Event pertama untuk tahun 2018 selesai semalam. Yeay. Dekat ngan Pilah, di Bahau je. Yeay. Bayar RM30 tuk satu penyertaan dapat t-shirt awesome warna kelabu. Yeay. Suka warna-warna selamat tahan lama berbanding warna-warna cerah. Cepat kotor, kena minyaklah terutamanya. Maklumlah rajin sangat memasak laki bini. Incik Suami gatal mata tengok baju comot. Dah banyak baju event ride or run yang comot kami let go. Ye lah, kalau tak suka tengok kenapa simpan? Kannnnn?
Disebabkan murah, ya RM30 untuk event ride or run consider as cheap okay. Medal tiada. Kalau dulu medallah yang aku dambakan. Tapi semenjak aku practice being minimalist since one year ago, banyak jugalah perkara jadi mudah-mudah-havana-ooo-la-la. Salah satunya ialah aku dah tak kisah join ride tanpa medal. Takde shirt pun tak mengapa.
Pastu apa ke halnya nak masuk event kalau semua pun taknak. Baik ride sendiri-sendiri laki bini jah. Salah satu sebabnya ialah nak merasa ride di tempat orang. Sesetengah kawasan ialah kebun ladang kepunyaan individu. Nak ride kena minta kebenaran. Seperkara lagi ialah faktor keselamatan. Selain faktor emosi-motivasi. Aku mental kalau mengayuh 30km berdua. Hehe
Dapat kawan baru juga.
Kalau bertuah, terpilih tuk lucky draw. Motorsikal grand prize event kali ni selain basikal dan barangan elektrik. Mesin basuh pun ada hamek kau. Seperti biasa, kami kurang terpilih untuk perkara-perkara seumpamanya. Kata minimalist, haruslah tak dapat apa-apa berbentuk material. Kalau tiket kapal terbang, Insha Allah kami dapat kot. Allah jualah yang Maha Mengetahui. Heeee
Ride untuk permulaan tahun 2018 adalah sangat marvellous Subhanallah. Memang betul-betul fun trail funride kali ni! Tahun lepas join Kuala Pilah fun ride Masha Allah mentalnya aku rasa. Event di Bahau paling best setakat ni. Berbaloi tak mendera diri la aku leh kata. Maksudnya, masih penat. Masih turun naik bukit. Masih banyak off road dari on road. Masih dua jam lebih juga aku mengayuh. Tapi tidaklah rasa sengsara sampai rasa menyesal kenapalah Ya Rabbi aku mengayuh lama-lama tuk apa. apa, apaaaaa...
Pendekkan citer, memang enjoy ride kali ni.
Nampak tak akak bagi thumb up bersama model chicken loop. Tapi akak tak chicken loop k. Kayuh sampai habis tau sebab enjoy katanya.
View pulak, Subhanallah memang cantik. Ada ketikanya aku rasa aku mengayuh di Jepun sebab ada satu jalan tu, pokok-pokok getahnya baru keluar pucuk. Tambahan pulak pagi tu agak berkabus. Cantik. Tapi tak berhenti pun nak amik gambar. Incik Suami emosi kalau ramai rider potong kami.
Ada satu view tu aku rasa aku macam mengayuh di Korea. Pokok getah tersusun rapi, simetrinya cantik kemas. Kabus-kabus sikit. Awesome sangat. Pun tak berhenti amik gambar. Sehinggalah kami sampai di satu spot. Untung dapat berhenti amik gambar.
Kontur macam ni macam di Sapa, Vietnam, tak pun di Bali, Indonesia. Walau pun bukan padi. Tapi cantik. Ni kalau pokok getah ni dah besar jangan harap nak nampak cam kontur padi bukit Sapa atau Bali ye. Rezeki tahun 2018.
Untuk ride kali ni, aku hampir terbabas masa downhill. Ngeri ooooo kejadian-kejadian macam ni kalau nak ulang ingat. Semua peristiwa ngeri masa ride selalu terjadi masa nak turun bukit la pun. Alhamdulillah aku masih sejahtera dan tak memudaratkan rider-rider yang lain. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Aku sampai boleh terfikir Ya Allah aku nak jatuh. Pastu tah macam mana aku handle basikal tiba-tiba aku masuk balik trail asal dan sambung kayuh.
Incik Suami di belakang mesti risau tengok aku ribut-kabut ke kiri ke kanan langgar semak pastu tak berhenti. Dia tunjukkan kerisauannya dengan warning aku. Apasal tak langgar semak dan berhenti. Aku sengih dan jawab; mana tauuuu. Seperti sebahagian dari otak aku tak boleh nak fikir nak buat apa kalau jadi macam ini dan macam ini.
Insha Allah tak serik nak sertai mana-mana event ride atau run. Cuma tahun ini akan jadi lebih selektif. Kriteria pertama haruslah yang paling hampir ngan Kuala Pilah, tanak da ulang masuk event yang sama, dan mungkin nak cari event dengan yuran penyertaan paling minima. Kata minimalist 😜.
Bila update entri sal latest event, lancar je berkarya. Maksudnya apa?

Alhamdulillah, masih boleh berfikir nak berhenti amik pic selepas kejadian terbabas tersebut.
Insha Allah tak serik nak sertai mana-mana event ride atau run. Cuma tahun ini akan jadi lebih selektif. Kriteria pertama haruslah yang paling hampir ngan Kuala Pilah, tanak da ulang masuk event yang sama, dan mungkin nak cari event dengan yuran penyertaan paling minima. Kata minimalist 😜.
Bila update entri sal latest event, lancar je berkarya. Maksudnya apa?
No comments:
Post a Comment