuk karier daku. (fuhhhh karier tu...) Tapi bila jiwa bukan berada di tempatnya pada waktu yang sepatutnya maka nda enjoyla aku bekerja. Ruginya hidup.....

Ini yang dikatakan mud tengah bosan!

Hadoiii... Harapnya mud buduh ni akan pergi esok. Ta bestla bekerja separuh hati. Bila bekerja ta separuh hati makanya muka akan jadi kelat semacam. Pakaila blusher dua tiga tona, stil kelat. Hilang sume identiti pensyarah berkarisma yang disandang selama ni...(ye.. ye...aku memang suka bagi anugerah pada diri sendiri, so sila jangan jeles)

**Rakan seangkatan sila kembalikan mud ceria kita d cube**
Sekian untuk bulan September...