Terdetik dalam hati (banyak kali jugalah), bilalah nak update blog, nak buat Photobook, nak abiskan hafazan, nak menjournal, nak itu, nak ini, nak sunyi time di mana aku tak rasa bersalah nak buat apa yang aku suka dek rasa tanggungjawab nak spend masa ngan anak-anak sebelum masa dewasa mereka tiba.
Nah, Allah bagi. Sekali dalam seminggu.
Salam dari Senaling,
Jam 1256 aku bangun tadi, actually awal lagi dari tu cuma aku yang terpisat-pisat takleh nak tidur jadi aku ke toilet jenguk fon. 1256 pagi! Nak tahajud macam awal sangat tak? Hehe
Tapi aku tahajud juga, apa-apa hal sebelum aku terjerumus ke lembah stalker.
Aku dapat anugerah ni selepas Ramadhan hari tu. Mungkin terdetik masa lailatul Qadr, aku agak je. Mula tu aku rasa, what is actually happened? Tak mengantuk lansung, tak boleh nak tidur dah macam dapat power sleep. Faktor usiakah? Awal-awal tu, terbangun tengok jam, dan aku cuba juga pejam-pejam mata supaya tertidur semula. Tapi... tak mahu juga. Aku rasa membuang masa. Baik aku tahajud, buat sikit hafazan, dan prepare tuk gi kerja. Kalau tidur semula nanti, terbangun Insha Allah takdelah aku buka bunga silat nak prepare itu ini.
Tapi pertama kali aku terjaga macam ni, aku terfikir tentang Tun M. Aku pernah terbaca, Tun M hanya perlu tido yang sekejap. Itu sebab beliau ada banyak masa nak fikir tentang negara. Deep sleep tak sama setiap orang tapi kebanyakan pemimpin-pemimpin negara dikurnia deep sleep yang pendek. Aku tulis ni, agak-agak berdasarkan memori-memori lampau. Jangan quote dalam tesis, kajian tindakan pun jangan.
Tidak juga bermakna aku nak masuk dunia politik untuk menjadi seorang pemimpin. Pemimpin berat tanggungjawab. Hanya insan terpilih boleh jadi pemimpin. Aku? InshaAllah bukan aku.
Alhamdulillah. Aku anggap ini anugerah Allah untuk aku. Supaya aku dapat tunduk sujud padaNya beryukur dengan nafas yang dihela. Last week aku terjaga 120718 0102. Aku journal berjela dalam planner. Kali ni aku berblog. Kalau dapat lagi next week, Insha Allah aku berblog lagi.
Buat kenangan, tanda Allah sayang.
No comments:
Post a Comment