Showing posts with label positive thinking. Show all posts
Showing posts with label positive thinking. Show all posts

Monday, June 4, 2018

Merungut

Akulah ratu rungut tu. Dulu.
Sekarang, pun masih merungut.
Tapi lebih berhemah, beringat dan bersederhana.
Hajat dihati, tanak merungut lansung.
Macam tak realistik ja hajat tu.
Baiklah, aku merungut juga tapi diam-diam.

Paling hampir kejadian merungut melampau ni pada tahun lepas (2017). Kejadiannya ialah kami, pensyarah Sains Komputer di Negeri Sembilan kekurangan tenaga kerja selepas kawan-kawan seramai enam orang bergerak keluar untuk kebaikan. 

Mula tu aku nak chill, tapi bila mengajar banyak jam ditambah kerja-kerja tambahan, tantadaaaa masa tu lah aku mula melagukan lirik-lirik berbaur rungutan. Merungut, merungut, merungut, merungutttt... (nyanyi ikut bait lagu Selangit-Mas Idayu). 

Sampai satu tahap, aku belajar untuk redha dan percaya bahawa semua yang berlaku hanya untuk kebaikan kepada semua ahli unit umumnya. Sehingga ke tarikh ini, kami masih berdua belas, tanpa tambahan ahli baru. Alhamdulillah, memang benarlah perancanganNya. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mengetahui.

Terkini minggu lepas semasa minggu MPPB. Sedia maklum aku jadi mentor tunggal untuk menguruskan segalanya untuk mentee-mentee ku. Dalam dua belas pensyarah Sains Komputer, empat orang dari kami jadi mentor tunggal. Lapan orang lagi ada pairing. Disebabkan ada geng, aku pun chill ja. Tak merungut. Yassss!

Tiba hari kejadian, depan bilik tutor. Eh eh ehhhh... yang tiga kawan konon mentor tunggal satu geng tiba-tiba datang penyelamatnya. Sudahnya aku sorang-sorang ja yang terpilih menjadi tunggal selamanya. Masa tu, masa tu... aku dah mula rasa tak best. Mood dah mula goyang kiri kanan depan belakang. Aku dah ada rasa nak meroyan. Tapi untunglah sel-sel otak dapat berhubung dengan baik. Seperti tak berbaloi kau meroyan, tenaga yang ada baik aku gunakan untuk handle aktiviti. Be positive, Allah bantu.

Slowly aku cool down sendiri. Hikmah Ramadhan Kareem. Agaknya, maka nafsu amarah agak terkawal. Sudahnya aku handle sorang-sorang tung-tang-tung-tang. Sampailah part borang-borang-borang... Haaaa ini memang part paling renyah dalam sejarah pendaftaran pelajar baru. Saban tahun tak pernah gagal buat aku kerja lebih.

Tapi tahu apa? Semua 16 orang mentee berjaya melengkapkan semua borang. Adalah lima ke enam orang yang tersalah saksi, tersalah itu ini. Tapi semua minor mistake. Allahuakbar! Kiranya disuruh hantar hari tu pun aku boleh usahakan. Subhanallah indahnya dunia aku rasa.

Semalam, sekali lagi berita terbaru tergempar terviral aku kira. Kami tak dapat bonus raya dan wujudnya Tabung Harapan Malaysia. Tak dapat bonus, apa rasanya? Alhamdulillah, untuk aku, aku rasa biasa-biasa ja. Once diumumkan (oleh Incik Suami), aku kata takpelah. Kita masih mampu. Raya tetap on gitu. Cuma berfikir peruntukan mana nak guna untuk duit raya. Insha Allah ada. Tak banyak, sikit pun boleh kan?

Serius tak rasa apa-apa, beraya sakan in the term of  baju raya, selendang, kasut, kuih dan muih beraneka macam memang dah lama tiada. Pupus ikut umur ke faktor apa aku pun tak pasti. Untung je Amni dan kembar pon sama. Budak-budak ni hepi untuk makanan je. Material, memang kurang. Aku siap cakap ngan kembar, baju raya takde tapa ke? Kembar cakap... Tak apeeee.
credit pic from utusan.com.my
Tabung Harapan Malaysia. Ada tabung untuk negara okay. N.E.G.A.R.A. Wow! Comel pulak aku rasa. Hikhik. Alhamdulillah, sepanjang aku bernafas merasa juga aku akan sejenis kecomelan ini.Ini bukan double meaning. Membayangkan tabung, terbayang tabung Hello Kitty pink dengan mini mangga, mini kunci. Paling best, siap ada muzik bila masukkan duit syiling. Comel bukan?

Ada jugalah yang aku dengar, atau terbaca. Tiada bonus, tabung pulak muncul. Alhamdulillah Allah kurniai aku ketenangan tanpa rungutan menerima berita. Yang tegang tu, mungkin dah ada plan nak buat apa dengan duit bonus (sebab sepertinya pertama kali tak dapat bonus raya sepanjang perkhidmatan). Aku doakan, tegangnya sebentar, tenangnya lama selama-lamanya. Percaya selalu, Allah pemberi rezeki mutlak.

Ringgit tak dapat, tapi kesihatan, kekuatan, keselamatan, ketenangan, kenikmatan dapat! Insha Allah
Weeeiiii tambah sakan raya kita nanti 😀.

Monday, October 2, 2017

Berkat Bersangka Baik

Salam dari Senaling,

Alhamdulillah, happy sangat aku di hari Isnin ni bila dapat tahu jam mengajar dari 20 jam seminggu jadi 16 jam. Sebenarnya kembali semula ke jadual asal sebelum tiga pensyarah Sains Komputer keluar untuk sambung belajar awal September hari tu :)

Paling happy  bila empat jam yang diambil tu ialah kelas petang. Allahuakbar Allahuakbar. Sebagai morning person aku memang sukaaaaaaaaa sangat dapat jadual macam ni. Alhamdulillah jadual terkini, takdirnya semua kelas aku sendat padat awal pagi. Ehhh takpe takpe... Aku suka.

Bantuan Allah datang tak disangka, bila-bila masa, dalam pelbagai bentuk. Aku memang seboleh-bolehnya mahu bersangka baik bila kami mula mengajar 20 jam seminggu. Aku yakin ada seribu juta sembilan puluh sembilan ratus ribu empat ratus tujuh puluh lima kebaikan dan hikmah untuk apa yang berlaku.

Dan, nahhhh... inilah dia berkat bersangka baik itu kawan-kawan. Alhamdulillah

Aku bukan baik nau, tapi masih dan mahu belajar. Untuk pengetahuan semua sebelum bersangka baik tu aku apply, aku berkeluh-kesah-stress-mood swing-kelam-kabut jugalah. Bila dah tak menang tangan nak wat semua, terduduk... barulah terfikir semua ni DIA aturkan. Mesti ada hikmah disebalik aturan dan aku amik keputusan untuk berhenti merungut.

Terima kasih Ya Rabb, moga berpanjangan kegembiraan ini Ya Allah untukku, keluargaku, keluarga-keluargaku, jiran-jiranku, rakan-rakanku, pelajar-pelajarku, muslimin muslimat walau dimana mereka berada. 

Aamiiin.

Sunday, September 27, 2015

Tips Diet : Kenali Diri Sendiri

Salam dari Senaling,

Balik-balik dari kampung, wat tips diet. Nampak sangat obses nak kurus. Makan sesuka hati pastu kalut naik weight scale

Citer sal weight scale, aku ada kegilaan terkini iaitu timbang jisim badan minimum dua kali sehari. Aku leh timbang berat sebelum punch in atau punch out. Weight scale tu letaknya di mesin punch, tu yang aku rajin timbang. Dahlah datang awal, balik lambat. Mau tak gila. Tapi disebab kegilaan itulah aku kenal diri sendiri dan tahu bagaimana mahu control berat aku akhirnya. 

