Thursday, September 22, 2011

Aku Masa BesarSketDariKecil

Ya...Ya...Ya...Betul la apa yang korang pikir. Pandai korang dah leh jadi ahli nujum da tau. Memang entri aku hari ni ada kesinambungan dari entri sebelum ni. Malas nak citer panjang. Meh la tengok gambar kat bawah ni.


Sekali lagi kita men teka-teka
Jangan jemu teka aku yang mana satu...
Clue : Yang paling comel itu haku

Masa ni aku pun ta hingat aku darjah berapa. Yang pasti ta darjah 1 pasti darjah 2 ta pun darjah 3. Sebab darjah 4 aku da pindah ke Sungai Galah, Kg Gajah Perak. Dan memang sedari kecil aku da menunjukkan ciri-ciri seorang model, tinggi, kurus dan comel. Dan jangan persoalkan kenapa aku lebih tinggi dari mysis. Sebab kalau korang tengok pic kami adik beradik, korang akan tau kenapa yang patut dipersoalkan sebenarnya ialah mysis sebab dia yang paling rendah selain yang paling comel antara kami. Ya, mysis juga comel sebab kami satu genetik pa. Haihhh


Da leh teka? Hehe...Aku yang paling kiri.
Betulkan aku yang paling comel?

Aku nga dukung Yah, mysis nombor lima yang hobinya dari kecik sampai skang suka wat spoil kalu gi umah orang. Kalau ta pecahkan gelas mesti tumpahkan air. Tah apasal. Dari kecik tu. Sangat konsisten. Yang paling jimat...(Psssstttt...duit dia dalam bank ada juta juta padahal baru keja ta sampai 2 tahun) tapi yang paling pemurah ngan famili. Minta ja apa asal jangan minta banglo berbiji-biji uda.

Mybrother juga ada pakai baju belang-belang merah. And I love him so much sebab dia telah membuat satu pengorbanan yang besar giler sebesar kapalterbang Airbus semasa dia darjah 5 rasa-rasanya. Ta mau citer pa ka pengorbanannya itu. Maybe mybro pun ta hingat pa ka mendenya, but I always remember. Ta mau citer. Mengenangkannya pun wat air mata aku bertubir di tebing mata. Wahhhhh aku ka yang taip ayat ni. Hebatnya bahasaMelayu aku. Baru aku tersedar...heheee

Dan mysis nombor empat pun wajib ada dan aku rasa masa ni dia baru bangun dari tido berdasarkan rambutnya yang gebang-gebang tu. Memang giler kamera. Pun konsisten sampai skang. Maybe sebab dia photogediks photoghenic. Sangat shopaholic, makeupholic dan sukaberjalan-holic. Memang terkenal dengan sifatnya yang ta reti duduk diam macam paramecium. Ta tau pa dia paramecium? Haihhhh...gi Google skang. Tu la masa sekolah dulu cikgu suruh fokus dalam kelas korang watpa? Cuba main cinta cikgu ya? Eh Eh Eh Eh Ehhhhhhh......


With my sis num5
Nampak ta sirna wajah seorang penjimat?
*errr...maksud aku wajah mysis*


With mysis num4
Nampak ta sirna wajah seorang pe'ngada'?
*errr...maksud aku wajah mysis*


Pic with mybro ta da. Tapi pic ngan wife dia ada
So kira aci ja la ya...
(congrats for the arrival of baby boy Muhammad 'Abqari bin Mohd Kamal on 20 Sept 2011)

Tu aje. Babai...

No comments: