Umum dah maklum (cia ayat, macam aku public figure), aku mudah diajak join main apa-apa permainan. Samada tuk suka-suka atau pertandingan. Dalam banyak-banyak permainan, ada satu permainan yang aku tak boleh blah. Volleyball.
Bila aku dijemput oleh geng Matematik tuk join team, wakil Jabatan Matematik aku bagitau siap-siap aku tak handal bermain. Bukan aku merendah diri. Tapi memang tak bagus pun. Ikut pengalaman, aku hanya boleh serve lepas kali pertama ja, dan biasanya serve aku memang laju menjunam tak siapa hingin nak amik. Tak, aku bukan bluffing. Hakikat. Tapi sekali tu je la. Selebihnya memang tak lepas. Apatah lagi nak angkat bola, digging harremmm, spike macam Maero Attack tu memang dalam mimpi sahaja tuan-tuan dan puan-puan.
Tapi disebabkan beriya-iya sangat durang ajak, aku on kan aje. Dalam hati, habislah korang jenuh nak cover aku nanti.
Seminggu sebelum game, turun berlatih... perghhh. Terbuktilah segala apa yang aku bagitau pada statement di atas. Itulah, aku cakap tak percaya. Yang lain-lain boleh main, kira aku la lubuk tu (dalam game volley, lubuk maksudnya kau akan jadi attack pihak lawan sebab kau hampeh). Tapi itulah, tak cukup ilmu yang sebenarnya.
Beriya juga kaum adam geng Matematik menunjuk ajar (tak kurang juga yang menganjing) cara yang betul nak main volley. Incik Suami turut sama bagi arahan dari luar pagar (cia lagi sekali, macam sweet ta perangai camtu?), dan akhirnya...
Awesome jugalah aku main. Ditambah dengan kepoyoan tahap ganda dua puluh dua yang kira cam genetik, dah memang lama wujud dalam sel-sel badan aku ni. Bukan lubuk ah aku hari tu. Serve lepas, walaupun pada tahap kritikal aku leh serve sampai terkeluar chettt. Punca betul aku hari tu. Tapi aku cukup happy sebab semua serve lepas net, dapat jugalah menampar bola, amik bola... heiiii memang awesome dah aku main volleyball.
Walaupun berjaya menggondol naib johan (aicececehhhh macam gempak sangat) dari tiga kumpulan. Kehkeh. Objektif tercapai. Semua bola yang dihantar pihak lawan, 90% dapat diangkat, tanpa mengira ke mana hala bola tersebut akan pergi. Alaaa main nak fun-fun (walau pun dalam hati teringin juga nak menang). Rezeki kami takat itu, jadi bergembiralah.
Kalau dulu, asal orang (biasanya students) ajak main volley aku tolak, now no more. Insha Allah takde la nanti aku jadi bahan ngan budak-budak ni yang kadang-kadang perangai leh tahan kurang asam. Biasanya students kalau kita (sebagai pensyarah) boleh buat sesuatu di luar dari bidang hakiki, durang akan respek lebih. Cayalah...
Seperkara lagi, ilmu tu penting. Selama tiga puluh sembilan tahun selamba burung unta aku boleh declare aku tak pandai main volley, akhirnya terbukti tak pun. Buat sesuatu dengan ilmu, Insha Allah sukses kejadian kau nanti.
Satu lagi hal, ilmu dah diturun tapi tak dengar cakap...
Mendapat. Tiga minggu yang lalu lebih ngeri warna, rupa dan bentuknya.
Sekian tu aje. Bye...
Sekian tu aje. Bye...
No comments:
Post a Comment