Citer sal weight scale lagi; aku baru je beli Bayers Digital Weighing Scale and Body Fat Analyzer dari http://www.lazada.com.my/. Harga reasonabale RM63 termasuk pos. Aku order hari Sabtu senja. Hari Isnin sampai. Bagus Lazada ni since ini pembelian pertama aku dengan Lazada. Memang terbaik. Setakat ni, Best Buy pun bagus. Dengan Best Buy aku memang dah biasa beli.

Sumer dia analyze. Bagus kan? 

Oh tak masuk lagi isi penting. Muahaha.

Tipsnya ialah; kenali diri sendiri. Sehingga kini aku dah mencuba banyak jenis diet. Sumernya menyeksakan. Hehe. Berdiet memang menyeksakan terutama tuk spesis dinasour macam aku. 

Kenali diri sendiri dengan kerap menimbang berat badan. Sebaik-baiknya masa bangun tidur. Bila aku timbang berat dua kali sehari aku leh perasan yang berat aku akan naik bila aku amik dinner. Kalau aku tak dinner jisim akan berkurang. Gitu rupanya.

Jadi setakat ni memang aku akan belasah makan apa yang aku suka siang harinya. Tapi menjelang malam, siren berjaga-jaga akan diaktifkan.

Terkini jisim aku 59.0 kg. Setakat ini aku memang lansung tak jaga dinner. Pizza kot dinner semalam. Sapa yang leh tahan? Tapi kalau aku stop makan jam 7, Insha Allah esok angkanya akan membahagiakan aku.

Pilihan di tangan sendiri. Pandai bijaklah memilihnya. 

Selain dari tu, aku seboleh-bolehnya akan exercise at least tiga kali seminggu. 
Percaya atau tidak, exercise tidak membantu anda untuk kurus. 
Jaga makan sahaja yang mampu wat kau kurus.


Tapi aku exercise juga tuk rembeskan hormon serotonin, hormon mood happy ...

 Eh, yang ini pun bisa merembeskan hormon serotoninku...
:)  senyum tak perlu kata apa-apa

Entri ni aku taip akhir tahun 2013.

Impian aku sangat nak berat 57.5kg. Orang-orang hebat selalu pesan; nak berjaya mesti letak matlamat. Akhirnya... Walau pun hanya mampu bertahan satu hari, T_T Sebab lepas tu, aku raya sakan kat Jengka. Pokcik aku yang satu ni memang suka jamu orang. Tu yang dapat 59.0 kg pagi ni. Tu pun malam raya, lepas jama'qasar aku bantai tidur jam 8, sebab kalau aku berjaga, sah kena suruh makan.

Aku ada satu lagi impian, kereta baru berplat nombor ANA XXXX. Incik suami selalu poyokan aku dengan matlamat  aku ni. Incik suami ingat aku memain? Kita tengok ja nanti. Moga Allah izinkan aku tunaikan impian tu kelak... Aaamiinn. ;)

 Daaa... Bye kamurang!

Monday, November 11, 2013

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Salam Dari Jugra,

Entriku kali ini tiada kaitan dengan lagu Tegar yang femes tu. Bau-bau bacang pun tak. Cuma terpanggil untuk menaip entri bila tengok, "Eh, banyaknya skul yang wat Hari Graduasi hari ni". Hari Graduasi sekarang tidak terhad kepada orang nak amik ijazah di universiti ja ya. Anak-anak seawal usia 4 tahun skang pun graduate tau.

