Showing posts with label bersenam juga ibadah. Show all posts
Showing posts with label bersenam juga ibadah. Show all posts

Sunday, January 13, 2019

Workout Routine

Alhamdulillah azam yang ini dah terbentuk menjadi habit. Cuma dalam usia perasan remaja, aktiviti kena pilih-pilih. Setakat ini, rutin mingguan ialah

Isnin ~ game with twinbasket, netball atau main bola gila. Bola gila ialah game yang kami cipta sendiri guna volley court. Malas nak citer caner nak main, yang penting it's fun.

Selasa ~ aerobik di gym dengan students.

Rabu ~ sama macam hari Isnin. Twinning time.

Khamis ~ gym, aerobik dengan students.

Jumaat ~ sama macam Isnin dan Rabu. Play games, having bonding time with twin.

Sabtu ~ biasa Sabtu pagi aku berdua dengan Incik Suami akan hiking Bukit Pilah sementara menunggu twin habis latihan taekwondo.

Ahad ~ cycling berdua dengan Incik Suami.

Dalam seminggu inilah workout routine aku. Kalau tiba-tiba ada hal apa ke, paling minimum aku brisk walk dari rumah ke kolej, pusing satu pusingan pun okay. Asalnya bersenam ni tuk kurus, tapi itulah bila dah develop jadi habit, kalau tak buat rasa gelisah. Bagi aku, the smell of sweat dah macam smell of the winner. Gituuuu...

2019 ~ aku nak cuba masukkan aktiviti baru. Yang terbayang sekarang ialah skuasy weeeee...

Perkara paling fun bila workout (especially outdoor) ialah cari port nak amik pic cantik πŸ˜€

Sunday, October 1, 2017

Mohla Kita Kita Bersenam Hari-Hari

"Senaman intensiti sederhana telah terbukti dapat melindungi seseorang daripada penyakit termasuklah demam selsema. Walaubagaimanapun, senaman yang berlebihan boleh mendatangkan kesan sebaliknya dan mengurangkan imuniti. Oleh itu, penting bagi kita untuk mengimbangkan kedua-dua aspek tersebut". 
~ Gaya Hidup Yakult Isu.31 Ogos 2017

Terjawab misteri tahun lepas macam mana aku dilanda demam flu yang teruk lepas 10km Diva Run. Bukan... bukan sebab run tersebut. Sebab utama adalah, sehari sebelum run aku dan Moi telah tawaf Bukit Jugra dengan sengalnya (aku la paling sengal sebab idea tersebut idea aku...kahkah). Naik dari jalan masjid jam 6.15 petang, turun dari jalan jirat cina dan sampai ke kereta (kereta parking berdekatan ngan masjid) jam 8.20 malam. 

Esok pagi lari plak 10km di Putrajaya. Sungguh tak awesome bila workout berlebihan rupanya.

Aku memang berazam nak menambahkan bilangan hari workout. Kalau tahun sebelum 3 kali, tahun ni nak 5 kali seminggu. Payah! Payah bila workout tu bajet nak yang bagus-bagus, yang sempurna. Sampailah gym kolej dinaik taraf. Aktiviti zumba stop terus. Nak ke gym luar, malas nak keluar malam. Mengharapkan cycling je la. Mencabar nak setup basikal bila petang-petang sibuk nak arrange masa  nak amik kembar latihan kompang dengan aku pun baru belajar beradaptasi dengan masa mengajar yang banyak.

Last two weeks, mulalah malas - tak workout lansung. Bila tak workout, balik dari ofis aku rasa seperti tenagaku telah disedut oleh kuasa jahat. Jam 6.30 petang mula dah menguap macam singa betina. Selepas solat maghrib mata mula berat. Esok pagi kelam kabut tak iron baju eh macam-macam nak setel. 

Sungguh tak best. Aku perasan, biasanya kalau petang gi gym, badan rasa segar ja nak wat macam-macam kat rumah. Mood pun jadi baik-baik. Mengantuk awal tatap mengantuk. Tapi mengantuk normal leh control. Penyelesaian? Kena workout la kan?

Aku perati, kawasan rumah aku ni ramai ja atok-uwan pelbagai bangsa jalan-jalan pagi-petang. Jalan je kot. Kalau tuk aku macam tak cukup workout berjalan ni. Ececece. Kan aku da cakap aku kalau nak workout tu nak ajet-ajet bagus je. Tapi itu dululah, dah terdesak macam ni, aku belasah jugalah berjogging dari rumah pusing kolej balik rumah. Dapat juga 3 km. Berpeluh puas hati jugalah.

