Kalau korang saja blogwalking, boleh start baca dari sini. Kalau nak baca tips berjimat untuk melancong, skrol ke bawah ya... :).
Rezeki sangat bila cuti matrikulasi dengan cuti Gong Xi Fa Cai bergabung. Dua minggu jadinya. Hohoooooo... Hoi! (sebut gaya M.Daud Kilau). Dapat tahu sal cuti ni pada pertengahan Januari. Jadi, tada la nak plan nak gi mana-mana pun.
Tahu-tahu ja, ada perempuan psiko Whatapps aku. Ajak aku wat plan adhoc backpacker trip. Kebetulan masa dia Whatsapp tu aku memang duk hadap komputer. Tanpa kusedari laju je jari jemari ini klik klik laman web Air Asia. Ada offer. Mulalah perang mesej antara aku dan perempuan psiko tersebut. Adhoc backpacker trip maksudnya tak tahu spesifik destinasi. Kejap Lombok, kejap Krabi, kejap Miri, kejap Kuching, kejap Kota Kinabalu, kejap Sandakan, kejap Brunei.
Cadangan paling poyo, Mauritius. Aku punya cadangan. Haha. Rupanya aku pun psiko. Huhu.
Setelah di tilik-tilik, sambil tambah tolak darab bahagi kos. Kami akhirnya pilih Miri. Kebetulan Anita (perempuan psiko yang pertama) pernah mengajar di sana. Bagi beliau excited sket jumpa kawan lama. Dan paling penting tarikh ngam, ada offer tiket murah.
Masa wat pilihan Miri tu, aku asyik nampak bayangan Miri; sebuah pekan kecil yang pernah aku jejaki semasa ekspedisi Gua Mulu pada tahun 2014. Macam tada apa-apa je kat situ. 10 jam dah habis explore. Mulalah kami berbalas mesej sekali lagi. Merepek nak ke Kapit, ke Brunei atau ke Kuching dari Miri.
Merepek punya merepek, akhirnya kami wat keputusan untuk ke Kuching. Ikut psiko aku, aku nak naik bas dari Miri. Anita tak setuju, katanya macam nak patah pinggang dalam bas hampir satu hari. Jadi, kami wat keputusan amik flight. Klik klik lagi laman web Air Asia; Wow... Tiket leh tahan murah. On.
Akhirnya, sebulat suara plan adhoc backpacker trip tersebut ialah dari Kuala Lumpur -> Miri -> Kuching -> Kuala Lumpur setelah ambil kira kos semuanya.
Marilah masuk isi penting setelah panjang lebar aku bermukadimah. Mihmih...
Tips #1
Cari tiket waktu tengah promosi. Cari sampai dapat supaya leh suit ngan tarikh yang kita leh occupied. Biasanya pemilihan tempat melancong untuk aku samada melancong ngan keluarga atau kawan-kawan adalah berdasarkan tiket yang paling murah. Maksudnya, tiket ditetapkan dahulu, mana nak pergi? Redha. Bagi aku, melancong sentiasa membahagiakan aku tak kisah di mana janji dapat penjimatan berganda duaploh satu. Insha allah, tiket boleh dapat murah kalau beli awal setahun!
Tips #2
Pembayaran dilakukan secara berperingkat. Months by months. Katakan kos tiket dilakukan pada bulan Mei 2015 untuk trip Mei 2016. Secara psikologi mental dah bersedia maka automatik penjimatan akan dilakukan untuk jangka masa setahun tersebut dengan pelbagai teknik. (Aku guna teknik kumpul note hijau). Masuk bulan Mac 2016 baru mula bayar tuk hotel (kalau kerja gomen, usahakan booked Rumah Rehat Persekutuan -> kerja ni mencabar hokey tapi berbaloi). Bulan April 2016 untuk transportation dan seterusnya. Jadi tak rasa beban sangat.
Tips #3
(Kalau boleh, kalau berpeluang) Arrange lah trip diluar waktu peak hour (cuti sekolah, cuti umum yang panjang atau weekend) Kalau dapat memang leh wat joget lambak. Kebanyakan trip yang aku pergi memang di luar waktu-waktu seram tersebut. Harga hotel dan transportation lain tau masa peak hour, weekdays, weekends dan public holiday!
Anak-anak memang aku cutikan dengan selambanya. Tanpa rasa bersalah. Bagi aku percutian juga satu proses pembelajaran. Asal rajin jawab pertanyaan anak-anak, asal rajin bagi penerangan ala-ala tourist guide kepada mereka. Kalau asyik layan teknologi, baik tayah gi holiday. LOL.
Kalau personnel trip lagilah. Cari kawan yang sporting nak bergambar dan bergilir amik gambar. Kalau dia aje yang posing, pun ta jadi cerita. Mihmih.
Tips #4
Misi trip kena jelas, terang lagi bersuluh. Bila ada misi, baru boleh susun itenary baik-baik. Susunan itenary yang baik akan menjadikan trip kita lebih berbaloi-baloi.