Hari Graduasi. Hari Penyampaian Hadiah. Majlis Anugerah Kecemerlangan. Sama ja sumer tu. Nama majlis nak bagi hadiah zaman skang kemain ta nak kalah. Kalau aku jadi pengetua akan ku namakan majlis tu sebagai Majlis Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. Pasti saat itu aku akan menjadi pengetua tersohor serata alam di atas kekreatifanku itu. Dahla kreatif, comel pulak tu lah aiiii...^_^

Eh, aku selalu bagi pendahuluan panjang-panjang. Dulu belajar, seingat aku pendahuluan satu perenggan ja. Ni kalau cikgu BM baca, mesti aku dapat penalti. Alaaa cikgu, ini blog bukan karangan BM SPM. Kamon la cikgu. Huh, dahla wat tak ikut format, menjawab pulak tu kan? Sila ambil perhatian wahai pelajar-pelajarku. Ini amaran. Kowang dilarang wat perangai gini ngan aiii k. Sila takut.

Back to the point. Ramai rerakan FB yang gi Hari Graduasi hari ni. Yang update tu, sumer anak-anak dorang hebat-hebat belaka. Ada yang dapat hadiah tempat pertama dan ada yang dapat hadiah tuk matapelajaran terbaik. Aku faham perasaan tu. Perasaan gembira, perasaan bangga bercampur baur. Perasaan yang sukar digambarkan. Hanya yang mengalami akan merasainya.

Aku yang dulu agak  negative thinking. Kalau ada rakan-rakan update di FB sal mende-mende camni aku rasa, "Eh, tayah la kot bagitau sumer orang. Macam bagus ja. Macam hebat ja". Banyak lagi status di FB yang aku rasa nak cakap macam tu. Teruk kan aku? Lebih paranoid bila aku sampai rasa nak tutup akaun FB sebab rasa meluat membaca status orang sebegini.

Tapi itu dulu. sekarang pandangan aku dah berubah kot. Sebab aku terbaca dalam sebuah buku. Nak bahagia, nak happy, kita mesti bahagia dan happy dengan hidup orang lain di sekeliling kita. Ayat mudah. Tumpang bahagia orang. Tumpang happy orang.  "Kau nape nak main tumpang-tumpang ni?". Tapi sejujurnya, jiwaku lebih damai begitu. Jujur ni weh. Tolonglah percaya.

Tengok kawan update status sal motor  Ducati 1199 Panigale R 201hp with Race Exhaust yang baru dibeli 7.5 saat yang lalu. Tekan like laju-laju dengan kadar kelajuan menyamai kelajuan cahaya dan tanpa berfikir panjang, terus comment "Wahhhhh...bestnya. Nak tumpang".

Tengok kawan upload pic sal percutiannya di Lilongwe, Malawi. Like dan comment "Nak ikut, nak ikut".

Tengok kawan upload pic anak dia dapat sijil, dapat plak, dapat hadiah untuk segala macam pencapaian dalam apa-apa jua pertandingan, peperiksaan... tekan like. Comment something yang membahagiakan.

Sebab buku tu kata, kalau kita tumpang bahagia dan tumpang happy ngan segala macam kebahagian dan kegembiraan orang. Ada kebarangkalian kita akan mendapat aura bahagia dan gembira kawan kita tu. Alah, mudahkan citer, pendekkan ayat.  

Positive thinking & everything around you will be positive too.
Negative thinking & everything around you will be negative too.

Nak tahu? Semasa aku yang dulu. Semakin aku meluat dengan status sedemikian rupa, semakin banyak lak status sebegitu muncul. Bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Nah, siap aku guna peribahasa untuk mengukuhkan hujah. Sekarang. Semakin aku bahagia dan gembira dengan status-status seumpamanya. Semakin banyak lak perkara-perkara yang bahagia dan menggembirakan muncul dalam hidupku. Jadi, korang nampak tak permainannya di situ? Nampak?

Tak nampak? Tak faham? Baik. 
Mungkin korang kena pinjam mikroskop makmal Biologi untuk nampak dengan lebih jelas.

Oh, seperkara...Hujung minggu hari tu, aku pun salah seorang dari ibu yang bertuah...Hehe

 
Eh!TuAjeLahKali.Bye!