2. Instagram
3. Facebook Lite
4. Clash Royale
5. Clash of Clan
6. Pinterest
Salam dari Senaling,
Semalam aku berjaya melepaskan diri dari belenggu puaka-puaka di atas selama 24 jam. Pelancaran bermula dari 7 November 2017, jam 7.00 petang dan berakhir 8 November 2017 jam yang sama. Bangga sekejap.
Isu obses dengan IT adalah isu tak awesome. Aku kategori obses sederhana. Aku suka menghabiskan masa ngan enam puaka di atas; makan jam jugalah. Pastu aku menyesal. Kalaulah aku baca Quran, kalaulah aku kemas dapur, kalaulah aku spend masa ngan twin, kalaulah aku membaca, kalaulah aku tidur, kalaulah aku workout, kalaulah... kalaulah...
Asyik berkalaulah aje tak habis-habis, action takde. Kau rasa apa?
Kuat tekad aku kali ni, nekad stop 24 jam je kot, kemonnn. Masih lagi pegang phone, tapi hanya tuk perkara berfaedah; contohnya bluetooth alunan suara Muzammil Hasballah dari phone ke speaker, cari kepastian tuk e-hailing, angkat call, dan SMS kawan masa ada game volley. SMS hokeh dan tu aje.
Alhamdulillah. Dapatlah aku layan cerita Muzium Misteri ngan twin, walaupun citer kureng, keberadaan ngan twin lebih penting. Bergerak jugalah helaian buku kesebelas yang aku baca tuk tahun 2017. Tidur jam 10.30 malam, idokla memanjang terlajak nak tidur sebab stalk IG orang. Heee.
Slow-slow aku akan limitkan. Tengoklah. Setakat ni aku berjaya meminimakan kadar masa pegang phone masa kerja. Tu sebab kalau ada yang whatsapp, memang sayup petang nanti baru aku jawab. Totally no phone di meja makan. Samada meja makan di rumah atau kedai. Di kedai aku amik peluang sembang ngan kids atau perhatikan kedai, pelanggan, pelayan, atau tokeynya (kalau ada).
Sebenarnya aku nak cuba limitkan masa untuk satu hari. Satu hari, satu jam with phone. That's all. Pandai-pandailah nanti aku bahagi ngan enam. Tak tahulah realistik ke idak. Tapi belum cuba belum tahu kan?
Bila patut mula? Esok Insha Allah.
Insha Allah, aku akan update dapatan dari tindakan ni sebulan lagi.
9 Disember 2017, mu tunggu aku datang 😉
Doakan aku berjaya! Usaha!
No comments:
Post a Comment