Bajet sangat cerita aku hari ni. Haipppp...Jangan pikir aku tak pernah hadir Annual Dinner kat kolej aku dahulu. Cuma...nantilah aku bagitau di akhir entri k...Tunggguuuu...
Dinner ni bulan Januari sebenarnya. Tapi biasalah aku, lambat update is my tagline recently.
Tema dinner is black and red. Boleh bawa buah hati dan cahaya hati. Tapi buah hati jual mahal tanak pergi. Jadi aku decide nak bawa cahaya hati ja.
Berbaloi bawa cahaya hati yang nombor satu ni. Makan tak henti sampai akhir majlis.
Disebabkan aku tak tahu jalan ke Hotel Bangi-Putrajaya ni, aku tumpang ja Cik Puan Hani. Bersama-sama dengan keluarga Hasni, Kak Zura dan Liza. Kemeriahan kami tuk Annual Dinner sudah bermula dalam sebuah kereta Alza sebelum sampai ke hotel lagi tu tau.
Perasan tak sesuatu dari gambar ni? Aku nampak macam diva yang sporting, manis lagi mesra sedang amik gambar dengan peminat-peminat kan? Hehe
Excited dapat cabutan bertuah. Semua orang pun dapat sebenarnya, tapi aku pilih nak excited sebab dalam ramai-ramai orang, aku yang terpilih dapat seterika berat 1kg. Berotot lengan aku lepas seterika baju nanti.
Makanan kat sini, sangat sedap dan banyak pilihan. Pihak hotel top up sampai penghujung majlis. Dalam goodies bag ialah Tupperware yang Tupperware pulak tu. Sesuai sangat wat tapau makanan yang melambak-lambak tersebut. Tapi aku is Diva, so jual mahal la baiiii... Paginya menyesal tak tapau. Nangis tak berlagu.
Organizer lak, two thumbs up. Bagus bangat. Kat sini durang panggil Kelab Guru tu sebagai KEP. Kelab pensyarah kot. Tapi memang sangat-sangat bagus team durang ni. Majlis terancang dan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Walau pun banyak sangat bunyi dari ahli-ahli kelab yang aku dengar di kolej sal dinner ni. Aku amik jalan tuk berdiam diri. Aku is okay ja, sebab di awal pembabitanku dalam dunia pendidikan, aku bersyukur ditakdirkan bertemu dengan insan-insan yang sangat positif di sekelilingku.
Pesannya, "Apa sahaja majlis baik-baik yang dianjurkan, pergilah selagi mampu. Sebab kawan-kawan kita yang menganjurkan majlis tersebut tak sedikit usaha yang di gemblengkan."
Banyak betulnya pesan tersebut.
Aku pun sebenarnya... suka makan. Hehe
Di akhir entri dah ni. Biarlah aku reveal apa sebab apa aku excited sal dinner ni. Gambar candid yang di capture, pada pandangaku adalah molek-molek belaka. Contohnya di bawah ni...
Like a diva on the red carpet. Di ekori PA ku yang kat belakang sebelah kiri tu. Insan di sebelah kanan yang jelas dalam gambar ni? She is a big fan of mine...Hehe. Best plak ada blog, leh puji diri sendiri tanpa belas.
Diva of foods...^__^
Berhenti makan hanya selepas pengerusi majlis kata..."Boleh balik dah korang". Sampai umah jam 1 lebih. Disebabkan terlebih karbohidrat dan gula, aku taleh nak tido. Pagi-pagi macam zombie Kampung Pisang. Spoiled satu hari. Moral citer, aku akan sewa bilik hotel ja tahun-tahun akan datang. Melainkan hotel tu Melang Inn, Kuala Pilah.
Tu aje. Bye korang.
2 comments:
babe.. ko nampak matured n berisi sket in this outfit. hehehe... mane senyum palsumu?
itulah kepentingan senyuman palsu tersebut...menampakkan aku lebih muda 17 tahun...^____^
Post a Comment