Pertengahan tahun dah uiiii. Sedar tak sedar dah bulan Julai.
Azam macam mana? Azam?
Salam dari Senaling,
Pertama kali aku buat refleksi diri, itu pun bila terimbas ig orang. Ya, bagus sebenarnya buat post mortem. Sejauh mana perginya azam kita. Sekurang-kurangnya boleh kembali semula ke jalan yang benar (kalau-kalau terbabas lah).
Jom mula. Bismillah.
1. Aku lepaskan Amni. Aku redhakan Amni belajar di asrama dan aku dapat rasa perubahan yang positif. Aku super happy now. TQ Allah. Kembar is super manja, mudah ditegur, senang diarah dan mendengar kata. Aku memang nak nak sangat fokus sepenuhnya dengan durang tapi biasalahh kan. Kadang-kadang tengok IG lagi banyak dari berborak ngan durang. Paling penting, kalau aku tengah tengok fon dan kembar datang tuk bagitahu itu ini, aku akan letak fon dan dengar apa yang durang nak cakap. Yup itu la kot kejayaan aku tuk parenting skills tahun ni.
2. Aku struggle keras nak capai berat idaman 57.5 kg. Biasanya aku akan nampak angka tu dalam bulan Ramadhan sahaja. Nampak sahaja okay. Tapi Alhamdulillah 2018 akhirnya merasa juga aku kekal dalam julat 57kg - 59kg walau pun dah menginjak bulan Syawal. Alhamdulillah. Boleh PM untuk perkongsian hehe.
3. Perjalanan minimalis Alhamdulillah gerak walaupun tak laju. Tapi sentiasa bergerak. Dalam otak aku dah tersusun barang yang aku nak let go atau nak jual. Minimalis bukan tentang lambat atau cepat. Slow and steady tapi gerak. Asal aku bertahan tanak tambah barang dan sentiasa menganalisa barang yang tak guna hampir setahun atau lebih. Itu dah cukup baik.
4. Hafazan, Alhamdulillah dah sampai An Nazia't ayat 33. Jumlah kesemuanya 46 ayat. Aku plan bulan Julai selesai An Nazi'at dan Ogos selesai An Naba' dan yeay Juz 30 selesai. Ikut perancangan awal tahun aku selesai Juz 30 pada bulan Ramadhan. Tergelincir sikit, tapi tak mengapa. Sikit-sikitkan lama-lama habis nanti.
5. Be early, early for everything. Tapi biasalah kan... tuk ini aku leh kata aku so-so. Akan improve bersama anjakan usia. Insha Allah, mende baik Allah tolong.
6. Workout, maintain walaupun dalam bulan Syawal tak serancak sebelum bulan Ramadhan hari tu. Setakat ni dua hari memang akan lenjun baju ngan peluh. Hari-hari lain gi acah-acah ja sebab training basket.
7. Buku. Tahun lepas aku memang azam sungguh-sungguh nak baca satu buku satu bulan siap update Insta setiap kali sukses. Kali ni, aku tak buat macam tu. Tapi masih letak azam. Setakat ni, berjaya enam buku, tiga majalah ilmiah. Masih on track dan sekarang bulan Julai, aku sedang baca buku ketujuh oyeah.
8. Journalling, paling sukses aku rasa yang inilah. Gigih aku menulis, walau pun kadang-kadang backdated. Terinspirasi dengan Tun M pun ya. Membaca dan menulis memang kombo yang best. Aku terasa lebih berguna kepada agama, bangsa dan negara.
9. Hobi. Photobook Alhamdulillah dah capai tujuh dan baru dihantar tadi, Insha Allah dah lapan. Blog, kalau ikut azam, sebulan dua kali maknanya dah ada 12 entri la kan. Setakat ni, lebih dari itu hehe. Alhamdulillah, mulai bulan ini akan lebih banyak aku wat Photobook dan update blog.
10. Kerjaya, Alhamdulillah kejayaan paling besar aku rasa ialah tak pegang fon kalau waktu kerja. Majoriti waktu memang tak pegang. Kesannya kerja aku memang jalan ah tapi aku selalu ketinggalan keretapi. Kahkah. Early minutes work, ya Alhamdulillah aku dapat buat yang ini. Rezeki aku dapat partner yang melengkapi kemalasan aku. Hehe. Aku malas buat soalan, aku rajin buat rubrik. Partner kerja aku vice verse. Maka Alhamdulillah, yang untung para pelajar la kan.
11. Cabaran paling besar setakat ini ialah, teknologi maklumat a.k.a smartphone. Ikutkan aku tanak tengok lansung tapi macam tak boleh tah la belum cukup ilmu nak detox teknologi ke belum cukup azam tak kuat semangat ke macam mana tah aku ni. Tak boleh tak lansung, mungkin kena wat timeblock. Satu jam sehari? Cane cane?
Kena cari solusila macam ni. Doakan menjelang 2019 aku dapat kongsi tip nak less tech. Sis cuba k...
No comments:
Post a Comment