Thursday, January 18, 2018

Ngeteh

Salam dari Senaling,

Dalam morning routine, aku  memang akan sarapan dengan Incik Suami berdua-duaan (sebab kembar gi skul kan?) sebelum aku mula bekerja. Biasanya kami pilih tempat yang sama je, antaranya Warung Kak Nor yang paling dekat ngan kolej. Teh panas di sini adalah yang terbaik untuk citarasa aku. Dalam daerah Kuala Pilah aku hanya akan minum teh panas di sini ja. Semakin tua semakin cerewet heiii...

Oh, itu bukan matlamat utama aku blogging hari biasa cenggini. Biasanya aku blogging weekend. Sebabnya aku teruja nak kongsi cerita sembang seorang apek tua pagi tadi di Warung Kak Nor.

"Ada duit banyak-banyak sama tinggi dengan kita pun tak guna. Ada banyak duit beli kebun (tanah) tapi tak lalu nak buat pun buat apa. Hari ni surat khabar (bahasa cina) pun bagitau sal duit ..." 

Panjang lagi dia bebel dalam bahasa noghori tapi aku takut nanti aku tambah-tambah cerita; kasi lebih seram dan mengerikan. Aku kan expert bahagian exxagerate. Hehe. 

Aku tertarik sebab dia bangsa cina. Bagi aku bangsa cina suka kumpul duit, duit dan duit. Tapi bila dia pun cakap duit banyak tak guna, aku rasa... wow sangat apek ni. Ya, sebab duit/harta saudara mara leh bergaduh tau. Tu aku nampak dalam famili belah arwah abah aku, dan sehingga kini pun tak habis-habis kes-kes malas-aku-nak-amik-tahu. Kesian kat mak yang uruskan macam-macam tuk selesaikan.

Aku dah lah jauh di perantauan, Alhamdulillah, ada kakak dan adik yang dekat boleh bawakan mak sana-sini terutamanya ke pejabat tanah. Fungsi aku/anak-anak yang jauh ialah bagi semangat je kat mak, suh jangan serabut perut. Kalau ada peluang lepaskan dengan cara baik, lepaskan jelah. Alhamdulillah mak setuju je ngan kami.

Pengajaran #1: Tak berbaloi nak serabut dengan harta dunia.

"Sempadan Kelantan-Thailand sana pun sudah sampai, nanti nak pergi..."

Haaaa... haaaaa... part ni aku setuju ngan apek tadi. Pergi travel, pergilah mengembara. Lain tau mengembara dengan bercuti. Lebih adventure ialah mengembara, bercuti tu lebih relax, cool, chill... Bila pergi mengembara atau bercuti, kita sebenarnya mahu cipta kenangan. Aku pernah mengembara, aku pernah bercuti. Mengembara kenangan lebih aummmm, dan lebih penat, berdebar juga. Hehe Kalau nak lari dari kejerihan rutin semasa pergilah bercuti.

Pengajaran #2: Duit banyak, cer beli pengalaman.

Percaya tak, kita takkan puas membeli barang, dah ada Samsung teringin iPhone. Kang ada iPhone tah apa pulak kita nak update. Contoh di atas ialah aku. Hehe. Aku teringin nak pakai iPhone, aku rasa aku akan berhenti memikirkan teknologi bila ada iPhone. Boleh percaya ke aku akan berhenti memikir? Jawapannya tak boleh dipercayai.

Setia sajalah dengan Samsung, asal boleh berkomunikasi dan bersosial cukuplah. Pic? Aku dah ada Olympus. Cukup dan titik.

Pengajaran #3: Belajar tuk setia, bersyukur dan menghargai apa yang ada.

Pengalaman tiada tarikh luput. Kenangan pertama kali menjejakkan kaki ke luar negara (Jakarta, Indonesia) aku ingat sampai sekarang. Lagi-lagi luar negara, bukan menidakkan pengalaman travel dalam negara sendiri. Cuma bila ke luar negara kita sebenarnya mencabar keupayaan diri. Out of comfort zone. Nak naik flight ke over sea boleh menyebabkan aku tak lena tidur. Dua tiga bulan nak fly, mimpi ngeri tertinggal flight, bangun lewat, passport tertinggal; semua bentuk ketakutan itu menghantui malam-malam ku. Kahkah. Risau dan poyo.

Bila nak gi travel, doa pun jadi super-sungguh-sungguh. Kebergantungan padaNya jadi lebih-lebih-lagi. Tiada daya upaya melainkan dengan kehendakNya, kan?

Aku boleh tersenyum-senyum, hati kembang berbunga riang, rasa percikan happy hanya dengan melihat gambar-gambar ketika travel. Tapi aku tak pernah tersenyum-senyum, hati kembang berbunga riang, rasa percikan happy ketika melihat Samsung Note3 aku; sekarang. Masa baru-baru lu ya ada rasa tersebut, skang? Haremmmm...

Pengajaran #4: Selain rasa sayang, rasa gembira travel pun akan kekal lama 😍


Dah, anyway terima kasih apek, sebab bagi idea nak update blog. Lain kali sembang lagi kuat-kuat eh. Hehe

No comments: