Tuesday, September 20, 2011

Syawal dan Makanan

Salam kepada semua kesayangan hamba. Since kita masih lagi berada dalam mud raya makanya aku nak wat entri pasal bulan raya iaitu bulan Syawal. Bila cakap pasal bulan Syawal makanya ia berkait sangatla rapat ibarat isi dengan kuku dengan makanan or in English we call it as FOOD.FOOD bukan FOD bukan FOOT bukan FLOOD..Haihhh

Start 1Syawal ja, malam raya, bukannya pagi raya, makanya lambakan makanan pun terjadi. Sejak dua tahun lepas memang giler ah famili daku masak pelbagai juadah. Kalau dulu mak masak satu atau dua jenis ja, tapi bila sumer adik beradik mahu menunjukkan skil memasak maka penuhla lantai dengan makanan. Lantai tau bukan meja sebab meja da ta muat nak letak makanan! Lagi satu makan kat bawah lagi feel, lebih lama, dan tangan pun senang nak capai makanan di kiri, kanan, depan dan belakang...Yeay...


Antara makanan yang kami lantak malam tu

Tahun ni kami masak ketupat nasi dalam daun kelapa dan jujurnya aku nak ngaku yang aku telah berjaya menganyam daun ketupat tu, ketupat daun palas, lemang, lontong, kari kambing, daging masak kicap, ayam rendang dan kuah kacang. Ta termasuk lagi pemberian dari jiran dan mentua Along iaitu mi goreng, sambal goreng, sambal tahun, rendang kerang dan....... aku ta ingat tapi yang aku paling ingat sambal tahun yang paling awal habis.


Daku pandai anyam sarung ketupat...Meh tempah meh
**Ceh riaknya aku, Upin Ipin anyam ketupat jadi bentuk kambing, cool ja...**


Kari kambing aku masak tapi ta leh riak....

Aku ta riak di atas sebab, sebab, sebab ta enak. Mak paksa aku amik tender masak kari kambing malam tu. Sejujurnya aku kan lebih pandai wat origami dari memasak. Tapi disebabkan ta mo menghampakan mak. Aku belasah masak gak. Akhirnya....pedas bangat. Kalu rasa mau telinga berasap macam Keretapi Tanah Melayu zaman Jepun, try la tempah kari kambing ngan haku...

Memang gila la makanan malam tu, tapi aku makan bersukat-sukat dan beringat-ingat. Makan ala kadar ja walaupun sebenarnya nafsu makan bergolak dalam jiwa. Ta mau aku sebu perut dek kerana makan ngan gilernya. Teringat-ingat orang di sana yang makan megi ja atau lansung ta makan....Iskkkk

2 comments:

Anonymous said...

HAIYOOOO...BLOG DAH BERUBAH WAJAH NAMPAKKK!!!

NS

Ana said...

hehehe.....

lebih simple
lebih bergaya

baru ada mud nak hapdate hari2 kunun....