Thursday, May 31, 2012

Aku dan Minggu MPPB KMS

Assalamualaikum dan Salam Tranformasi (gitewww)
Niat untuk mengekalkan momentum mengupdate blog memang dah tersemat di kalbu sedari dulu. Tapi... macam ni lah. Rasa nak update aku update. Rasa malas aku baca je blog orang. Memang ta leh nak generate duit dari blog lansung aku nih.

Aku mau citer pasal minggu MPPB yang aku rasa macam empat bulan. Itu aku, seorang lecturer, cer bayangkan pelajar2 baru yang melaluinya. Mungkin rasa macam 40 tahun pa. Memang lambat sesangat masa berlalu, mungkin sebab aku ta sabar mahu mengajar dan pegang mikrofon dalam dewan kuliah atau sebenarnya aku...errrr...aku malas mahu jadi mentor ta sabar gaji bulan enam masuk.

Dalam minggu MPPB aku handle persembahan pelajar. Dan persembahan yang paling realistik ofkoslah koir. Masa latihan hanya 3 jam. Ya 3 jam. Jadi tolonglah jangan harap kami akan wat tarian kuda kepang. Sebab kalau dibuat pun mungkin ia nampak seperti tarian kuda belang.

Tapi aku enjoy ja ngan kumpulan koir ni. Sumernya dipermudahkan. Students pun sangat supportive, sangat bersemangat hinggakan ta sampai hati mahu cakap yang kami hanya mahu 43 - 51 orang pelajar jer. Kami sapu habis sumer pelajar yang berminat jadinya yang baca ikrar sampai 20 orang. Memang kami tamak! Hohohoooo...

Aku dapat rasakan kejayaan kumpulan persembahan ni dimata dan dihati aku. Dimata dan dihati orang aku ta ambil port. Once aku gembira dan ceria pasti orang disekeliling aku akan begitu juga.

Sekian dan aku excited bangat mahu tepuk kuat-kuat tuk kumpulan persembahan aku nanti!

No comments: