Saturday, December 14, 2013

Cerita Hal Ehwal Aku Semata

Salam dari Jugra,

Menginjak sudah ke bulan Disember 2013 rupanya. Wow, cepatnya masa berlalu. Lagi beberapa hari nak masuk tahun 2014. Nasib aku tak tanam apa-apa azam awal tahun yang lalu. Yang sebenarnya, azam aku tanam sepanjang tahun. Bila-bila masa. Ikut suka aku. Hehe. 

Yang terkini, minggu lepas aku berazam nak turunkan berat hingga mencecah angka 5. Dalam tahun ni, kalau aku tak silap berat aku maintain 61.8kg. Aku nak rasa angka 5 lak. 59.9 pun okay kot. Tapi aku lebih suka kalau dapat 57.5 kg. Fighting!

Bayangkan kalau aku berjaya menurunkan berat badan sehingga 57.5kg. Adakah seperti figura hots tersebut? Wahhhh...terus rasa nak wat marathon 42km.

Aku perasan sibuk bila memulakan pengajaran penggal ini. Penangan mengajar kuliah agaknya. Dah setahun aku tak mengajar kuliah. Sekali kena penggal ni, aku rasa macammmm... Tah la. Samada aku seorang ja ke yang rasa perasan ni. Mengajar dalam bilik kuliah mengadap ratusan orang pelajar. Semua biji mata tertumpu pada kau. Kalau kau buat silap. Habislah. 

Dalam tutorial atau praktikal, masih boleh blah. Buat silap masih boleh cover. Dalam lecture kau buat hal... Pendek citer, masuk lecture hall perasaannya sama macam masuk rumah hantu kat funfair kot. Erkkk...Bukan niatku mahu menganggap pelajar-pelajarku macam hantu. Tapi perasaan itu...perasaan itu...ah sukar tuk di definisikan.

Menambahkan lagi kadar kesibukanku bila dipaksa rela terlibat dengan KIK. Punyalah beban. Lansung tiada fun buat benda-benda macam ni. Renyah, remeh, rumit, leceh. Untungnya habis semalam konvensyen tu. Whoaaaa...Lega. Baru aku terasa aku ialah seorang manusia. Sebelum ni bukan manusia. Sebelum ni aku ialah Princess Anna dalam citer Frozen tu. "Do you want to build a snow mannnn...." Ah melalut banyak melangkau sempadan da aku ni. Tapi citer tu memang best! Kelakar, sedih, sayu di olah dengan baik. Aku menitiskan air mata menonton Frozen tau. Filem kartun animasi pun leh menangis? Sebelum ni pun aku pernah ja menangis tengok Monster Inc. Kartun jugak...Haha

 
Pic sumbangan search engine semata. Aku mencari macam hapa di TGV Imax 1Utama tuk bergambar ngan figura-figura ni.

Mencari yang macam inilah tuk Frozen tapi haram tak jumpa. Biasa ada. Hakikatnya tiada. Sob sob...

Eh? Bukan tadi citer sal KIK ke? Hehe. KIK tu lebih kurang maksudnya konvensyen inovasi dan kreatif. Pertandingan antara unit. Yang masuk tu lima unit ja. Unit-unit yang lain beralasan tak sempat nak wat inovasi. Jadi mendapat tempat terakhir adalah lebih baik kot dari tak buat lansung...kan? Ya, aku tau ini ayat penyedap hati. Tapi betul la kot. Sebelum kita melanjutkan perbincangan tentang soal kalah menang, aku rasa kita patut pertimbangkan dahulu persoalan ini...

Macam mana nak menang kalau misi dan visi 'tersirat' kumpulan ialah "Asal ada"? Bagitau aku macam mana tu? Hehe

 Tengok nama kumpulan pun dah tau betapa kreatifnya aku. A jer. Sebab aku kan Ana. Haha

Ahli kumpulan pilihan aku. Ikut suka hati aku nak pilih siapa. Padahalnya aku bukan ketua pun. Ya ampun ketua, saya telah melangkau sempadan tanpa disedari. Eh? Tinggi rupanya aku. Dahla comel, tinggi pulak macam model...Lalalalalaaaaa

Projek kami sebenarnya dah berjaya di aplikasikan sejak bulan September. Cuma KIK kalau nak menang kena handal wat dokumentasi. Yang menang slide power point nya sampai ratusan slide. Semua nak detail. Semua nak cantik. Aku tak terdaya. Aku gi kerja pun tak pakai make-up. Bedak pun tak. Oh tiada kaitan eh? Alasan sumer tu. Sebenarnya, aku yang kurang bijak mengagihkan kerja. Kurang bijak membahagikan masa. Maafkan aku...*tunduk muka ke bumi, sambil kaki kuis-kuis habuk kat lantai*

Seperkara lagi, akhirnya adikku bertunang. Punyalah kontroversi. Punyalah penuh dengan kisah cinta tragis dan air mata. Kalau di novelkan mungkin laku. Kalau di filemkan pun aku rasa rating penonton adalah mengagumkan. Tapi aku respect dengan cara dia berfikir. Dengan cara dia membuat keputusan. Dia tegas dengan pilihannya. Dia sangat menitik beratkan masa depannya. Aku cemburu dengan cara pemikirannya. Aku patut berfikir sepertinya dahulu. Aturan Allah aku ialah kakak dan dia ialah adik. Tapi pemikirannya seperti dia ialah kakak. Sekarang aku semakin faham kenapa ramai orang ingat aku ialah adik bila berjalan dengan dia. Tehehehe

Oh, ini bukan adik aku yang bertunang tu. 

 Dia ummi pada Muhammad Faqih yang diakikahkan pada hari yang sama

 Ni baru betul. Nor Hidayah Mohd Napiah. Rebutan mak-mak orang. Hehe. Maaf aunties sekalian. Setakat ini dia dah jadi tunangan orang. 

Sambutan hari jadi Nur Amni Dayini kali ke 2. Suh tiup lilin pun malu. Mengikut aku la tu. Pemalu. Hikhik...

Ida...Angah doakan Allah memberikan dikau yang terbaik...

Eh!TuAjeLahKali.Bye

Friday, November 22, 2013

SIPMA 2013 Akhirnya Melabuhkan Tirai

Salam dari Jugra,

Hari ni, Gambang ditinggalkan. Malam tadi ialah Majlis Penutupan SIPMA 5. Lega dah semua. Aku? Hehe. Aku sebenarnya lama dah meninggalkan Gambang. Seawal 18hb November. Sebab aku bertugas untuk bahagian persembahan senamtari untuk Majlis Perasmian pembukaan pada 17hb November. Habis tugas, lari laju-laju meninggalkan Gambang. Demi tugas juga. Mengiringi pelajar pulang. 

Untunglah? Tak juga. Kami memulakan tugas lebih awal dari orang lain. Bermula dari bulan Ramadhan 1434H. Jumlah pelajar bukan calang-calang. Main ratus-ratus. Kesimpulannya, masing-masing ada bahagian sendiri. Maaflah kalau aku melindungi anak-anak buahku dari melakukan tugas-tugas tambahan. Aku rasa sedikit yakin untuk menjadi ketua untuk tugas lain selepas ini. SEDIKIT yakin. Harap maklum.

Seikhlas hati, pengalaman di SIPMA sangat berharga. Sangat bernilai sehingga menyebabkan aku tidak mahu lagi terlibat dengan aktiviti-aktiviti peringkat tinggi selepas ini. Leh kasi jantung, arteri, ventrikel, vena bekerja lebih keras. Lebih masa. Air mata nyaris nak tumpah. Ayat mudah, stres nak menguruskan semua ni. Cukuplah sekali rasa. Kalaulah pengalaman itu boleh aku frame kan untuk aku gantung di dinding rumah. Kalaulah....

Aku bersyukur, dengan segala tekanan yang aku hadapi aku masih boleh bertugas secara profesional. Mungkin bukan 100%, tapi 75% tu rasanya ada. Kalau ikutkan kata shaiton nir rajim, nak aje aku memaki orang. Nasib aku masih waras, masih dalam lindungan-Nya. Jadi paling dahsyat pun aku cakap masa hangin aku tak baik is bongoks. So, kira aku masih terkawal dan tak terdesaklah kan? Kan?

Ah, semua tu dah berakhir. Yang penting semua perkara berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Syukur.

Kolej Matrikulasi Pahang cantik. Kawasannya berbukit. Landskap pun leh tahan. Istimewa sebab ada tasik tuk berkayak. Ada laluan berbukit tuk berjogging. Tapi belum boleh menandingi keindahan Kolej Matrikulasi Perak. Ini pendapat aku. Orang lain punya pendapat, silalah lontarkan di blog masing-masing k. Bilik asrama pun kemas. Sangat hampir dengan Gambang Resort Waterpark.

Hujan emas di negeri orang. Hujan batu di negeri sendiri. Seindah-indah KMPh, KMS juga bertakhta di hati. Hehe. Kesimpulannya, semua Kolej Matrikulasi seluruh negara ada keistimewaan sendiri. Jomlah masuk program matrikulasi semua. Jommm...

Kami di malam kemuncak. Redha ja masing-masing sebab hujan mula turun rintik-rintik. Syukur rintiknya separuh jalan. Dengar citer panggil bomoh tolak hujan. Dengarnya...kesahihannya? Ah, abaikan.




Sumer gaya di atas di kareografer kan oleh aku. Hehe. Team mates, thank you very much!






With the students. Sebahagian dari mereka. Tak mampu nak kumpulkan 300 orang bergambar sekali. Apa yang ada ja aku publish kan di sini. Aku memang suka wat kerja mudah. Sila pasrah dengan pensyarah anda ini. Anyway guys, thank you very very very much again and again and again. Pasni, I takan kacau lagi hidup korang dengan gaya hidup sihat dan majulah sukan tuk negara k. Pandai-pandailah membawa diri. Kalau tergemuks, okay ja kot nak jumpa I minta tips. I charge you murah-murah ja. Bawa kad matrik tuk mendapatkan diskaun 10%.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Monday, November 18, 2013

SIPMA 2013 Kolej Matrikulasi Pahang - 96 Jam Uda Di Sini

Salam dari Gambang,

Masih di Gambang. Cepatlah kot 17 November 2013. Kami dak senamtari dari Kolej Matrikulasi Selangor dah bersedia dah ni. Yakin di hati yang mereka akan buat yang terbaik. Harap sangat cuaca menyebelahi kami dan semuanya berjalan seperti yang dirancang. Kalau Allah rasa itu yang terbaik untuk kami, maka pasti kami akan beraksi di majlis perasmian SIPMA 2013. Jika tidak, pasti ada hikmahnya. Jadiiiiiii senyumlah...^_^

Perasmian Perkampungan Sukan selesai dengan jayanya. Aku hadir sebab nak tengok dak tarian buat performance. Bukan menyibuk cuma memberikan sokongan. Maklumlah inikan Kolej Matrikulasi Selangor cawangan Pahang. Eh? Apa tidaknya? Toleh belakang nampak Ummi dengan dak tarian KMS. Pandang depan nampak Cik Tura Ketua Jabatan kami, Aiza dan Aishah. Pandang jauh sikit nampak Quinny, Rashidah, Kak Fauziah, dan beberapa teman pensyarah KMS yang lain. Di penjuru sana, nampak dak koir  KMS bersama Kak Meen. Di luar yang menyambut VIP ialah budak-budak aku, dapat bendera SIPMA lagi tuk wat lambaian maut. Jadi betullah kan, ini Kolej Matrikulasi Selangor cawangan Pahang? Kan?

Persembahan perkampungan sukan pun setel bagi malam yang pertama. Sumer yang kelam kabut dapat berjalan dengan lancar. Apa lagi yang aku nak kata? Miscommunication again and again and again and again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again again and again. 

Patut banyak lagi aku paste tapi tak adil rasanya buat pembaca blog aku. Mereka tidak bersalah. Mereka tidak tahu apa-apa. Jadi cukuplah banyak tu aje aku paste, atau sebenarnya aku kot yang sudah ketandusan idea menukil tuk entri kali ni. Eh? Wujud ke perkataan menukil? Menukil? Nukilan? Cikgu BM, toooolooooong! 

Di bawah pengaruh emosi, aku terasa yang aku patut berhenti di sini.
Jangan risau aku masih kuat. Masih tabah. Masih gagah.
Korang layan gambar je lah. Harap terubat kerinduan.

Inilah dia 200 pelajar senamtari saya yang awesome bangat.
 I am proudly said that this is my team. Terima kasih semua.  
You are the best!
Raptai pertama. Bersantai bahagia kami di atas balapan. 
Dan inilah dia anak-anak buahku yang terbaik. Tenkiu kalian 
Muda-muda semuanya, tu sebab mudah nak berurusan kot. 
Ta banyak bunyi. Ta banyak cengkadak.
Termuda berusia 11 bulan.  Tak percaya uda.
Koir KMS Kak Meen, Kak Wan dan En. Fauzi.
Dak tarian Ummi semasa perasmian perkampungan sukan.
Orang bagi ucaptama perasmian. Kami di luar kecoh bergambar. Eh? Kecoh ke?
Okay, memang kecoh. Soryy dan lariiiiii...
Tuan Hilux, kami tumpang duduk ya.
Malam persembahan perkampungan sukan. Tuan Pengarah KMS, Haji Mustafar yang baik hati.
Eh? Apa kaitan Sukan Institusi Pengajian Malaysia (SIPMA) dengan majlis kawen ni? Cer teka.
Clue -Baju-baju kami. Pernah kau nampak orang gi kenduri kawen pakai baju sukan? Pernah?
Tak leh nak relate lagi pa kaitan SIPMA ngan majlis kawen ni? Ah u alls ni
 Tekalah sampai dapat. Selamat mencuba dan selamat beramal. Hehe

Eh!TuAjeLahKali.Bye!



Saturday, November 16, 2013

SIPMA 2013 Kolej Matrikulasi Pahang - Masuk 48 Jam

Salam dari Gambang,

Masuk detik 25 jam kami di sini dimulakan dengan arahan yang bersimpang siur. Arahan tak jelas. Arahan kabur. Arahan tah apa-apa. Kejap orang ni cakap macam ni. Kejap nanti orang tu cakap macam tu. Jarak masa tak sampai 30 minit pun. Arahan akan bertukar-tukar sekelip mata umpama magis. Mungkin tujuan asalnya adalah untuk menguji kesabaran dan ketabahan perantau-perantau macam kami ni.

Sesungguhnya kami redha dan sesungguhnya aku faham tentang sesuatu. Oh, beginilah rupanya aktiviti peringkat kebangsaan. Aku dah boleh bayangkan aktiviti peringkat antarabangsa macam mana kelam kabutnya. Kini aku sedar. Terima kasih Malaysia! Terima kasih kerana memberikan aku panduan. Panduan, jika kalaulah kalau aku ditawarkan untuk menguruskan aktiviti di peringkat antarabangsa pula. Pasti aku akan fikir semasak-masaknya sebanyak lebih dari seratus lima puluh satu juta kali untuk menerimanya. Pasti.

Bajet hot sangat aku kan? Sampai terfikir yang akan ada orang nak tawarkan aku kerja peringkat antarabangsa.  Hehe.

Raptai pertama berakhir jam 11.00 malam. Kaki dah mula melenguh. Badan dah mula sakit-sakit. Aku dah rasa seram sejuk. Oh, tolonglah kekalkan kesihatanku ya Allah.Walau bagaimana pun, raptai berjalan tidak selancar yang di impikan oleh penganjur. Giler, raptai pertama mau sempurna. Memang tak mungkin. Mengulang dua kali untuk raptai malam ni. Tu sebab meleret sampai jam 11 malam.

