Sunday, January 3, 2016

Kendong Village Resort, Rembau N9

Salam dari Senaling,

Untuk julung-julung kalinya, aku pergi Kursus Team Building di Negeri Sembilan dengan bayaran sendiri. Semenjak GST dilaksanakan, semakin banyak peruntukan dipotong. Kertas A4 1 rim untuk setiap pensyarah buat kegunaan pelajar seramai 38 orang selama 9 minggu. Kuiz sahaja ada hampir setiap minggu oh yeah. Soalan-soalan tambahan pun ada, tapi aku terpaksa pilih-pilih oh yeah.
 
Bikin pusing kepala sembang sal GST ni. Belanja gambar cantik la di Kendong Village Resort (pasni aku mention as KVR je k)

Ya, hujan renyai masa ni. Eh, bukan masa ni je. Sepanjang 3 hari 2 malam hujan turun.
 
KVR bukan sekadar tempat untuk menjayakan Team Building sahaja, malah boleh datang makan malam bersama keluarga di sini. Restorannya berkonsepkan seperti kedai tom yam. Kolam ni pulak, boleh berenang. Airnya air segar dari Gunung Tampin. No chlorine detected. Tapi kami tak berpeluang nak berendam dalam kolam ni pun.
 
Dalam kolam ni juga, ada ikan talapia. Kalau nak makan, leh bagitau. Durang sauk segar dari kolam ni. Cer bayangkan betapa excited nya anak-anak kecil kalau di bawa makan di sini. Silap gaya nak makan pun tak sempat. Kerja nak bermarathon keliling kolam jer ngan si kecil. Mihmih.
 
Nak berphoto shoot pun best woo. Tempat sekeliling memang cantik. Nak bermalam sini pun aku rasa boleh sebab memang ada hostel. Tapi mungkin kena booking awal.
 
Paling best kat sini ialah... jungle trekking nya. Memang best. Serius. Kawasan trek ialah anak sungai dengan batu-batu sungai. Fresh giler perasaannya. Tapi pesan guide, kalau jumpa antara air dan batu, pijaklah air. Maka basah lenjunlah kasut aku. Kembang habis jari jemari. 
 
Guide kami pesan lagi, gunakan deria pendengaran sepenuhnya. Macam pelik bunyinya. First time aku dengar tips jungle trekking sedemikian rupa. Tapi bila masuk hutan baru aku faham. Hehe. Kami lalu kawasan anak sungai. Jadi kejadian kepala air mungkin akan berlaku. Biasanya dari jauh leh dengar air besar datang. Safety is always first.
 
Lagi pun ini kira first time aku masuk hutan lalu anak sungai. Memang aku excited ngan trail sedemikian rupa.
 
Obvious sangat ke muka aku yang excited itu? Hehe
 
Lebih excited, bila di hujung jalan (kira cam klimaks la) terjumpa ini...
 
Giant Tree. Subhanallah.
 
Terperanjat aku masa nampak pokok besar ni. Biasanya kalau hiking, kita akan nampak pemandangan awesome dari atas bukit atau gunung. Masa jungle trekking ni, aku pikir macam keliling hutan gitu ja. Rupanya tuk sampai ke pokok gergasi atas batu ni. Dibawahnya ada laluan air. Adui memang cantik sangat. Aku teringin nak bawa suami dan anak-anak ke sini satu hari nanti.
 
Minggu depan mungkin. Insha Allah. :)
 
Balik KVR dari Giant Tree ikut jalan lain. Siap terserempak dengan orang asli panjat pokok jering. Jumpa akar kayu berbentuk perkataan Allah lagi tu. Tak dapat snap pic sebab fon ngeng. Minggu depan mungkin. Insha Allah.
 
Kesimpulannya, aku memang in love dengan nature dan aku tengah berfikir macam mana nak sampai ke sini lagi minggu depan bersama keluarga.
 
Doakan impian aku dapat ditunaikan pada tahun 2016 ni ya.
 
Selamat Tahun Baru 2016 semua. Assalamualaikum.

No comments: