Saturday, May 19, 2012

Buka Mata...

Assalamualaikum dan Salam 1 Jugra

Pagi ni bila awak buka mata, apa yang awak fikirkan?

Saya buka mata dan saya cakap "Terima Kasih Allah sebab saya masih hidup"
Saya bangkit dan cakap "Terima kasih Allah sebab saya sihat"
Saya tengok seisi rumah cakap "Terima kasih Allah sebab mereka semua sihat"
Saya bangun dan ke dapur minum air suam dan makan madu, saya cakap "Terima kasih Allah sebab madu ini sedap"
Saya solat Subuh dan cakap "Terima kasih Allah sebab masih boleh sujud dan memohon pada-Mu"
Saya gosok gigi dan cakap "Terima kasih sebab saya ada ubat gigi berprestij untuk digandingkan bersama berus"

Dan saya mahu terus bercakap terima kasih untuk semua perkara yang kecil-kecil even untuk setiap lampu isyarat yang bertukar hijau bila BHV tiba, mahupun lagu Terukir di Bintang dendangan Yuna dimainkan oleh deejay radio, atau pun melihat sekumpulan burung terbang di dada langit Jugra...

Dan saya gembira untuk belajar mengatakan terima kasih untuk semua perkara...
Sekian dan Terima Kasih!

No comments: