Monday, January 21, 2019

Misi & Visi Yang Jelas Untuk Hujung Minggu Yang Sempurna

Seperti yang diwar-warkan di entri yang lepas. Alhamdulillah.
Kita rancang, kita usaha, Insha Allah sukses!  


Masuk minggu ketiga, Alhamdulillah masih istiqamah melaksanakan rutin walau pun bab makan dan less tech kurang memberansangkan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit! Aku rasa ada kaitan... kan?

Sunday, January 13, 2019

Workout Routine

Alhamdulillah azam yang ini dah terbentuk menjadi habit. Cuma dalam usia perasan remaja, aktiviti kena pilih-pilih. Setakat ini, rutin mingguan ialah

Isnin ~ game with twinbasket, netball atau main bola gila. Bola gila ialah game yang kami cipta sendiri guna volley court. Malas nak citer caner nak main, yang penting it's fun.

Selasa ~ aerobik di gym dengan students.

Rabu ~ sama macam hari Isnin. Twinning time.

Khamis ~ gym, aerobik dengan students.

Jumaat ~ sama macam Isnin dan Rabu. Play games, having bonding time with twin.

Sabtu ~ biasa Sabtu pagi aku berdua dengan Incik Suami akan hiking Bukit Pilah sementara menunggu twin habis latihan taekwondo.

Ahad ~ cycling berdua dengan Incik Suami.

Dalam seminggu inilah workout routine aku. Kalau tiba-tiba ada hal apa ke, paling minimum aku brisk walk dari rumah ke kolej, pusing satu pusingan pun okay. Asalnya bersenam ni tuk kurus, tapi itulah bila dah develop jadi habit, kalau tak buat rasa gelisah. Bagi aku, the smell of sweat dah macam smell of the winner. Gituuuu...

2019 ~ aku nak cuba masukkan aktiviti baru. Yang terbayang sekarang ialah skuasy weeeee...

Perkara paling fun bila workout (especially outdoor) ialah cari port nak amik pic cantik 😀

Reading Routine

Alhamdulillah, semakin menunjukkan peningkatan bilangan buku sejak 2017. Kalau awalnya, macam dipaksa-paksa... now aku enjoy reading. InshaAllah jadi habit kelak. Aamiin. Paling seronok untuk azam yang ini, kongsi dengan anak-anak. Walaupun bahan bacaan lain-lain, tapi isi kandungan masing-masing beri manfaat. Enjoy juga aku layan komik budak-budak ni, kadang-kadang. Dan ketiga-tiga adik beradik ni, Amni, Amin dan Iman beriya nak kekal jadi librarian walaupun ditawarkan jawatan pengawas sekolah.

Ye ke sebab suka membaca, atau sebab malas nak datang awal ke sekolah... ehmmmm  

Seperkara lagi, aku rasa minda orang yang suka membaca lebih terbuka, lebih positif, lebih fun dan segala macam yang baik-baik lah. Tengok Tun Mahathir. Tengok Dr Mazlee, sebelum jadi Menteri Pendidikan, baca satu buku sehari wowwww...

Ni senarai 14 kegembiraan pada tahun 2018
1. Bunga Hujan ~ Fatimah Kassim
2. 100 Pesanan Rasulullah ~ PZNS
3. Magis ~ Ramlee Awang Murshid
4. Cikgu Bankrap ~ Zaharoh Farah Nina
5. Kisah Orang Menang ~ Saiful Nang
6. Reclaim Your Heart ~ Yasmin Mogaheid
7. Surat Untuk Orang Putus Cinta ~ Adnin Roslan
8. Anthem ~ Hlovate
9. Aa + Bb ~ Hlovate
10. Flavor Insight Malaysia ~ Lee Su Kim
11. The Five Person You Met in Heaven ~ Mitch Albom
12. For One More Day ~ Mitch Albom
13. Ungu Karmila ~ Ramle Awang Murshid
14. The Magic String of Frankie Presto ~ Mitch Albom

Setakat hari ni, pada tahun 2019 aku selesai baca dua buku. Hora horei
1. The Year I Met You ~ Cecelia Ahern
2. Have a Little Faith ~ Mitch Albom

Kegembiraan

Moga senarai kegembiraan ini akan jadi lebih panjang pada tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang. Insha Allah.

Spritual Routine

Yang dah develop jadi habit ialah qabliah Subuh dan Dhuha. Aku mohon aku terus istiqamah dengan yang dua ni. Hafazan, belum cukup develop tapi Alhamdulillah aku berjaya menghafal Juzuk 30. 

Puasa sunat, as a food lover payahnya lahai. Ikut azam dari tiga tahun lepas, nak puasa sunat sehari seminggu samada Isnin atau Khamis. Ehmmmmm.... Yang berjaya aku buat (dua bulan baru okay), ialah sebulan satu hari. Mula dari November 2018 dan berjaya tuk kali kedua pada Disember 2018. Insha Allah cuba nak istiqamah dulu yang kecil ni. Allah bantu, seperti azam-azam yang lain. Aamiin.

2019 ~ menghafaz surah Al-Kahfi. Paling tidak 10 ayat awal dan akhir, menjelang Jun 2019 selesai. Murojaah juzuk 30. Sekarang aku bahagi-bahagikan surah tuk aku baca dalam solat sunat atau wajib, dalam kereta dengan twin sebelum ke sekolah, sebelum ke tempat kerja... macam tu baru boleh lekat agaknya. Tak buat macam tu, tersasul memanjang. Mula dengan Al A'la, berakhir dengan As Shams. Caner tu?

Puasa sunat, as mentioned above.
Tambah tahajud. Jaga mulut, bersangka baik selalu, banyak ingat Allah, tinggalkan dunia. 

Sis cuba.

Solusi Tahun 2019

Dah dah masuk dua minggu kita di tahun baru, 2019. Seperti biasa, permulaan tahun, aku akan susun atur semula semua azam-azam tahun sebelumnya. Alhamdulillah, bagi tahun 2018 berjaya menampakkan sisi kematangan diri sendiri aacehcehcehhhh. 

Solusi tahun 2019, adalah penambahbaikan solusi tahun 2018 dengan sedikit penambahan kecil (I believe in start small...)

Mass Tracker
Journaling Routine
Minimal Routine
Blogging and Photobook
Reward Yourself

Dear myself, moga istiqamah

Secret of Happiness

Be satisfied
Be grateful
For what you have.
For the love you receive
And for what God has given you

That's it.

~ Albert Lewis

From the book 'Have a Little Faith' by Mitch Albom

Saturday, January 12, 2019

Permulaan

Minggu pertama tahun 2019, aku selesai baca sebuah buku "The Year I Met You" by Cecelia Ahern dan beriya-iya aku berehat (tidur dan tidur dan tidur lagi). Memasak sedikit sebanyak siap buat kek butter bawa bekalan masa jenguk Amni sehingga dia sendiri tak percaya aku bawa bekal tuk dia minggu tu... chettt. Dan itu ja perkara bermanfaat yang aku buat hujung minggu lepas.

Aku rasa sungguh useless, sebab untuk dua hari aku sepatutnya buat lebih dari itu.

Minggu ni, takkanlah sama macam minggu lepas. Rugilah aku rasa useless kalau aku tak belajar apa-apa → ini ialah  ayat tipikal yang aku cakap pada students kalau durang buat salah dalam kelas 😀.

Dah, yuk bangkit dan lakukan sesuatu...

 Setting meja kerja Jumaat malam dalam master bedroom. Nak aircondddd....

Misi dan Visi

Subuh hari Selasa depan, aku akan tersenyum pandang cermin dan aku akan say thank you Allah, soooo much. Pastu update blog menceritakan, untuk menjayakan sesuatu misi dan visi mesti jelas. 

Sekian dari aku yang tanak mereput di rumah sia-sia cuti tiga hari ni.

Friday, January 11, 2019

Baby Step

I believe in start small.
That's why I start writing my blog for the first time in 2019 with this 'small' entry... 

Hi 2019, 
be nice to me... 
be nice  to my family...
my fellow friends...
to all muslimin and muslimat...

aamiin