Saturday, January 6, 2018

Solusi Tahun 2018

Salam Tahun Baru 2018,

Bila muncul tahun baru maka muncullah ia. Yaaaaa... Apa lagi kalau bukan azam. Sejujurnya aku tak suka buat azam, macam poyo. Lebih poyo bila azam je tapi tindakan tah ke mana (aku la tu). Bertahun-tahun aku rasa macam tu, sampailah tahun lepas, tahun 2017. Aku rasa aku macam dah matang sikit. Aku tanam azam, bila tergelincir (berminggu-minggu kadang-kadang berbulan-bulan heiheiheiiii), aku akan ingatkan diri dan mula semula. Tak kiralah itu bulan Disember sekali pun.

Yang penting awal tahun mesti ada azam! Serius mesti ada dan mesti tulis!

Solusi untuk tahun ni, banyak datangnya dari tahun 2017. Malah ada yang datang dari suku dekad yang lalu. Cuma kali ni lebih serius, lebih dramatik dan lebih sistematik. Sebab dah empat puluh tahun hidup kot. Tehehehe...

Perkenalkan sistem rutin yang aku guna. Tan ta daaaa...

#1 All time routine

#2 Morning routine

#3 Work routine

#4 Family routine

#5 Night routine

#6 Personal routine


#7 Simplify routine

Tambahan tuk 2018, ialah yang ini... Harap-harap yang terakhir, ke ada lagi aku tak perasan?
#8 Journaling routine


Ilham kat atas aku banyak dapat dari bacaan di Pinterest tuk stay motivate. Tahun 2017 banyak kali ah aku demotivate. Jadi aku ke sana baca apa yang patut. Baca banyak-banyak pun kadang-kadang kekal gak aku makngot ngan mandom. Kahkah. Heiii yang penting give it a try. Kannnn?  

Nota kaki : makngot dan mandom ialah ayat pengarah kami- oghang utagha.

Menjadikan aku lebih terarah kendiri, cehcehceh ialah bila aku dapat hadiah Planner 2018 ni dari kawan. Hadiah sempena hantar tutorial dan kuiz antara yang terawal semester lepas.

Azam #8 Journaling routine. Moga jadi habit selamanya 😀

Best woooo... Sempat lagi ni kalau nak rembat satu. Leh order online di sini -> http://mysyabab.com/

Iklan tak berbayar, cuma ingin kongsi rasa teruja nak kukuhkan azam baru. Jommmm...

No comments: