Showing posts with label cycling. Show all posts
Showing posts with label cycling. Show all posts

Monday, April 20, 2020

Weekly Ride : Bukit Pilah Bike Park (All Time Favourite Route)

Kalau tanak berlama. Tapi teringin nak offroad. Zooommm... ke Bukit Pilah. Kalau berpindah ke Banting Insha Allah November nanti, tempat ni bakal aku rindui. Di Banting jenuh ahhh nak cari jalan offroad yang dekat rumah macam ni lagi 😭

Tiba-tiba hari tu suami ajak bergambar sini. Sebab dah biasa datang memang tak pernah pun teringin nak bergambar.

 Tapi ye juga, buat kenangan. Nanti kan nak pindah.

Bikepark.



Bukit ni takdelah tinggi mana. View pun takde macam Bukit Jugra. 

Tapi aku salute dengan komuniti rider kat sini boleh buat bikepark. Banyak trail berpusing-pusing. Mencabar bukan main-main. Aku berani kata mencabar sebab aku tak ingat berapa kali aku pernah tertonggeng dalam hutan ni. Dan sampai ke sudah aku tak berani nak downhill dari beberapa spot

Yang tak berani tu aku je la. Suami okay ja.


Tapi kalau berbasikal, tak dapat nampak semua ni. Hiking guna jalan offroad ja boleh.

Saturday, April 18, 2020

Weekly Ride : Bemban → Sungai Dua (All Time Favourite Route)

... atau aku panggil route kambing pendek. Kenapa kambing pendek? Entah. Suami panggil kambing pendek. Aku sebagai isteri mithali mengikut sahaja. Route ni dalam kategori all time favourite. Rasa nak jauh sikit dan lain sikit, ke sini lah kami mengayuh.

Panjangnya lebih kurang 40km. Kalau aku rajin kayuh, 1 jam 30 minit sampai. Kalau aku malas mengayuh 2 jam baru sampai warung Kak Nor. Tak sama ya jamnya sebab bila perempun mengayuh, dia ikut mood haha. Untung aku dapat suami penyabar. Bila dia banyak bersabar, mulalah dia arah aku macam-macam. 

Contoh, macam di bawah ni.

Naik...

... turun, arah isteri rakam gambar... Tak cantik. Tak memenuhi piawaiannya.

Naik semula...

... turun semula, isteri rakam lagi gambar. Puas hati, jadi profile pic FB ehmmm...

Kami panggil tempat ni dataran. Kawasan ni terletak di tengah-tengah perjalanan la lebih kurang.

Biasa berhenti sini, lepaskan mengah sambil ambil gambar sebab kawasan ni cantik.

Cubaan nak rakam gambar dari perspektif berbeza. Nampak macam apa?

Pending entry is done and I am happy!

Wednesday, April 8, 2020

Weekend Ride : Bukit Langkap 07032020.

Cik Abang duk bercerita tentang Bukit Langkap. Bukit Langkap itu... Bukit Langkap ini... Aku dengarkan aje. Sampailah dia cakap, jom set satu hari pergi Bukit Langkap. Aku macam errrr... Sebabnya satu ja. Ralat nak tinggalkan kembar semenjak aku jadi weekly ibu. Sahlah ride ni akan ambil masa lebih dari satu jam. Masa... masa...

Sehinggalah hari Jumaat berkenaan, aku balik Pilah dan kembar tiada sebab menghadiri perkhemahan di D'Kok. Sayu rasanya, dahlah jarang-jarang nak jumpa. Aku ajak suami jenguk kembar. Suami bagi greenlight.

Hari Sabtu jenguk kembar. Naik basikal. 

Haha... Macam hebatkan? Tak hebat mana sebab kami angkut basikal, parking di masjid dan makam Tuan Tulis. Lepas tu baru berbasikal naik Bukit Langkap, on the way balik boleh jenguk kembar. Begitulah perancangannya.


 
Halfway... mengah! 

Masa ni aku ingat selesai sudah dan boleh patah balik. Rupanya tidak, perlu teruskan perjalanan, hala sana tu. Tapi syiok ah sebab downhill. Panjanggggg pulak tu downhill-nya. Aku duk ulang tanya, bila nak patah balik? Kepanjangan downhill tu buat aku tak senang sebab kena patah balik kot. Terbayang dah macam mana gaya nak uphill nanti. Cik Abang kata sampai jumpa dataran. Dataran? Dataran?...




Dataran. Imaginasiku ialah dataran macam di route kambing pendek. Rupanya lain.

Takpe yang penting selamat sampai. Lepak jap. Photoshoot jap. Akhirnya yang dinantikan tiba. Uphill...

Masa ni kalau cik Abang bagi kata-kata semangat... aku marah. Haha. Mental wei.

Dia takpelah, siap boleh turun basikal amikkan pic aku mengayuh. Pastu kejar aku semula. Kurang asam. Apapun, Alhamdulillah ada kenangan kayuh di Bukit Langkap. Kira ride paling jauh sebelum MCO bermula. Dan mungkin juga ride akhir kami berdua di bumi Pilah sebelum kami sekeluarga berhijrah ke Banting Selangor.

Mungkin, sebab aku pun tak tahu apa yang terbaik Allah aturkan. Untuk kami. Untuk kita semua.  

Pending entry is done and I am happy!

Monday, March 5, 2018

Bahau FellowShip Fun Ride 2018

Salam dari Senaling,

Event pertama untuk tahun 2018 selesai semalam. Yeay. Dekat ngan Pilah, di Bahau je. Yeay. Bayar RM30 tuk satu penyertaan dapat t-shirt awesome warna kelabu. Yeay. Suka warna-warna selamat tahan lama berbanding warna-warna cerah. Cepat kotor, kena minyaklah terutamanya. Maklumlah rajin sangat memasak laki bini. Incik Suami gatal mata tengok baju comot. Dah banyak baju event ride or run yang comot kami let go. Ye lah, kalau tak suka tengok kenapa simpan? Kannnnn?

Disebabkan murah, ya RM30 untuk event ride or run consider as cheap okay. Medal tiada. Kalau dulu medallah yang aku dambakan. Tapi semenjak aku practice being minimalist since one year ago, banyak jugalah perkara jadi mudah-mudah-havana-ooo-la-la. Salah satunya ialah aku dah tak kisah join ride tanpa medal. Takde shirt pun tak mengapa.

Pastu apa ke halnya nak masuk event kalau semua pun taknak. Baik ride sendiri-sendiri laki bini jah. Salah satu sebabnya ialah nak merasa ride di tempat orang. Sesetengah kawasan ialah kebun ladang kepunyaan individu. Nak ride kena minta kebenaran. Seperkara lagi ialah faktor keselamatan. Selain faktor emosi-motivasi. Aku mental kalau mengayuh 30km berdua. Hehe

Dapat kawan baru juga.

Kalau bertuah, terpilih tuk lucky draw. Motorsikal grand prize event kali ni selain basikal dan barangan elektrik. Mesin basuh pun ada hamek kau. Seperti biasa, kami kurang terpilih untuk perkara-perkara seumpamanya. Kata minimalist, haruslah tak dapat apa-apa berbentuk material. Kalau tiket kapal terbang, Insha Allah kami dapat kot. Allah jualah yang Maha Mengetahui. Heeee

Ride untuk permulaan tahun 2018 adalah sangat marvellous Subhanallah. Memang betul-betul fun trail funride kali ni! Tahun lepas join Kuala Pilah fun ride Masha Allah mentalnya aku rasa. Event di Bahau paling best setakat ni. Berbaloi tak mendera diri la aku leh kata. Maksudnya, masih penat. Masih turun naik bukit. Masih banyak off road dari on road. Masih dua jam lebih juga aku mengayuh. Tapi tidaklah rasa sengsara sampai rasa menyesal kenapalah Ya Rabbi aku mengayuh lama-lama tuk apa. apa, apaaaaa... 

 Pendekkan citer, memang enjoy ride kali ni. 

Nampak tak akak bagi thumb up bersama model chicken loop. Tapi akak tak chicken loop k. Kayuh sampai habis tau sebab enjoy katanya. 

View pulak, Subhanallah memang cantik. Ada ketikanya aku rasa aku mengayuh di Jepun sebab ada satu jalan tu, pokok-pokok getahnya baru keluar pucuk. Tambahan pulak pagi tu agak berkabus. Cantik. Tapi tak berhenti pun nak amik gambar. Incik Suami emosi kalau ramai rider potong kami.

Ada satu view tu aku rasa aku macam mengayuh di Korea. Pokok getah tersusun rapi, simetrinya cantik kemas. Kabus-kabus sikit. Awesome sangat. Pun tak berhenti amik gambar. Sehinggalah kami sampai di satu spot. Untung dapat berhenti amik gambar.


Kontur macam ni macam di Sapa, Vietnam, tak pun di Bali, Indonesia. Walau pun bukan padi. Tapi cantik. Ni kalau pokok getah ni dah besar jangan harap nak nampak cam kontur padi bukit Sapa atau Bali ye. Rezeki tahun 2018.

Untuk ride kali ni, aku hampir terbabas masa downhill. Ngeri ooooo kejadian-kejadian macam ni kalau nak ulang ingat. Semua peristiwa ngeri masa ride selalu terjadi masa nak turun bukit la pun. Alhamdulillah aku masih sejahtera dan tak memudaratkan rider-rider yang lain. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Aku sampai boleh terfikir Ya Allah aku nak jatuh. Pastu tah macam mana aku handle basikal tiba-tiba aku masuk balik trail asal dan sambung kayuh.

Incik Suami di belakang mesti risau tengok aku ribut-kabut ke kiri ke kanan langgar semak pastu tak berhenti. Dia tunjukkan kerisauannya dengan warning aku. Apasal tak langgar semak dan berhenti. Aku sengih dan jawab; mana tauuuu. Seperti sebahagian dari otak aku tak boleh nak fikir nak buat apa kalau jadi macam ini dan macam ini.

Alhamdulillah, masih boleh berfikir nak berhenti amik pic selepas kejadian terbabas tersebut.

Insha Allah tak serik nak sertai mana-mana event ride atau run. Cuma tahun ini akan jadi lebih selektif. Kriteria pertama haruslah yang paling hampir ngan Kuala Pilah, tanak da ulang masuk event yang sama, dan mungkin nak cari event dengan yuran penyertaan paling minima. Kata minimalist 😜.

Bila update entri sal latest event, lancar je berkarya. Maksudnya apa?