Itenary tersusun kemas, sendat dan padat. Terhasil berdasarkan Tips #6. Alhamdulillah 90% berjaya di laksanakan :)
Tips #5
Kalau pergi trip dengan kawan-kawan, carilah kawan yang ngam; minimum 3, maksimum 4 orang kawan. Kalau lebih ramai lebih baik; lebih happening!
Trip to Bandung 2014 (bertiga)
Trip to Ho Chi Minh, Vietnam 2012 (patut empat tapi jadi dua orang - kes kehamilan tak terduga)
Trip to Mulu, Sarawak 2014 (patut sebelas orang tapi jadi sembilan orang - kes kehamilan tak terduga juga)
Trip to Surabaya 2011 (berlima)
Trip to Mount Kinabalu 2013. (yang ini kena ikut pakej)
Trip to Miri - Kuching 2016 (bereempat)
entri will update soon :)
entri will update soon :)
Trip Kota Kinabalu - Ranau - Kundasang 2013 (berempat)
Trip dengan family, Kalau nak berkongsi, aku rasa 2 family yang paling ngam.
Dua family - kongsi duduk satu homestay, sumbat sendat satu Avanza, dinner & breakfast masak cikai sendiri-sendiri... Geng ni memang best!
Jumlah kepala yang boleh beri sumbangan dalam mana-mana trip sebenarnya agak penting untuk menjimatkan kos accomodation & transportation. Selain tu, kalau ada rezeki mungkin leh dapat diskaun kalau nak cuba apa-apa aktiviti. Sebab dah ramai... kan?
*bersepah aku susun gambar tak ikut tahun. ^__^
Tips #6
Kena banyak membaca untuk setiap tempat menarik (leh rujuk itenary di Tips #4) yang kita nak pergi untuk trip tersebut. Kena rajin study dari banyak sumber. Opening hours, mana yang best, mana yang wajib terjah, apa yang wajib try.
Hasil interview dengan kawan yang tinggal di Kuching.
Setakat ni, hanya trip ke Surabaya dan Mount Kinabalu je aku guna package with tourist guide. Selebihnya sendirian berhad. Jimat banyak kalau sendirian berhad tapi kena banyak wat bacaan la.
Tips #7
Cari peta! Cari peta bila sampai di tempat yang dituju selain aplikasi dalam smartphone masing-masing. Antara aplikasi Maps dan Waze, ikut pengalaman Waze lebih jelas dan teratur. Pastikan setiap individu yang ikut trip ada aplikasi Waze.
Tips #8
Melanconglah dengan kawan yang sekepala atau punya objektif yang sama. Tak kisah sama ada dengan keluarga atau sendiri-sendiri. Aku suka pilih kawan-kawan yang memaksimumkan masa explore kawasan sekitar, biarlah sendi urat lenguh-lenguh tahap gaban. Janji puas hati. Kawan-kawan travel aku yang di atas sana tu sumer species jalan tak ingat nak makan tengahari. Muehehehe.
Tips #9
Disebabkan banyak masa bakal dihabiskan diluar, maka cari hotel yang murah-murah. Aku biasa cari hotel yang murah dengan banyak review yang positif. Walaupun hotel murah, keselesaan tu pun penting juga. Tidur sangat-sangat penting supaya picture yang di capture nampak awesome. Hehe. Jadi kena banyakkan membaca. Nak cari tranportation pun sama. Kena rajin wat survey, samada dengan membaca atau interview kawan-kawan.Tips #10
Tips ni paling win. Disebabkan paling win, kena letak di ending. Hehe. Tips nya, Ingat Tuhan selalu. Banyakkan berdoa moga urusan dipermudahkan. Sebelum. Semasa. Selepas. Kalau ada pulus extra, bawalah ibu ayah sekali. Lebih mudah perjalanan kita.
Niatkan yang baik-baik. Kalau trip aku trip outdoor, aku selalu niatkan untuk melihat kekuasaan Nya. Aku nak ucap Subhanallah banyak-banyak masa melihat keindahan tersebut. Kalau trip aku trip shopping, aku memang niat akan beli something tuk family. Murah pun takpa. Janji buat durang happy. Tak dapat banyak, bagi sikit. Macam hari tu aku beli pes laksa Sarawak 3 pek ja. Masak-masak masa cuti Tahun Baru Cina. Ajak semua kaum kerabat makan sama-sama.
*Tips #4, #7, #8 dan #10 adalah penjimatan untuk memaksimumkan penggunaan masa dan ruang supaya berbaloi dengan duit yang kita dah keluarkan untuk travelling.
Tu aje kot. Pasni gigih nak update trip ke Miri - Kuching - KL laks.
Tu aje kot. Pasni gigih nak update trip ke Miri - Kuching - KL laks.
Moga bermanfaat. Bye :)
No comments:
Post a Comment