Tiga hari berturut-turut aku jogging, dah lenguh plak lutut. Usia plus kasut tak sesuai agaknya. Sudahnya Sabtu lepas aku berjalan. Dah sama macam atok-uwan. Leh tahan juga penatnya. Akhirnya aku sedar aku ada peluang tuk bersenam hari-hari kalau macam ni. Balik kerja, tukar baju, pakai kasut dan jalan. Kalau ada extra energy leh jogging pe de hal. 

Tayah bersenam over-over lama-lama pun sebenarnya, 20-30 minit setiap hari adalah lebih baik dari bersenam kaw-kaw 2-3 jam tapi tuk dua atau tiga kali seminggu ja. Tuk capai yang 20-30 minit tu aku rasa lebih realistik.

Masa berjalan tu, jumpa sunrise. Sebenarnya hari-hari leh jumpa, tapi kadang keluar dari rumah terawal, kadang kabus tebal, kadang awal tebal.

Rezeki sunrise cun-cun je bila aku mula rasa, eh okay pa berjalan ni. Siap selisih ngan uwan-uwan, ditegur "Awal ekau keluar, dah nak balik". Aku senyum dan jawab dalam hati, "Rumah den kek atas ni yo. Starting point dari atas gitu."

Moga istiqamah aku bersenam hari-hari korang, Insha Allah.

Usaha!

Saturday, April 15, 2017

Jamboree Seri Menanti 2017

Salam dari Senaling,

Ini Jamboreeku yang pertama untuk tahun 2017. Agak kura-kura sikit penglibatan aku dalam acara-acara besar macam ni tahun ni. Be Positive. Jimat kos πŸ˜€

Yang paling beriya sebenarnya incik Suami. Excited beliau bila tahu ada kategori umur untuk perempuan. Kalau dulu open. Campur dengan yang muda-muda, kudrat tak sama beb. 

Incik Suami tak pulak excited dengan kategori dia, Men Senior. Dia lebih excited dengan kategori aku, Women Senior. Nampak cam romantik ke tu? Hehe. Dia sebenarnya aim aku akan naik podium sekali lagi tahun ni, sebab tak ramai penyertaan tuk Women Senior. Kahkah

Kalau dia yang beriya ada baiknya aku follow. Sebab dia akan buat semuanya tuk aku. Mudah banyak tugas aku nanti.

Aku bersama abam personal marshall di starting point.

Aku suka join Jamboree Seri Menanti ni sebab lokasinya yang hampir dengan Kuala Pilah. Dokek. Walau pun trail Senanti tahun ni sebenarnya lebih kurang sama hazab macam tahun lepas. Tapi layankan aje. Bila tahun ni hadap lagi. Mental dibuatnya, sebab da tahu lepas climb bukit ni ada bukit lagi sambung bukit lagi. Pastu downhill dia aku da tahu cane kadar kecuramannya. Tahun lepas aku leh follow incik Suami kayuh downhill bukit pacak, tahun ni aku tak berani. Aku memang suka play safe. Perempuan normal kot macam ni.

Tah pesal jamboree kali ni aku banyak ingat Allah ketika mengayuh. Sangat banyak. Terutamanya bila downhill, sentimental sangat sampai aku rasa nak menangis minta Allah ampunkan dosa-dosaku. Feel downhill tuk aku kali ni sama macam nak pergi meninggal. Faktor umur agaknya. Hehe

Incik Suami memang banyak membantu. Ketika aku tak mampu nak kayuh naik bukit, beliau turun dari basikal dan tolong tolakkan basikal tuk aku. Kadang-kadang dia tolong tolakkan aku, so light sikit aku nak climbing. Tolong hulurkan air. Tolong bagi semangat (walau pun kadang-kadang aku rasa annoying gilerπŸ˜€), ingatkan aku selalu tuk macam-macam.

Nampak kamera posing. Nampak kamera posing.

Jadilah abam personal marshall nampak sipi-sipi. Dari tada lansung kan.

Fuhhh dalam koleksi cameraman satu lagi ada pic kami kayuh sama-sama... Akhirnya πŸ˜‚

Bila kayuh aku suka have fun, antara caranya ialah berposing gaya comel bila nampak cameraman. Atau pun aku tegur bagi salam pada pakcik makcik yang aku jumpa di sepanjang kayuhan. Bila have fun, penat tu hilang... Betul, walau pun sekejap.  

Akhirnya... naik podium.

Top ten women senior. Senior dah aku rupernya.

Terima kasih abam personal marshall. Naik podium lagi tahun ni atas izinNya melalui abam.
Maintain tempat ke lapan. Statik nombor sama macam tahun lepas. Hehe. Alhamdulillah.

Kredit pic tuk Abang Joy Saidin. Dia punya kamera macam yang dalam National Geographic tu beb. Kredit pic tuk Abang Jamari Ishak juga. Cantik sumer gambar.

Tu aje dan bye :)