Tuesday, April 9, 2013

Hotel Empress - Tiada Khabar, Huduh Rupa, Tapi...

Salam dari Jugra,

Minggu lepas aku gi kursus. Lama giler ta gi kursus di luar kawasan tempat kerja. Kalau dulu akulah Ratu Kursus. Sebulan tak kuar gi kursus memang ajaib. Sampai member tanya, "Bila lagi nak gi kursus?". Macam tak mau aku duk kat sekolah jew. Hehe. Tu leh tahan gi, ada sorang member siap cakap, "Eh?Ko kerja lagi rupanya kat sini". Cis. Memang bedebah. 

Kali ni berpeluang ke Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi. Sebenarnya aku dapat ke Genting Highland tuk kursus ala-ala kepimpinan melalui teladan. Hadoiiiii memang bukan jiwa aku. Nasib baik, bila kawan ajak gi kursus berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. So, dari aku gi Genting Highland membekukan diri, ada baiknya aku gi kursus yang aku lebih berminat. Pendek citer berkampung la aku di sana selama 4 hari 3 malam.

Aku tanak citer sal isi kursus dulu, aku nak citer sal Hotel Empress ni. Letaknya di satu kawasan yang agak pelik. Ya, berada di tengah-tengah kawasan perumahan dan deretan rumah kedai. Takde apa yang menarik kat hotel ni bila aku tiba tuk pertama kalinya. Seperti membosankan. Seperti macam...alaaaa hotel tuk tempat tido je la plus berkursus. Tak gah lansung rupanya. Tapi orang, ya ampun ramai. Fully booked dari hari yang aku sampai tu, hari Selasa sampai Jumaat depan. Padahal bukan waktu cuti sekolah pun. Waaaaaaaaah!

Rate hotel pun leh tahan juga. Tuk bilik standard harganya RM210 semalam. Kira yang paling murah la tu. Kalau government rate, dapatlah RM170. Untuk aku, memang mahal. Tapi orang masih ramai datang sini. Kenapa ya? Sebab takde tempat menarik pun sekitar hotel ni. Nak kata dekat dengan pusat membeli belah pun tak, dekat ngan pantai pun tak, dekat ngan historical place pun tak. Waduh...Apa  yang bestnya hotel ni?
Bilik standard kami untuk 4 hari 3 malam.

Tu pandanganku pada hari pertama, tapi bila dah 4 hari 3 malam, perspektif dari kaca mata ku pun dah berubah. Walau pun hotel ni huduh di pandangan, tapi isi dalamnya best juga. Nombor satu, aku leh kata makanan dia memang the best. Pilihan banyak. Rasa pun sedap. 



 Sumer sedap-sedap. Ni lunch yang terakhir di Empress Hotel. 
Hanya sekali lunch aku makan banyak ni. Lunch sebelum ni aku catu makanan aku.
Obses mo kurus rupanya aku ni. Hehe

Nombor dua, kedudukan dia hampir dengan airport dan hotel ni menyediakan shuttle ke airport dengan bayaran RM15. Kalau nak murah, amik bas luar jer, baru RM1.50. Bus stop pun dekat je ngan hotel. Kalau jalan kaki time matahari tegak di kepala berpeluh jugaklah ketiak. Hehe. Jadi pilihan di tangan anda k...

Nombor tiga, kemudahan berekreasi disediakan. Ada swimming pool, ada mini gym. Dan kalau u all minat berjogging, hotel ni dekat ngan taman yang menyediakan trek jogging. Jadi sekali lagi, pilihan di tangan anda. Aku memang pilih untuk swimming la kan. Bantai aku swim pagi petang konsisten sampai 3 hari untuk menyeimbangkan kadar kalori yang masuk dengan yang keluar. Last day aku surrender. Muka aku sampai jadi pedih dibuatnya. Mungkin over exposed ngan klorin plus aircond 24hours.

Swimming pool tada orang. Mau tak bahagia. 
Terasa diri kaya sekejap sambil dalam hati berkata-kata ~ Well, I have a swimming pool, you know?