Masuk hari kedua, aktiviti adalah lebih lancar. Pelajar-pelajar pun sudah memahami untuk bagaimana meneruskan hidup di bumi Pahang Darul Makmur ni. Cuma masih ada satu perkara. Mikrofon. Ooooooooo hai. Satu hari tanpa mikrofon. Baiklah. Dua hari tanpa mikrofon? Oh tidak. Ini bukan 10 atau 20 orang pelajar. Ini 200 (DUA RATUS) pelajar weh. Aku tulis nombor siap dengan terjemahan sekali. Moga dikau mengerti. Nanges kalau berterusan macam ni. Jadi aku kena jadi bijak dengan mengadu domba. Dan akhirnya berjaya. Haha. Miscommunication as usual. Jadi bersedia semua wahai pembaca blog yang budiman. Tips pertama kalau involve aktiviti peringkat level tinggi, sila bersedia dengan miscommunication problems. Beware!

Latihan hari ni alhamdulillah berjalan lebih baik dari semalam. Rasa lebih yakin untuk melihat pelajar-pelajar perform pada 17 November 2013 nanti. In Shaa Allah semua akan berjalan seperti yang direncanakan. Aaaamiiiinnnnn.

Aku baru teringat aku kena bertugas tuk malam perkampungan SIPMA juga rupanya hohoiiii.

Eh!TuAjeLahKali.Bye.

Thursday, November 14, 2013

SIPMA 2013 Kolej Matrikulasi Pahang - 24 Jam Yang Pertama

Salam dari Gambang,

Hehe. Rare pulak rasa kasi salam dari Gambang. Aku skang bersiaran dari Pahang. Kerana SIPMA. Baru ja sampai hari ni. Penat hoiiii menguruskan lebih kurang 200 orang pelajar. Bawa dari Jugra ke Gambang naik bas berjujuk tujuh. Bas Kolej Matrikulasi Perlis dua bijik, Perak, teknikal Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Ta tahu pula begini penat menguruskan budak. Note aku berdering-dering dari hari Isnin dengan macam-macam hal. Dalam bas, tidur adalah haram sama sekali untuk aku. Mengadap wasap tak habis-habis. Itu dan ini. Semua hal SIPMA. Sebelum ni bawa juga budak keluar tapi sebab KAKOM. Kalau KAKOM semua urusan pensyarah KOKO uruskan. Kali ni kena urus sendiri...pening mabuk aku jadinya.

Patut gerak jam 2 petang, tapi seperti kuduga jam 3 petang. Sudahnya jam 930 malam baru sampai ke Kolej Matrikulasi Pahang. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan walaupun aku agak trauma dengan simpang masuk ke Gambang ni. Masih terbayang-bayang lagi kisah budak terbang terbaring atas jalan.

Sesampai KMPh, tiada apa-apa sambutan. Tiada hamparan kapet merah, tiada paluan kompang, tiada lambaian bunga manggar. Konsepnya sangat mudah. Pandai-pandailah kau membawa diri. Syukur sangat ja kami tak pasang khemah, tido dalam sleeping bag, pasang unggun api, masak air dalam mask tin. Kerna kami dianugerahkan bilik asrama yang awesome. Yeay.
 Inilah bilik asramaku untuk 6 hari 5 malam. Kemas. Terpelihara. Jemput masuk meh adik kakak.

Seikhlasnya aku tak kisah duk kat asrama. Aku suka. Feel muda 22 tahun gitu. Berkongsi bilik air dengan students pun aku tak heran sangat. Dah muka macam students, so wat pa nak heran kan? Haha. Best pa perasan. Kalau korang nak perasan pun, eh apa salahnya?

Giler gigih aku study timetable pergerakan pelajar pensyarah sepanjang SIPMA sambil TERpaksa makan nasi lemak beli di RnR Temerloh tadi. Pas makan aku tidur. Macam bagus ja, macam healthy ja tidur lepas makan. Hehe

Pagi pertama di Pahang, kami semua berkumpul dengan semangat waja membara di jiwa. Tak sabar nak wat latihan senamtari kunun. Tau apa yang terjadi? Kalau malam tadi, sampainya kami di sini dengan konsep pandai-pandailah kau membawa diri. Rupanya konsep tu berlarutan sampai ke siang. Cuma tajuk konsep ja jadi lain sikit. Konsep "Kajang Pak Malau Kajang Berlipat". Berdikari sungguh kami di rantauan. Cari portable audio sendiri, guna portable audio macam hapa. Sumer main try & test. Main tekan ja sumer butang. Mikrofon tada. Healer tada. Yang ada hanyalah suara original yang di high pitch kan untuk mengawal 200 orang pelajar.  Tempat berlatih panasnya Masha Allah. Bukan setakat mekap cair, kulit muka pun leh tersiat. Panas dia lain macam. Menyucuk-nyucuk. Di minta carikan tempat yang teduh, tak dapat. Maka...


Bertebaranlah semua pelajar berlatih membawa diri. Campaklah mana-mana kami ni wehhhh. 
Leh ja kami wat latihan. Lalalalalalaaaaa.

Tapi pandai Kolej Matrikulasi Pahang amek hati kami tau. Bagi lunch ayam masak kari Masha Allah sedap giler. Sampai menjilat kaki kata students.  Lapar sangat lettew sampai menjilat kaki. Aku steady ja. Alhamdulillah memang sedap. Tapi belum sampai tahap nak jilat kaki kot. Tehehehe.

Eh!TuAjeLahKali.Bye.

Monday, November 11, 2013

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Salam Dari Jugra,

Entriku kali ini tiada kaitan dengan lagu Tegar yang femes tu. Bau-bau bacang pun tak. Cuma terpanggil untuk menaip entri bila tengok, "Eh, banyaknya skul yang wat Hari Graduasi hari ni". Hari Graduasi sekarang tidak terhad kepada orang nak amik ijazah di universiti ja ya. Anak-anak seawal usia 4 tahun skang pun graduate tau.

Hari Graduasi. Hari Penyampaian Hadiah. Majlis Anugerah Kecemerlangan. Sama ja sumer tu. Nama majlis nak bagi hadiah zaman skang kemain ta nak kalah. Kalau aku jadi pengetua akan ku namakan majlis tu sebagai Majlis Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. Pasti saat itu aku akan menjadi pengetua tersohor serata alam di atas kekreatifanku itu. Dahla kreatif, comel pulak tu lah aiiii...^_^

Eh, aku selalu bagi pendahuluan panjang-panjang. Dulu belajar, seingat aku pendahuluan satu perenggan ja. Ni kalau cikgu BM baca, mesti aku dapat penalti. Alaaa cikgu, ini blog bukan karangan BM SPM. Kamon la cikgu. Huh, dahla wat tak ikut format, menjawab pulak tu kan? Sila ambil perhatian wahai pelajar-pelajarku. Ini amaran. Kowang dilarang wat perangai gini ngan aiii k. Sila takut.

Back to the point. Ramai rerakan FB yang gi Hari Graduasi hari ni. Yang update tu, sumer anak-anak dorang hebat-hebat belaka. Ada yang dapat hadiah tempat pertama dan ada yang dapat hadiah tuk matapelajaran terbaik. Aku faham perasaan tu. Perasaan gembira, perasaan bangga bercampur baur. Perasaan yang sukar digambarkan. Hanya yang mengalami akan merasainya.

Aku yang dulu agak  negative thinking. Kalau ada rakan-rakan update di FB sal mende-mende camni aku rasa, "Eh, tayah la kot bagitau sumer orang. Macam bagus ja. Macam hebat ja". Banyak lagi status di FB yang aku rasa nak cakap macam tu. Teruk kan aku? Lebih paranoid bila aku sampai rasa nak tutup akaun FB sebab rasa meluat membaca status orang sebegini.

Tapi itu dulu. sekarang pandangan aku dah berubah kot. Sebab aku terbaca dalam sebuah buku. Nak bahagia, nak happy, kita mesti bahagia dan happy dengan hidup orang lain di sekeliling kita. Ayat mudah. Tumpang bahagia orang. Tumpang happy orang.  "Kau nape nak main tumpang-tumpang ni?". Tapi sejujurnya, jiwaku lebih damai begitu. Jujur ni weh. Tolonglah percaya.

Tengok kawan update status sal motor  Ducati 1199 Panigale R 201hp with Race Exhaust yang baru dibeli 7.5 saat yang lalu. Tekan like laju-laju dengan kadar kelajuan menyamai kelajuan cahaya dan tanpa berfikir panjang, terus comment "Wahhhhh...bestnya. Nak tumpang".

Tengok kawan upload pic sal percutiannya di Lilongwe, Malawi. Like dan comment "Nak ikut, nak ikut".

Tengok kawan upload pic anak dia dapat sijil, dapat plak, dapat hadiah untuk segala macam pencapaian dalam apa-apa jua pertandingan, peperiksaan... tekan like. Comment something yang membahagiakan.

Sebab buku tu kata, kalau kita tumpang bahagia dan tumpang happy ngan segala macam kebahagian dan kegembiraan orang. Ada kebarangkalian kita akan mendapat aura bahagia dan gembira kawan kita tu. Alah, mudahkan citer, pendekkan ayat.  

Positive thinking & everything around you will be positive too.
Negative thinking & everything around you will be negative too.

Nak tahu? Semasa aku yang dulu. Semakin aku meluat dengan status sedemikian rupa, semakin banyak lak status sebegitu muncul. Bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Nah, siap aku guna peribahasa untuk mengukuhkan hujah. Sekarang. Semakin aku bahagia dan gembira dengan status-status seumpamanya. Semakin banyak lak perkara-perkara yang bahagia dan menggembirakan muncul dalam hidupku. Jadi, korang nampak tak permainannya di situ? Nampak?

Tak nampak? Tak faham? Baik. 
Mungkin korang kena pinjam mikroskop makmal Biologi untuk nampak dengan lebih jelas.

Oh, seperkara...Hujung minggu hari tu, aku pun salah seorang dari ibu yang bertuah...Hehe

 
Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Sunday, November 3, 2013

Resepi Mudah: Donut

Salam dari Jugra,

Seperti yang di janjikan, aku bagi resepi wat donut yang super senang. Aku berdoa dengan penuh harapan agar janganlah sebarang chef tersohor yang TERbaca blog picisan aku ni. Besar kebarangkalian aku akan di hantam secara bertubi-tubi kerna mencabul cara pembuatan donut tradisional. Cara aku wat donut memang seperti orang malas wat donut dengan motto tersemat kejap ~ "Asal siap. Asal sedap". 

Ah, mainan perasaan aku je ni. Perasan tak habis-habis. Jangankan chef, tukang wat beger pun tak tentu lagi nak baca blog aku.

Meh wat donut dengan cara yang mudah meh.


Bahan-bahannya :-
Tepung Gandum
Mauri Pan Instant Yeast
Susu Pekat Manis
Sebiji kentang sederhana besar
dan
sebatang senduk

Sebatang senduk sangat penting disini sebab sukatan aku berdasarkan senduk ajaib IKEA tu. Maknanya kalau nak guna senduk yang sama, carilah di IKEA. Pasti ketemu.