Nombor empat, hotel ni dekat ngan ERL station. Jadi kalau nak gi mana-mana memang senang. Specially nak ke KL Sentral la kot. Tapi jalan nak ke ERL station ni agak menyeramkan jugak. Lorong dia tak clear yang mana satu. Tapi jangan risau, sesat tak mungkin. Tapi salah masuk lorong adalah sangat mungkin terutama tuk first timer cam aku. 

Nombor lima, hotel ni juga menawarkan perkhidmatan parking kereta untuk ko pergi fly ke sana ke mari dengan hati yang tenang tanpa perlu pikir sal driver teksi species pa yang akan bawa ko balik ke Jugra.  Sebab kadang-kadang driver taxi ni pandai gak memuncungkan mulutnya hingga menjangkau 7 cm. Mentang-mentangla Jugra tu ta jauh mana, rezki bah tu. Tu pun nak muncung. Keselamatannya pula, aku leh kata 97.5% adalah selamat. Harga pun berpatutan. Kalau tak silap aku, RM15 sehari. Kalau ko sempat menginap di hotel tu sebelum ko fly, rasanya harga parking hanya RM10 sehari. 

Nombor enam, staff dia manis mulut ibarat menanam tebu di tepi bibir. Bagus-bagus ja jawab soalan dari aku yang balik-balik tanya, "Bilik ada kosong tak?" , "Ada orang cancel booking tak?". Staff yang jaga tempat makan pun bagus, tada plak buat-buat muka atau muka masam kalah cuka epal. Pastu pagi-pagi, ada Berita Harian tersangkut di tombol pintu. Selama aku gi berkursus di mana-mana hotel, yang namanya lebih gah dari Empress Hotel ni, tak pernah gi aku dapat surat khabar free.

Akhir sekali, sini ada ramai sangat cowok ganteng dan cewek manis. AirAsia staff, Every One Can Fly melepak disini dengan jayanya. Tapi setakat yang aku nampak sumer berbangsa Indonesia. Tu sebab aku bilang cowok dan cewek. Comel-comel sumernya, I mean yang girls. Yang lelaki aku tak pandang sangat pun. Eh? Ye ke tu? Hikhik. Tak pandang sangat, maksudnya aku pandang jugaklah kan? Haha. Jadi pada sesiapa yang memasang impian mahu bercowokkan pilot atau pramugara, atau pun memasang impian mahu bercewekkan pramugari bolehlah menginap kat hotel ni 7 bulan 5 hari. Kalau dapatlah ya, kalau tak dapat waima menginap 7 tahun 5 bulan, jangan cari aku lak. Hehe. Lariiiiiiiii.

Kesimpulannya, Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang Malaysia - Tiada Khabar, Huduh Rupa, Tapi Best Juga Menginap Disini Rupanya...^_^

Eh!TuAjeLahKali.Bye! 

5 comments:

Anonymous said...

Sdr ni betul...Empress nie dari luar jer nampak lesu tapi memang sibuk dan fully booked memanjang. Passenger yang transit kat LCCT atau KLIA akan terus duduk sini biasanya so tak heran rating dia bagus. Pramugara/gari memang ramai menginap sini sebab ianya terdekat dengan airport selain Sama-sama Hotel, Tune Hotel dan Concord Inn. Yang ramai tak tau tu, ianya dekat dengan ABC dan Pesembur terbaik di selatan KL - letaknya di gerai Majlis Sepang dekat dengan Terminal Bas yang tak jadi Salak Tinggi. Ada masuk program TV Jalan2 Cari Makan dulu. Rasa? Fih. sodappp! Lagiu murah!!!

Ana said...

oh? betul? aduiiii ta tau pun...anyway tenkiu anynomous...^_^

izan said...

saya duduk kat bandar ni lah,
1st time jumpa review pasal hotel ni,
mula2 pindah sini dulu pun pelik ..mcm mana blh ada hotel kat celah2 kefai :)

Ana said...

1st review izan?...sepertinya hotel ni tak glamer padahalnya sangat packed...makanan siyes sedap...mesti cuba!

shah lbj said...
This comment has been removed by the author.