*sila baca dari kiri kekanan*

3 senduk tepung gandum
3/4 senduk Mauri Pan Instant Yeast
Kentang sederhana tu rebus dan lenyek dan campurkan dalam adunan
1 senduk susu pekat manis

Gaul sebati dan uli dengan penuh kasih sayang

Rehatkan doh untuk memberikan peluang kepada Incik Mauri Pan bertindak pantas. Oh, sebelum saya terlupa, sila tutup doh anda kerna sejarah telah membuktikan ia seorang yang sangat pemalu. Selepas 15 minit doh akan mengembang sekali ganda. Kemudian  barulah buat bentuk bulat-bulat atau bentuk donut tu

Lepas tu, biarkan lagi dalam 10 minit ke. Jangan lupa tutup ia lagi k.

Kemudian, goreng dan gaul-gaul dengan gula icing.

Tan ta daaaaa... siap! Magik bukan? Bentukkan bulat tapi selepas digoreng jadi cenggini.
Hahahaaa...Aku tipu. Ini gambar sebelum aku jadi bertambah bijak.

Selepas jadi bertambah bijak aku wat bulat-bulat. Kerja yang senang, bertambah senang.

Kan aku dah kata. Motto aku dalam bidang masakan ialah ~"Asal siap, Asal sedap"
Sila jangan ambil hati.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Wednesday, October 23, 2013

Tips Kuruskan Badan Hanya Dengan 'Satu Perkataan Dua Langkah'

Salam dari Jugra,

Tajuk entri dah macam tajuk lagu kan? ^_^
Tu tak penting, isi kandungan yang lebih penting.

[Sambil pegang mikrofon;]

"Duhai rakan-rakan yang ku sayangi, kali ni saya nak bagi tips untuk kuruskan badan. Tak perlu ke London, Slimworld, atau apa sahaja pusat kecantikan yang ada dalam Malaysia atau luar Malaysia. Tak perlu ke Thailand untuk wat plastic surgery. Tak perlu mengeluarkan duit yang banyak. Hanya perlu satu perkataan, perkataan yang wujud dalam diri kita semenjak kita mula bernafas di atas muka bumi ini"

Ya, hanya satu perkataan. Perkataan yang bermula dengan huruf R. Apa motif nak panjangkan cerita aku sendiri pun tak pasti. Tapi dari hasil penelitian dan kajianku kunun, kita hanya perlu suburkan sahaja R ini dan anda akan tampak lansing lagi menawan selain sihat dan segar.

Kalian sudah dapat meneka? Bagus... kerna kalian memang terang hati. Ta dapat meneka pun tidak mengapa, kerana walau pun kalian tidak dapat meneka kalian masih boleh pergi ke IKEA tau ke MidValley untuk bershopping. Bahagia bukan?

R yang saya maksudkan ialah RAJIN. Siap huruf besar sumer, siap bold siap besarkan font. Nah nampak tak kepentingannya di sini? Nampak?

Bagaimana pula dengan dua langkah? Ya...Untuk kurus rakan-rakan sekalian, anda hanya perlu dua langkah sahaja...

Langkah Pertama :-
RAJIN mengawal dan mengatur apa yang anda makan. Kalau nak kurus memang kena kawal makan weh. Nak guna cara apa terpulang. Ada yang avoid nasi terus. Ada yang makan main meal sahaja, no junk foods. Ada yang amalkan diet 3 hari. Apa sahaja, yang penting mesti makan, tapi terkawal. Serius, keRAJINan anda mengawal apa yang anda makan akan membawa kejayaan kepada diet anda sebanyak 110%.

Langkah Kedua :-
RAJIN bersenam. Physical workout omputih kata. Banyak senaman yang boleh dipilih. Jogging, beraerobik, berenang, main basketball, badminton, berbasikal dan macam-macam lagi. Pilih mana nak berkenan di hati. Yang penting enjoy. Fakta benar tentang bersenam ialah, kalian tidak akan kurus dengan bersenam jika kalian masih lagi makan macam hantu raya. 
Tu sebab mengawal pemakanan diletakkan di carta teratas carta hati. Bukan di tempat kedua atau ketiga. Tetapi dengan bersenam akan dapat meningkatkan kadar metabolisme, dapat melancarkan peredaran darah.. Kalian akan rasa 'badan ringan', rasa cergas, rasa lebih aktif. Jadi, majulah sukan untuk negara u alls.

Tu aje. Mudahkan? Apa yang menjadi musuh dalam selimut ialah bila kita berkata "Tiada masa". Saya selalu percaya, masa cukup untuk semua orang. Tapi, bagaimana kalian menggunakan masa tersebut? Ayuh, bangkitlah. Masa sudah tiba untuk melakukan perubahan!

Aku berbunyi seperti motivator uda...

Namun kadang-kadang ada gak mulut beracun yang akan cakap, "Sibuk ngan healthy lifestyle, tup-tup dapat gak cancer, diabetic, high blood preassure" Helloooooo. Apa-apa pun kita telah berusaha okay. Kalau takdir-Nya nak kena juga penyakit-penyakit ni, tandanya Tuhan sayangkan kita. Ada hikmah di sebaliknya.

Maka, persetankan semua mulut-mulut beracun tersebut dan tanamlah azam ketat-ketat, kuat-kuat, erat-erat., "Aku mesti hidup sihat hingga akhir hayat".  Insha Allah jika itu yang terbaik, pasti Tuhan akan makbulkan.

Jadi, jangan lemah semangat ya sayang...
Tontonlah iklan Thailand yang awesome ni, moga kalian beroleh kesedaran... ^_^


Eh!TuAjelahKali.Bye

Thursday, October 3, 2013

Kisah-kisah Bulan September

Salam dari Jugra,

Aku nak update citer lama sekali lalu.  Dua kali memang tak lalu. Tengah memikir. Mahu dalam reverse chronological order atau macam mana?Ah...Abaikan. Ikut suka hati aku.

1. Majlis Penutupan Rasmi Sambutan Bulan Kemerdekaan
Sekarang ni menjadi trend untuk mengadakan sambutan kemerdekaan selama sebulan. Dek sebab sambutan Ambang Kemerdekaan aku pergi seorang diri, kali ni aku angkut sumer sekali. Dalam hebahan kata digalakkan pakai pakaian kebangsaan. Beriya aku pakai kebaya, anak-anak pakai baju melayu. Sekali...Cis. Dah la tudung baru, susah nak betul...Eh?


2. Larian Obor SIPMA 2013
Sempena SIPMA bulan Nov ni. Dorang main pas-pas obor. Stat dari Kolej Matrikulasi Perlis. Berakhir di Kolej Matrikulasi Pahang. Aku diamanahkan wat senamtari. Rasa serabut perutlah pulak bila terlibat dengan aktiviti peringkat kebangsaan ni. Cepatlah SIPMA hoiiiiih...


Hari ahad ni weh. Sumer wajib hadir.WAJIB! Amaran keras. Silalah takut.

3. Main masak-masak
Sekali lagi aku makan pasta dengan sambal belacan. When east meet west. Barulah betul-betul anak kampung u alls. Cubalah, pasti hidup lebih adventure.


Tuk anak-anak aku masak donut. Ya donutttttt memanjang. Dorang ialah penyokong tegar si donut, maka donut je la yang aku masakkan. Resepi wat donut leh wat doh pizza. Nantila aku update cara nak wat donut. Ecehhhh, bila si pemalas memasak nak update resepi. Tajuk entri nanti haruslah gempak. Supaya nampak gah walaupun hakikatnya...

4. Latihan senamtari SIPMA
Satu ayat menggambarkan latihan senamtari ni. "Penat". Bukan penat nak berjoget beraerobik. Thats my feveret. Bukan penat ngan students. They are awesome.

Tapi

Penat dengan karenah pihak-pihak berkuasa. Kejap nak pendek. Kejap nak ramai. Kejap orang sana. Kejap orang sini. Kejap jadi itu. Kejap jadi ini. Apakah?


Atas is Ija our kareografer. Nasib kolej hire Ija. Kalau tak... aku pitam banyak kali! Masa ni hari Ahad (sila take note). Patut jam 10 habis tapi takdirnya jam 1130 malam baru habis sebab pengarah kami yang baik hati nak jumpa semua AJK.

Sebab pengarah baik hatilah kami akur walau pun hari Ahad. Walau pun dah nak hampir tengah malam. Walau pun Lin terpaksa mengangkut si kenit Nazmi. Walau pun... Kami redha. Kerna kami berkhidmat untuk negara (sambil ambil bendera Malaysia dan mengibarkannya secara berirama ke kiri ke kanan ke kiri kanan kiri kanan...)

5. KATMO
Kalau pandai tekalah KATMO tu abbreviation tuk apa? Cepat-cepat. Sapa betul dapat hadiah. 


Okay, korang tak kuasa pun nak teka apa tu KATMO kan? KATMO ni ala-ala macam sukantara di sekolah.Bezanya tiada rumah sukan, tapi mengikut sekolah dalam daerah Kuala Langat. Empat acara yang dipertandingkan ialah lari lompat berpagar, 100m, lontar peluru dan lompat jauh. Oh, bukan aku yang masuk KATMO ni. Amni yang masuk. Aku hanyalah pencinta kepada gaya hidup sihat. "Majulah Sukan Untuk Negara"

6. Book & PC Fair
Pertama kali dalam sejarah  KMS adakan Book & PC Fair sekaligus. Jangan dibayangkan macam di PWTC. Satu per empat PWTC pun tak. Tapi jadilah wat cuci-cuci mata selain melampiaskan nafsu sebagai seorang bekas shopaholic. Ya, aku sudah berubah. Tolonglah percaya.


Sumer yang di atas sumer shopaholic. Yang students kemain lagi. Dapat voucher buku 1M kowang buat hapa haaaaa? Nak kena libas dengan rotan sorang-sorang ni (dengan nada suara yang penuh kecemburuan).

September is actually am being super duper busy with lots of activities. Coming one after another. Non-stop. October and November, be nice to me k? Please...

Baik...
Berhenti mengharap...
Selagi SIPMA tak habis.
Selagi tulah...
Baik. Titik

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Wednesday, September 18, 2013

Setahun Berlalu

Salam dari Jugra,

9 Zulkaedah 1434H, majlis tahlil dan bacaan Yaseen diadakan bagi mengingati pemergian Abah ke rahmatullah. Genap setahun Abah pergi meninggalkan kami dengan sejuta satu kenangan. Abah yang sentiasa berfikiran terbuka. Abah yang penuh semangat untuk setiap apa yang dia lakukan. Abah yang kuat. Abah yang tabah dalam setiap apa ujian yang menimpa. Itulah Abah yang aku kenal.

Dulu, akulah yang paling manja dengan Abah. Tah apa sebab, tapi aku memang manja dengan Abah. Sampaikan tidur pun aku nak tidur dengan Abah walaupun dah menjangkau belasan tahun. Kena sound direct dengan makcik, barulah aku tak mengendeng dengan Abah kalau nak tidur. Aku tak betah dengan Mak. Misteri Kg Pisang. Tapi itulah aku. Lebih banyak bercerita dengan Abah berbanding Mak.
 
Dulu, aku jugalah yang Abah nobatkan sebagai anak terdegil dari 7 orang anak-anaknya. Ada ja adik beradik lain yang degil selain aku. Tapi aku yang TERdegil. Aku tak ambil hati pun bila Abah bagi penganugerahan khas berprestij sebegitu. Sebab aku memang degil. 

Masa aku nak pilih kursus untuk Ijazah. Berkeras aku nak ambil Sains Komputer walhal Abah bersekongkol dengan nenek melobi aku bertubi-tubi supaya aku amik bidang kedoktoran. Masa aku memilih jodohku. Abah memberi nasihat panjang-panjang, lebar-lebar. Tapi aku tetap aku. Mahu tak mahu, Abah akhirnya akur dengan kekerasan aku.

Dulu, aku menjadi kebanggaan Abah. Aku yang pertama dari seluruh keluarga, baik dari sebelah Mak atau sebelah Abah yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan. Dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah. Akulah yang pertama menjejakkan kaki ke Universiti. Dan sudah semestinya aku yang pertama menggenggam segulung ijazah. Setiap kejayaan yang aku perolehi, Abahlah yang paling beriya mencanangkannya ke seluruh taman. Dulu aku anggap Abah seperti riak. Tapi sekarang bila ku fikirkan semula. Bukan riak sebenarnya. Tapi gembira teramat tersangat-sangat sampai Abah tak boleh nak simpan aura gembira tu seorang-seorang. 


Idea Abah supaya gambar kami adik beradik ambil ijazah di framekan. Ikutkan, kami semua macam tak setuju. Segan owh abah nak letak kalau boleh depan pintu rumah, tapi akhirnya sebulat suara letak di main hall. Bertahun, barulah impian Abah kami laksanakan. Itu pun bila Abah dah diagnose kan colon cancer stage IV. Derhaka rasanya kami melambat-lambatkan impian Abah. Maaf Abah, kami salah mentafsir niat hati Abah.

Abah selalu cerita, dulu dia juga bijak. Cuma kemiskinan yang menghalang Abah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Mungkin Abah bahgia tengok kami adik beradik berjaya dalam pelajaran. Masih terngiang-ngiang skrip Abah. "Kau belajar saja. Duit biar Abah yang uruskan. Usah risau"

Aku antara anaknya yang belajar dalam kepayahan. Di kampus aku makan ayam seminggu sekali. Makanan bercatu. Kerja part-time di kedai fotostat untuk menampung hidup di USM. Komputer beli sendiri. Duit pinjaman JPA kena pandai-pandai bajet. Di akhir-akhir hayatnya, Abah selalu ulang-ulang cakap, "Kesian ko dulu. Susahnya belajar. Tak macam adik-adik kau. Minta duit ja dapat". Aku jawab, "Takpela bah, Abah dah berusaha. Mungkin rezeki adik-adik dapat belajar dengan lebih selesa"

Semasa akhir hayatnya, Abah banyak habiskan masanya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Asal jumpa aku, mesti cakap, "Pandai kau. Tak ambil kursus doktor masa Ijazah dulu. Abah sembang-sembang dengan doktor-doktor muda di PPUM. Teruk dorang kerja. Nasib kau tak amik doktor". Aku senyum ja mengingat kembali detik kerasnya aku meletakkan Sains Komputer sebagai kursus pilihan pertama. Doktor aku letak juga untuk cover line. Kalau Abah tanya, aku leh kata aku letak doktor dalam pilihan tapi teda rezeki nak dapat. Padahalnya aku letak doktor sebagai kursus yang paling akhir. Pilihan kelima

Masih ingat, kali terakhir aku bercerita dengan Abah. Dalam kereta semasa perjalanan pulang ke kampung untuk Aidilfitri 1433H. Aku bercerita tentang kenaikan pangkat dan kebarangkalian aku kena berpindah, mungkin ke Labuan. Abah jawab, "Pergilah. Apa salahnya berkhidmat di tempat orang". Aku kata, "Family macam mana bah?". Abah kata, "Kalau itu  yang Allah aturkan. Pasti ada hikmah disebaliknya. Kalau tiba masanya, kau akan uruskan segala perkara dengan baik". 
Aku senyum laju-laju. Hilang segala gusar. Sekarang tahukan, apa sebabnya aku lebih suka bercerita dengan Abah. Jawapannya mudah, menenangkan dan mendamaikan. Sikap keterbukaan Abah sangat mengagumkan. How I miss him so much! Ah...Touching uda ni...


Sisters. Abah, kami takkan pernah berselisih faham. Kami janji!


Pegang erat janji untuk menjaga dan menggembirakan hati Mak seperti yang Abah nak. Brother & sisters, mudah-mudahan kita akan bersatu hati hingga Jannah. Aaamiiinn.

 Anak. Anak Saudara. Sepupu. Cucu.

Kami bersama-sama, berkumpul hari ini kerna Allah. Kerna Abah.
Al-Fatihah...

Eh!TuAjeLahKali.Bye.